Isnin, 30 Mac 2015

Musim Kemarau di Sabah 2015

Banyakkan minum air putih kerana musim kemarau masih berpanjangan di Sabah dan W.P Labuan. Kemarau ini disebabkan negeri Sabah berada di penghujung Monsun Timur Laut. (sumber Astro Awani). 

Kesan negatif musim kemarau yang melanda negeri Sabah:

  • Haiwan ternakan dan tanaman mati, landskap hijau menjadi kuning. Cuaca panas ini menyebabkan banyak tanaman rosak akibat kekeringan. Begitu juga rumput yang hijau bertukar menjadi kuning. Apa yang lagi teruk, cuaca yang terlalu panas boleh effect kepada keadaan haiwan ternakan. Ingin dikongsikan di sini, ikan di rumah abah Hafiz pun mati kerana cuaca yang sangat panas. :'-(
  • Hutan terbakar. Tidak dapat dinafikan lagi banyak hutan terbakar. Pemandangan yang lebih jelas dapat dilihat dari permukaan udara. Semasa saya pergi dan balik dari Labuan, saya melihat banyak hutan terbakar! Tidak dapat dikira jumlahnya kerana begitu banyak.
  • Manusia sakit. Pada musim kemarau ini dinasihatkan untuk minum air putih dengan banyak. Dah ramai yang demam, batuk dan selsema semenjak dua menjak ni. Pencemaran udara dan jerebu juga memburukkan lagi keadaan.
  • Air takungan kering. Banyak sungai, tangki dan takungan air lain yang menjadi sumber minuman kepada makhluk dalam dunia ini kering kerana disejat oleh matahari yang panas terik.
  • Efek kepada keadaan manusia. Ada orang bila keadaan panas, emosi pun jadi panas juga (mudah marah). Pakaian pun kena tukar balik-balik dek baju basah kena peluh. Aircond pun sentiasa pasang dan menyebabkan bil elektrik melambung. :-b


Hutan banyak terbakar

Keadaan di kampung. Rumput habis mati :-(

Walau bagaimanapun, banyak juga kesan positif berlakunya kemarau. Contohnya kain kering cepat, siapa-siapa yang nak buat majlis kahwin tak perlu risau hujan turun, boleh cas tenaga elektrik menggunakan tenaga solar dan lain-lain. Setiap kejadian ada hikmahnya. ^^

Sekian dan terima kasih. 

Selamat Pengantin Baru Along & Pasangan!

Along ni anak perempuan kepada abang sepupu Hafiz. 

29 Mac 2015, berlangsungnya majlis perkahwinan yang dibuat begitu meriah sekali. Tema pada kali ini adalah dusty pink. Tapi baju Hafiz tak warna dusty pink pula. Haiyaaaa.... masalah dalaman. Malas nak cakap. 

Di majlis yang meriah ini, ramai kakitangan UMS yang dijemput hadir. Best jugalah dapat bercerita dengan saudara mara dan para tetamu yang lain. Makanan pun best (bab makanan tak boleh blah). Ada cendol, ABC, roti canai dan lain-lain. Bet makan masa cuaca panas. Meriah betul. Ada live band lagi. Toh Puan isteri TYT juga hadir ke majlis perkahwinan ini. 

Apa-apa pun, selamat pengantin baru kepada kedua mempelai! Sama cantik dan sama padan. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.

Ignore jerawat





Sempat amik gambar Toh Puan ^^

Dua Malam di Labuan

Between the two restaurants, saya lebih suka Anjung Ikan Bakar. Nice view, angin sepoi-sepoi bahasa, restoran tak perlu masuk jauh masuk ke dalam dan peniaga juga lebih mesra pelanggan.
Tengah duduk di Anjung Ikan Bakar dengan Prof, Dr Syed Nasirin, Tauffik dan lain-lain. Petang tadi ada mesyuarat di UMSKAL. 

