Rabu, 4 Februari 2015

Trip to Ho Chi Minh - Part 3

Seperti malam yang sebelumnya, lama pula bercerita ngan orang Vietnam tu. Lagi lama stay (sebab nak memilih warna terbaik punya pasal) lagi banyak saya kena interview oleh orang tu. Macam-macam. Dari tarikh lahir, asal mana, dah kahwin atau belum etc. Lastly dapat beli tiga pasang table cloth dengan harga yang murah. Negehehehe....

Kali ni trip ke Sungai Mekong. Fulamak! Macam best saja. Masa nak nak boat tu, ada pula mat Arab menegur. Orang tu ingat saya ni orang Vietnam. (Ada pula. Orang Vietnam semua kurus slim. Saya? -_-) Dah tu bawa cerita lagi.... chit chat chit chat, saya terus naik boat. Nasib baik tak satu boat. Kalau tak.... nampaknya bercerita sahaja la.

Sungai Mekong memang besar dan panjang. Banyak pokok kiambang tumbuh di permukaan sungai. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Saigon untuk sampai ke tempat ini. Punyalah excited naik boat. Terasa macam nak pergi Labuan (speed boat) pun ada.

Posing di Mekong River. Sebenarnya nak tunjuk pakai topi orang Vietnam

Datin dan kawan-kawan yang lain

Tempat persinggahan pertama sewaktu Mekong cruise adalah di Bee Island. Madu disini sangat sedap dan berbeza dari madu Kundasang. Saya beli sebotol dengan harga RM17. Ada juga kerepek pisang madu (RM5 sebungkus), royal jelly (RM34) dan lain-lain. Nak tau mereka guna madu apa? Madu bunga pokok longan.

Lepas memadu.... singgah ke perusahaan membuat gula-gula kelapa. Teringat saya... dulu masa saya kecil... my dad selalu beli gula-gula kelapa (yang bungkusannya warna kuning emas). Nostalgia betul

Ah Moy Vietnam ni pandai menyanyi dan juga boleh menyanyikan lagu Anak Kampung oleh Jimmy Palikat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!