Sabtu, 14 Februari 2015

Sepetang di Dalam Kereta

Next week akan travel ke dua tempat berlainan. Whole week takkan berada di pejabat kecuali hari Isnin dari jam 8AM hingga 10AM sahaja. Phew! Actually penat juga berjalan ke sana ke mari ni. Tapi yang seronoknya.... yalah. Seronok berjalan. I hope tahun ni dapat ke Aussie juga. Huuuuuuu!!!! Now everyone can fly. Rajin-rajin tengok tiket murah. Rugilah passport dah renew tapi tak guna kan?
Rate renew passport baharu sekarang adalah RM200 untuk lima tahun. Nak perkhidmatan cepat? Boleh buat di UTC. Sangat cepat, mudah. Operating hours pejabat Imegresen di UTC Kota Kinabalu ialah dari Isnin - Ahad... dari pagi 8.30AM - 7PM / 8PM (walaubagaimanapun tutup pada cuti umum). Kalau tak dapat buat waktu bekerja, boleh buat masa weekend atau after office hour.

Tahun ni Chinese New Year di kampung la. Macam lama tak balik kampung.  Kebetulan rakan-rakan yang lain pun nak pergi Labuan juga. Ok la kot. Ramai-ramai buat aktiviti. ;-)

Pada 14hb Februari (Sabtu), ada aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh UMS. Team Canselori kena bersihkan kawasan perkuburan. Tapi oleh kerana kami sampai agak lewat, lastly kena suh buat kerja di area masjid. Kami ada lima orang smuanya. Saya, Rostam, Ramli, Che Din, Syahrul. Haha. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah.... semua berjalan dengan lancar.

Dah siap semuanya, sempat lagi singgah makan satay di Satay Lembah Brunei, Membakut. Lepas tu balik ke UMS dengan jayanya. Seronok buat aktiviti kemasyarakatan ni sebenarnya. Boleh merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dan warga kampus tak kira pangkat dan umur.

P/S - Masuk dalam news UMS (klik)

Kami menggelar diri kami sebagai Geng Tangki (mula-mula nak namakan sebagi Geng Kubur tapi tak jadi bersihkan kubur sebab dah ramai orang kat sana). Geng Tangki sebab melakukan kerja-kerja mencuci. Haha

Side dish. Rojak daging.

Minum bersama coconut shake. Hanya di Satay Lembah Brunei

Mata kucing tu macam biru... macam hijau juga. Cantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!