Sesiapa nak buat tempahan, call sahaja di number ini

Cuaca di Labuan tenang malam ni. Angin bertiup sejuk. Tapi tak hujan. Telefon Hafiz, katanya dengar macam saya di atas bot. Walhal itu bunyi angin sahaja. Esok cuti. Boleh balik kampung. Solo trip lagi nampaknya. Sengaja tak nak beritahu aunty sebab hajat nak buat surprise. 

Selamat malam. :-)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sambung cerita keesokan harinya. Selamat pagi.

Nampaknya boss saya ni kena kacau hantu lagi la. Hari tu paip air buka sendiri. Kali ni pula telefon hotel berdering tengah malam + macam ada orang tidur kat sebelah. Itu cerita Prof la. Saya punya bilik syukur alhamdulillah tak ada apa-apa. Ataupun saya yang tidur mati kot? Hahahaha 0_o

Tertarik pula dengan kereta Honda Jazz. Kalau la banyak duit... nak beli satu. KALAU BANYAK DUIT. Ada cerita menarik tentang Honda Jazz. Pagi ni saya sewa kereta ni sebab dah tak ada kereta lain yang available. Tup tup... minyak tak ada pula. Saya pun berfikir, mana pula butang tangki minyak Honda Jazz ni ya? Punyalah susah cari, Rupa-rupanya.... tekan sahaja pintu tangki kat sebelah kiri Honda tu, automatik buka. Ciiiittt!!! Tara guna betul. Al-maklumlah.... tak pernah guna kereta canggih-canggih.... HeHeHe.... -_-


Seriously Honda Jazz memang cantik. Dalamnya luas, Ringan dan laju, tak rendah sangat dan bergaya. Minyak super jimat. Bayangkan tangki minyak kereta ni tengah kosong dan saya isi RM20, naik lebih separuh. Pusing sana pusing sini sampai esok, minyak masih banyak lagi. Siapa-siapa nak beli Honda Jazz boleh klik Official Honda Website Malaysia.

Malam ni bermalam di rumah aunty. ^^ Yeahh!!

Rabu, 25 Mac 2015

Jangan Tinted Cermin Belakang Kereta Terlalu Gelap

Memandu di jalan raya bukan sahaja perlu mengutamakan keselamatan diri sendiri tetapi juga kepada pemandu lain.

Nak tahu kenapa tak boleh tinted cermin belakang dengan tinted yang sangat gelap?

Cuba perhatikan gambar-gambar dibawah:

 TINTED GELAP
Tak nampak apa! Bayang kereta di hadapan kereta ni pun kita tak nampak. Bayangkan kereta ni tengah laju.... Kita di belakang pun ikut laju juga. Tiba-tiba kereta depan kita tu masuk line kiri secara mengejut. Then ada kereta lain yang berhenti di lorong kanan.... ada kemungkinan kita tak sempat nak break


TINTED TAK GELAP
Kita nampak apa yang berlaku di hadapan.

Untuk info selanjutnya berkenaan cermin gelap, sila layari link JPJ ini.

Selasa, 24 Mac 2015

Janganlah Menjadi Pekerja yang Gemar Memberi Alasan

There are so many excuses to fail but many more reasons to succeed 
- Tun Zaki Tun Azmi-

Tiada seorang pun dalam dunia ni suka dengan orang yang gemar memberikan alasan. Jika mahu, kata YA. Jika tidak, katakan TIDAK. Jangan beri alasan yang panjang lebar kerana ia hanya menunjukkan kelemahan diri sendiri

Mungkin saya seoarang yang kuat bekerja, tapi saya masih punya ruang untuk bersama keluarga. Pandai-pandailah mengurus masa. Ya. Family itu penting. Tapi kerja juga penting. Jika kerja sambil lewa, siapa la yang nak beri makan kepada keluarga kelak? Tak ada kerja, tak ada la makan jawabnya. Jika arahan yang senang pun tidak dapat dituruti, bagaimana nak jadi pekerja yang baik?Macam saya katakan tadi... pandai-pandailah mengurus masa. 

