Jumaat, 13 Mac 2015

Demonstrasi Kebakaran di Canselori

Bunyi saja loceng, tak buang masa dah. Terus ikut tangga belakang untuk keluar bangunan. Sempat lagi padam lampu office ketika tidak digunakan. (Jimat)

Demo kebakaran tu dibuat pada 10 Mac 2015 di waktu pagi. Kepada yang buat mesyuarat masa tu pun dikehendaki keluar. Kalau tak nanti tak pasal-pasal kena NCR.

Antara tips yang perlu diketahui sekiranya ada kebakaran ialah : 
  1. Keluar ikut tangga atau tangga kecemasan.
  2. Jangan ikut lif kerana pada masa itu juga lif tidak akan berfungsi.
  3. Jangan berlengah-lengah ketika meninggalkan bangunan tetapi keadaan perlulah teratur (jangan bertolak)
  4. Alat pemadam api perlu diletakkan di tempat yang boleh dicapai.
  5. Perlu servis alat pemadam api setahun sekali sama ada yang belum guna atau telah digunakan.

Dalam demo kebakaran tu, pihak bomba juga membuat demonstrasi cara memadamkan api. 

Terima kasih ahli bomba dan penyelamat kerana sudi hadir ke UMS. Syabas juga diucapkan kepada team urusetia dari Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.