Sabtu, 28 Februari 2015

Wonderful Saturday. Kemas dan Masak.

Sepatutnya semalam pergi ke majlis sambutan Maulidur Rasul. Nak dengar ustaz bagi ceramah. Tiba-tiba la pula kaki ni sakit. Jadi decide untuk pulang rumah terus.... -_- Tengok dalam group WhatsApp, full house pula. Syukur.... Mula-mula takut juga ramai yang tak hadir.

Di rumah sempat cuci kain dan bersihkan sikit rumah. Lepas tu sempat lagi pergi siram bunga dan tanam kailan. (Projek terbaharu saya).



Hari ni, Sabtu. Sambung lagi kemaskan rumah. Ntah la. Rumah dah cukup kemas, tapi tak pandai puas hati. Nak juga kemas. Ni pindah sana. Tu pindah sini. Mak aiii.... segala barang dalam peti sejuk pun disusun baik-baik.

Hari ni rasa macam nak masak kari. Dengan sukahatinya saya masak la kari ayam dan buat sambal peria. Hafiz kan suka makan kari. Jadi okaylah. Tunggu Hafiz balik nanti suh bagi rating dapat berapa. Haha.

Petang ni nak pergi jalan kot. Boring juga duduk dalam rumah. Isnin.... outstation lagi. ^^ Best juga outstation ni.

Ini kari saya. Kali ni nak buat kuah pekat sikit dan rasa lemak-lemak manis disukai ramai

Sambal peria. Mudah dibuat dan peria takkan rasa pahit
-
-
-
-
Sambutan Maulidur Rasul semalam. Ramai orang sampai ada yang tak dapat tempat duduk. Foto kredit Che Din dan Hazwani