Alasan kerana "family" ini la yang sering disalah guna. Okaylah. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya kot. Saya nak berikan contoh alasan-alasan tegar agar lebih jelas:

1. Hari ini adalah aktiviti riadah bersama rakan-rakan sepejabat. Bukan sahaja rakan-rakan, malah majikan juga turut serta aktiviti tersebut. Tapi kita beri alasan.... "Eerrr.... minta maaf. Tak dapat pergi. Hari ni nak hantar adik pergi tuition". Kalau saya la, mesti saya minta adik-beradik saya yang lain untuk hantar adik saya yang satu lagi ni. Kalau dah tak ada orang lain nak hantarkan adik pergi tuition, sekurang-kurangnya tunjuklah muka di depan kawan-kawan dahulu, lepas tu barulah minta diri. Bukan apa.... tak senang untuk kumpulkan rakan-rakan sepejabat bersama kerana masing-masing juga pasti mempunyai komitmen lain.

2. Dah bagi alasan yang sebegitu rupa.... datang pula alasan lain. Katakanlah pada hari itu ada majlis makan malam bersama tetamu luar dan pegawai diarahkan untuk hadir ke majlis tersebut. Boleh pula alasan yang diberikan.... "Minta maaf tak dapat pergi. Malam tak nampak jalan la. Tak boleh drive malam". Kalau sayalah..... dah tau tak dapat drive malam, buatlah cermin mata. Jadi selama ni takkan tak pernah drive malam kot?

Dah... tak nak bagi alasan lagi. Long story short, mereka ini adalah golongan yang tidak mahu berusaha mencari jalan penyelesaian.

Yang lagi membuatkan kita geram, bukan sekadar mereka ni gemar memberi alasan malah slacker. Contohnya, masuk kerja jam 7.30 pagi (WP1). Tapi dah 9.00AM tak masuk office lagi. Bila kita call dan tanya dia kat mana, dia kata dia jumpa orang kat tingkat bawah sebab ada benda nak bincang. Lagi yang buat kita bingung, orang yang dia nak jumpa tu masuk kerja jam 8.30AM (WP3). Jadi dimanakah si slacker itu berada pada jam 7.30AM -8.29AM??? Kalau ya pun nak jumpa, masuklah office dulu. Kalau tak pun, WhatsApp sahaja untuk makluman kakitangan lain.

Arrgghh! Tentu berada dalam dilema bila dapat teman sepejabat yang sebegini rupa, kan? Kengkadang nak tegur pun segan sebab sama pangkat ataupun yang lebih tinggi dari kita. Kalau kita terlalu tegas, nanti dia kata kita ni jelous kat dia, nak malukan atau jatuhkan air muka dia la apa la.... Manusia... manusia...

Mohonlah berubah. Janganlah gemar memberikan alasan jika disuruh buat suatu kerja. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. :-)

Janganlah cepat mengatakan tidak jika ada jalan penyelesaian.

Ahad, 22 Mac 2015

Done for Today ^^

Tamu Tuaran, check!
Beli pasu dan tanah hitam, check!
Projek hidroponik, check!
Kuih onde-onde, check!
Resepi ala kampung untuk lunch, check!
Nasi ayam Hainan untuk dinner, check!
Housework, check!


Phew... itu la benda yang saya buat pada hari ni. Hari Ahad yang mulia... masih terngiang-ngiang rasa nasi ayam Hainan tu. Lepas ni kalau rasa nak makan lagi dah boleh buat sendiri.

Sekarang matlamat yang saya harus capai dah tambah dua lagi... Kuruskan badan? Eerrr..... bukan. Pertama ialah, projek tanaman urban. Kedua, pelajari resepi sebanyak mana temampu. Ngehehehehe.....

Kenapa tanaman urban? Iyalah. Memang rumah ada tanah tapi terhad. Jadi banyak tanaman kena tanam dalam pasu ataupun guna kaedah hidroponik. Dibelakang rumah pula nak buat mini garden. Jadi tak boleh kacau sangat. Setakat ni di rumah dah ada serai (semua dalam pasu), bawang merah, kailan dan labu. Lain-lain tanaman kebanyakkannya bunga. Projek hidroponik saya baru sahaja bermula dan saya sekarang ni bertanam sayur minyak. Tengok apa hasilnya nanti. Kalau jadi, saya boleh share tips menanam sayur hidroponik di rumah.

