Ahad, 22 Mac 2015

Done for Today ^^

Tamu Tuaran, check!
Beli pasu dan tanah hitam, check!
Projek hidroponik, check!
Kuih onde-onde, check!
Resepi ala kampung untuk lunch, check!
Nasi ayam Hainan untuk dinner, check!
Housework, check!


Phew... itu la benda yang saya buat pada hari ni. Hari Ahad yang mulia... masih terngiang-ngiang rasa nasi ayam Hainan tu. Lepas ni kalau rasa nak makan lagi dah boleh buat sendiri.

Sekarang matlamat yang saya harus capai dah tambah dua lagi... Kuruskan badan? Eerrr..... bukan. Pertama ialah, projek tanaman urban. Kedua, pelajari resepi sebanyak mana temampu. Ngehehehehe.....

Kenapa tanaman urban? Iyalah. Memang rumah ada tanah tapi terhad. Jadi banyak tanaman kena tanam dalam pasu ataupun guna kaedah hidroponik. Dibelakang rumah pula nak buat mini garden. Jadi tak boleh kacau sangat. Setakat ni di rumah dah ada serai (semua dalam pasu), bawang merah, kailan dan labu. Lain-lain tanaman kebanyakkannya bunga. Projek hidroponik saya baru sahaja bermula dan saya sekarang ni bertanam sayur minyak. Tengok apa hasilnya nanti. Kalau jadi, saya boleh share tips menanam sayur hidroponik di rumah.

Belajar sebanyak mana resepi? Haaaiiihhh... inilah. Hafiz kata dia nak diet tapi saya selalu masak macam-macam. Jadi macam mana nak diet? Hari ni masak nasi ayam Hainan, lengkap dengan sup tomato + sayur masin. Kelmarin pula dinner ala Western. Best juga masak kentang Australia dengan Oregano dan Mint.

Hari tu masak spaghetti pun seronok juga. Kalau ada bebola daging lagi best. Oh ya! Untuk rasa paling best, kuah perlu dituang (banjir) ke arah mi spaghetti ketika kuah masih panas. (P/S- Jangan masak mi spaghetti dengan kuahnya sekali.). Aisshh.... teringin pula nak makan malam-malam begini.

Next recipe adalah.... belajar cara nak buat ais-krim, moist chocolate cake, begedil dan sushi. Next weekend pula dah atur nak masak resepi apa. Nasi lemak atau soto. Errrhhmmm! 

Makan, makan juga. Kesihatan tetap perlu dijaga ^^

Kuih onde-onde mini untuk Hafiz

Dinner untuk Hafiz. Daging burger ayam. Salad. Garlic bread dan kentang Oregano. Dimakan bersama sup krim ayam dan cendawan.

Sarapan pagi untuk Hafiz. Roti bakar. Sunny egg dan sosej

Semua untuk Hafiz. 
Gambar nasi ayam tak sempat nak amik sebab dah makan baru teringat nak snap gambar.

1 ulasan:

  1. waa kuih onde2..klu org cocos ckp kuih kelepon...hehe..rindu mau buat sama mamak... :')

    BalasPadam

Terima kasih!