Isnin, 2 Februari 2015

Trip to Ho Chi Minh Part 2

Hari kedua..... macam biasalah. Bawa melawat ke sana sini.... akhirnya shopping juga. Hahaha. Nasib baik saya ni jenis yang bukan kuat shopping. Kalau tidak...... aiyoh! Manakala rakan-rakan yang lain...... jumpa kedai, memang shoppinglah. Hehehehe....

Walaupun bercuti, tangan masih busy membalas Whatsapp dari rakan-rakan sekerja. (Kerja sentiasa  berada di mana-mana. Bak kata Tun, sekarang kerja dah boleh jalan menggunakan handphone saja). Oh ya. Saya beli simkad di sana sebab lagi murah dan internet pun tip top! Simkad saya mengandungi 1.5GB data. Boleh tahan untuk satu bulan tapi apakan daya, beberapa hari saja kat Vietnam. Tak jadi masalah.

Pagi-pagi tu kena bawa melawat ke sini. Dan ini sebenarnya adalah gereja. Saint-Marie Cathedral / Saigon Notre-Dame Basilica. Design gereja ni sama ngan design di France.

Saigon Central Post Office. Dalam tu ada kedai menjual souvenirs.

Sekitar bandar Ho Chi Minh

Tengahari terasa lapar dan makan. Tentunya pilihan di restoran muslim. Masakan Vietnam ni kira ngam dengan selera saya atau orang Sabah. Simple dan sihat. Restoran yang kami pergi adalah Halal Saigon Green House.

Ni makan malam di restoran Halia.

Banyak buah-buahan segar dijual di sekitar bandar. Saya beli buah jambu merah manis, mangga hijau (rangup dan tak masam langsung) serta mangga kuning masak dengan harga RM10 sahaja. Best makan dengan garam.

Sempat posing dengan selambanya. Lokasi: Bangunan kuning seperti gambar di atas

Sale. Nah! Beli. Jangan tak beli. (Malam memnag check in kat pasar malam punyalah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!