Belajar sebanyak mana resepi? Haaaiiihhh... inilah. Hafiz kata dia nak diet tapi saya selalu masak macam-macam. Jadi macam mana nak diet? Hari ni masak nasi ayam Hainan, lengkap dengan sup tomato + sayur masin. Kelmarin pula dinner ala Western. Best juga masak kentang Australia dengan Oregano dan Mint.

Hari tu masak spaghetti pun seronok juga. Kalau ada bebola daging lagi best. Oh ya! Untuk rasa paling best, kuah perlu dituang (banjir) ke arah mi spaghetti ketika kuah masih panas. (P/S- Jangan masak mi spaghetti dengan kuahnya sekali.). Aisshh.... teringin pula nak makan malam-malam begini.

Next recipe adalah.... belajar cara nak buat ais-krim, moist chocolate cake, begedil dan sushi. Next weekend pula dah atur nak masak resepi apa. Nasi lemak atau soto. Errrhhmmm! 

Makan, makan juga. Kesihatan tetap perlu dijaga ^^

Kuih onde-onde mini untuk Hafiz

Dinner untuk Hafiz. Daging burger ayam. Salad. Garlic bread dan kentang Oregano. Dimakan bersama sup krim ayam dan cendawan.

Sarapan pagi untuk Hafiz. Roti bakar. Sunny egg dan sosej

Semua untuk Hafiz. 
Gambar nasi ayam tak sempat nak amik sebab dah makan baru teringat nak snap gambar.

Makan Malam Dengan Pelajar dari Portland State University

They enjoyed the seafood very much! Phew!

Selamat datang kepada pelajar-pelajar dari Portland State University, universiti terbesar di Oregon, USA. Thank you juga kepada bos-bos dan rakan seperjuangan yang lain kerana sudi hadir ke majlis makan malam yang cukup simple tapi penuh makna ini. Thank you juga kepada Mr. Iskandar sebab berikan info-info bernas supaya pihak kami dapat ready the function very well.

At least mereka belajar cara makan udang menggunakan tangan, makan bersama kicap, cili dan bawang putih. Hehehe.... ^^ By the way, mereka semua sangat supporting. Seronok cerita dengan mereka ni. Ada saja nak dibualkan.

Meja kami yang ni


Rabu, 18 Mac 2015

Lawatan YB Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar ke Hatcheri UMS, Terima Kasih!

Terima kasih kepada YB Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar dan pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kerana sudi mengadakan lawatan ke Hatcheri UMS pada 15 Mac 2015 yang lalu. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan kerjasama antara kedua belah pihak pada masa kini dan masa akan datang.

Kunjungan singkat ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada UMS khususnya dari segi mempromosikan universiti dan jalinan kerjasama yang diadakan.

Berikut adalah beberapa foto yang saya sempat ambil ketika lawatan diadakan.



Kerapu yang sangat besar

Napoleon fish


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kepada yang berminat untuk membeli ikan air tawar dan air masin seperti talapia, kerapu dan kerapu hybrid, Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS ada menyediakan perkhidmatan tersebut. 

Anda yang berminat boleh menghubungi:

Weir - 016 826 0085
Otie - 019 946 0461

Alamat :
Insitut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), 
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Ada menjual anak-anak ikan talapia, keli dan sebagainya.
Juga menjual ikan yang dah besar. Ikan talapia RM17/ sekilo.

Perasmian Program Rakan Borneesis : My Perspective

Pada 15hb Mac 2015 yang lalu, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan telahpun berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan Rakan Borneensis, bertempat di Lembah Ex-Situ UMS. 

Program ini dianjurkan selama tiga hari dan banyak aktiviti yang dijalankan bersama pelajar sekolah.

