Ahad, 15 Mac 2015

Akhirnya Berjaya Dapat Beg Kappa : Hanya di Guardian

Actually jealous dengan beg kecil yang Prof bagi dengan staf masa majlis pertukaran hadiah tahun lalu. Cam comel pula beg kecil tu. Huuuu....

Tiba-tiba Guardian buat promosi kumpul setem dan dapatkan pelbagai saiz beg jenama Kappa dengan harga termurah. Saya pun tanpa melepaskan peluang terus nak beli satu. Hanya tambah RM14.90 dan 40 setem, saya boleh mendapatkan beg kecil Kappa.

Jadi mengumpul la..... then baru nak pergi claim, rupanya stok habis. Haiyoooo.... mana-mana cawangan saya pergi pun tetap habis juga. Sampailah ke Labuan saya cari tapi hampeh. Kena buat pre-order dulu. Rugi dah kumpul setem tapi tak claim. Jadi saya pun buat pre-order.

Akhirnya tercapai juga impian. ☆_☆♡

Inilah dia. Beg KAPPA


P/S - Kappa kalau dalam Bahasa Jepun bermaksud "river-child", "river-boy" atau dalam kata lain adalah hantu air. Juga dipanggil sebagai Kawataro. Istilah Kappa bermula dari Kawa (sungai), Warabe (kanak-kanak). Sumber Wikipedia.

Ia adalah salah satu jenis hantu yang masih disebut-sebut di kalangan orang Jepun pada masa kini. (Kalau di Malaysia ada jenis hantu gula-gula, Che Ponti, Hantu Galah etc). 

Jenis-jenis Kappa. Source

1 ulasan:

  1. Beli online pun boleh dapat setem. Boleh redeem beg Garfield tanpa perlu ke outlet guardian. Jimat masa dan kos. Penghantaran by courier with promosi free postage sekarang ni. Tunggu je order dan bag Garfield di rumah. Lagi mudah dan senang.

    BalasPadam

Terima kasih!