Sabtu, 14 Februari 2015

Sate Brunei Sedap - Brunei Satay House di Indah Permai

Sesiapa berhajat nak makan sate Brunei yang empuk, boleh try kat Indah Permai di Sepangar, Kota Kinabalu.

Apa yang membuatkan saya suka restoran ni, mereka menyediakan set dan juga ala carte. Daging satay juga empuk dan tebal. Tasteful dengan kuah kacang yang sangat enak. Jika nak makan makanan lain seperti soto, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain pun available di sini. Harga pun berpatutan.

Lokasi kedai terletak di Indah Permai, di area belakang berdekatan dengan Restoran Sri Keningau. Kecil saja kedainya tetapi menawarkan hidangan sate yang pasti membuatkan anda nak lagi. :-)

Brunei Satay House setakat ini mempunyai tiga cawangan iaitu di Beaufort dan Indah Permai. ^^

Jom datang beramai-ramai!

Ini adalah set 20 cucuk sate (ayam dan daging)

Dihidangkan sekali dengan fries, bawang dan timun

Kuah kacang yang lazat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!