Majlis perasmian penutupan ini dirasmikan oleh Datuk Jame Alip, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan dihadiri oleh Tun Pengerusi LPU dan Datuk Naib Canselor UMS.

Walaupun keadaan pada waktu tengahari panas terik dan malam pula sejuk, namun ia bukanlah penghalang kepada para peserta untuk menghadiri program ini. 

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!




Ahad, 15 Mac 2015

For Your Safety during Fueling

Sebagai panduan dan rujukan.

Sumber - Stesen Minyak Petron
  1. No smoking
  2. Turn off engine
  3. Turn off cell phone & other electronic devices
  4. Fill portable containers on the ground
  5. Discharge your static electricity before fueling
  6. Never allow children to use pump
  7. Do not leave pump unattended when pumping 
  8. Health warning!

Akhirnya Berjaya Dapat Beg Kappa : Hanya di Guardian

Actually jealous dengan beg kecil yang Prof bagi dengan staf masa majlis pertukaran hadiah tahun lalu. Cam comel pula beg kecil tu. Huuuu....

Tiba-tiba Guardian buat promosi kumpul setem dan dapatkan pelbagai saiz beg jenama Kappa dengan harga termurah. Saya pun tanpa melepaskan peluang terus nak beli satu. Hanya tambah RM14.90 dan 40 setem, saya boleh mendapatkan beg kecil Kappa.

Jadi mengumpul la..... then baru nak pergi claim, rupanya stok habis. Haiyoooo.... mana-mana cawangan saya pergi pun tetap habis juga. Sampailah ke Labuan saya cari tapi hampeh. Kena buat pre-order dulu. Rugi dah kumpul setem tapi tak claim. Jadi saya pun buat pre-order.

Akhirnya tercapai juga impian. ☆_☆♡

Inilah dia. Beg KAPPA


P/S - Kappa kalau dalam Bahasa Jepun bermaksud "river-child", "river-boy" atau dalam kata lain adalah hantu air. Juga dipanggil sebagai Kawataro. Istilah Kappa bermula dari Kawa (sungai), Warabe (kanak-kanak). Sumber Wikipedia.

Ia adalah salah satu jenis hantu yang masih disebut-sebut di kalangan orang Jepun pada masa kini. (Kalau di Malaysia ada jenis hantu gula-gula, Che Ponti, Hantu Galah etc). 

Jenis-jenis Kappa. Source

Jumaat, 13 Mac 2015

Peluang

Cannot wait for this May actually! Yipi! Up to the sky again!

Setiap orang diberikan peluang. Peluang untuk berjaya. Peluang untuk menjelaskan. Peluang untuk berubah dan macam-macam lagi. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakan peluang tersebut. Ada peluang yang takkan datang dua kali. ^^ However, enjoy your life selagi dapat enjoy. Tetapi perlu ada batasnya, bagi mengelakkan manusia lupa akan asal usulnya. And hye! Me too. I've got so many chance to see and meet various kind of people. Yang banyak ilmu di dada, yang sempoi tetapi bukan sebarang orang, yang cerewet, yang kuat jelous, yang lembut tetapi tegas etc. Naaah!

Sebenarnya dah ramai orang yang curious tentang pekerjaan saya. Ada yang kata saya ni Secretary, Pembantu Tadbir dan lain-lain. Tak kurang juga ada yang kata saya ni pelajar. Kepada rakan-rakan yang bertanya, saya ni bukanlah siapa-siapa. Sama seperti anda semua. Hanya skop tugas, berbeza dengan yang lain. By the way. Kita semua sama. Yang berbeza adalah pengalaman.

Tak nak cerita pasal jawatan. Oh. Tiba-tiba teringat satu ayat ni. Who cares if you have a pretty face, if your heart is ugly, you are ugly. Wow! Ada benarnya. Walau secantik mana pun muka kita, sehalus mana pun, seputih mana pun, jika kita kerap menyimpan dendam... tak mampu untuk bersikap baik dengan orang lain, kecantikan di muka itu tidaklah begitu hebat. Mungkin... mungkin orang memandang tinggi dengan kecantikan kita, tapi Tuhan tidak melihat semua itu melainkan hati dan amal kita.

Ok. Nak tidur. Goodnight

In Shaa Allah dalam bulan Mei ^^ (source Wikipedia)

Demonstrasi Kebakaran di Canselori

Bunyi saja loceng, tak buang masa dah. Terus ikut tangga belakang untuk keluar bangunan. Sempat lagi padam lampu office ketika tidak digunakan. (Jimat)

Demo kebakaran tu dibuat pada 10 Mac 2015 di waktu pagi. Kepada yang buat mesyuarat masa tu pun dikehendaki keluar. Kalau tak nanti tak pasal-pasal kena NCR.

Antara tips yang perlu diketahui sekiranya ada kebakaran ialah : 
  1. Keluar ikut tangga atau tangga kecemasan.
  2. Jangan ikut lif kerana pada masa itu juga lif tidak akan berfungsi.
  3. Jangan berlengah-lengah ketika meninggalkan bangunan tetapi keadaan perlulah teratur (jangan bertolak)
  4. Alat pemadam api perlu diletakkan di tempat yang boleh dicapai.
  5. Perlu servis alat pemadam api setahun sekali sama ada yang belum guna atau telah digunakan.

Dalam demo kebakaran tu, pihak bomba juga membuat demonstrasi cara memadamkan api. 

Terima kasih ahli bomba dan penyelamat kerana sudi hadir ke UMS. Syabas juga diucapkan kepada team urusetia dari Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.



Khamis, 12 Mac 2015

Riadah di Waktu Petang : Canselori to ODEC

Sekarang semakin ramai orang yang mempunyai gaya hidup sihat. Antara aktiviti yang baik untuk kesihatan adalah beriadah bersama rakan-rakan. Sihat dari segi mental dan fizikal.

Sebenarnya aktiviti berjalan kaki dari bangunan Canselori ke ODEC ni dah lama kami buat, cuma on off saja. Kali ni nak aktifkan kembali kegiatan ini. Bermula dari dua orang iaitu saya dan Hazwani, sekarang dah bertambah ke empat dan seterusnya enam orang. More to come soon! Yeaahhaa! Yang paling best, Prof pun ikut sekali juga.

Aktiviti ni senang saja. Tak perlu nak tukar baju. Lepas kerja, tukar kasut kepada selipar... lepas tu jalan. Memang sempoi. Tak kisah orang nak kata apa. Yang penting jalan kaki ke pantai ODEC, boleh tengok sunset yang sangat indah. Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan ^^ Bukan sahaja senang dilakukan, malah sambil berjalan sambil dapat menikmati pemandangan yang indah.

Lepas riadah, balik rumah, makan, mandi, tidur lena. Esok bangun pun rasa segar.

Kepada yang belum memulakan, jom kita mulakan cara hidup sihat! Ada pelbagai cara dan salah satunya ialah berjalan kaki sambil menikmati pemandangan. ^^

Inilah sunset yang dinanti-nantikan

Yang ni sebelum matahari terbenam

Keadaan selepas Maghrib. Still boleh nampak jalan lagi. 

Puas hati dapat tengok sunset

Ahad, 8 Mac 2015

Street Art di Kota Kinabalu

Selain Pulau Pinang, di Kota Kinabalu, Sabah pun ada street art juga. Tak diketahui siapa pelukisnya, graffiti ni wujud dengan banyaknya dari tahun ke tahun bermula pada 2010.

Pada mulanya bangunan ini merupakan sebuah walfare building dan terbakar sekitar tahun 1992. Sejak dari itu iainya ditinggalkan begitu sahaja. Saya ingat lagi dulu tak ada lukisan tu semua. Paling-paling pun orang conteng dinding saja. Dah lama tu, banyak pula graffiti yang awesome wujud di sana!.

Bangunan ini terletak di tengah bandaraya Kota Kinabalu, berhadapan dengan Suria Sabah. Sejak dah banyak lukisan yang dilukis di dinding bangunan ni, sejak tu la makin ramai pelancong mengabadikan kenangan mereka kat sini. Termasuklah saya. ^^ Tak kira pelancong asing, rakyat tempatan mahupun pre wedding photoshoot, kebanyakan dari mereka akan singgah ke tinggalan bangunan bersejarah ini.

Sebenarnya kebetulan saya nak ke Tong Hing supermarket kat seberang bangunan ni, tiba-tiba rasa nak amik gambar pula lepas tu.

Sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah untuk tengok street art ni!




All Seeing Eye?

Source: MySabah.com

Resepi Cucur Cempedak

Cucur cempedak sedap dimakan waktu petang atau waktu hujan. Minum dengan minuman panas. Fuh! Memang best.

Bahan-bahan:
  • Beberapa ulas cempedak
  • Tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air
  • Minyak masak
  • Secubit serbuk kunyit*
  • Susu cair*

(Mana-mana yang bertanda * tu kalau tak letak pun tak apa)

Cara-caranya:
  • Bancuh tepung gandum, garam dan serbuk kunyit bersama dengan air. Kunyit untuk menjadikan cucur bewarna kuning keemasan apabila digoreng.
  • Kalau nak jadikan cucur lebih empuk dan lemak, tuang sedikit susu cair.
  • Masukkan beberapa ulas cempedak ke dalam tepung yang dibancuh.
  • Goreng hingga menjadi keemasan.

Sebamed Deodorant untuk Kulit Sensitif

Kepada anda yang mempunyai kulit sensitif kalau menggunakan deodorant... kini tak perlu risau lagi.
Dengan adanya deodorant Sebamed, semuanya okay!

Kulit saya sensitif dan tak boleh menggunakan sebarang produk, termasuk deodorant. Kerana sebamed adalah produk  yang saya akui dan boleh dipercayai, saya pun menggunakannya.

Dulu pernah salah guna deodorant.... aiyo.... bukan sahaja gatal tapi kulit jadi luka. Ruam pun timbul. Sakit oh! Nak baik balik bukan sekejap. Lebih-lebih lagi, ada deodorant yang bila kita guna, baju pun boleh jadi rapuh. Ya! Tak tipu!

Deodorant Sebamed boleh didapati di mana-mana supermarket atau farmasi seperti Guardian, Watsons dan Cosway dengan harga RM18+. Ada dua jenis bentuk dijual iaitu dalam bentuk roll-on atau spray (untuk spray harga mahal sikit, RM20+).

Antara tips untuk menggunakan deodorant yang sesuai kepada kulit sensitif ialah:

  1. Gunakan deodorant yang tidak mengandungi alkohol.
  2. Jika terasa gatal selepas menggunakan deodorant tu, terus stop kerana mungkin tak sesuai kepada kulit kita.
  3. Jangan guna deodorant ketika kulit terluka
  4. Biarkan deodorant kering sebelum memakai baju

Selamat mencuba!

BBQ Staf Canselori di ODEC

Aktiviti riadah bersama staf ni perlu! Cukuplah buat sebulan sekali... berkumpul bersama dan bersuka ria. Tak perlu buat di tempat mahal pun tak apa. Yang penting, enjoy!

Jadi kali ni buat BBQ di ODEC. Dengan sunsetnya yang sangat cantik, ditambah lagi dengan ayam, ikan, sotong, terung dan jagung panggang... fuh! Memang superb. Selain itu ada juga ambuyat (sagu yang dibancuh dengan air panas dan dimakan bersama kuah).

Terima kasih kepada staf yang sudi hadir dan bersama-sama menjayakan acara BBQ. Tak lupa juga kepada kepada Prof dan boss yang sudi meluangkan masa bersama kami semua. ^^

Lain kali ingat nak buat lagi tapi dengan peralatan yang lebih lengkap pula. ^^ ♡

Picnic!

Ambuyat

Chef cook

Jagung manis dan ayam panggang

Terung sedap kalau dipanggang

Aiyooo.... silau

Semua ni chef dan assistant chef