Isnin, 9 Februari 2015

Resepi Ayam Panggang Oregano

Bahan-bahan:
1. Sayap ayam
2. 2 sudu makan sos tiram 
3. 2 sudu makan sos cili
4. Sedikit garam
5. Sedikit minyak bijan
6. 2 ulas bawang putih yang dipotong dadu
7. Serbuk oregano
8. Serbuk lada hitam
9. 1 sudu teh serbuk kunyit
10. Sedikit madu
11. Sedikit minyak masak


Cara-caranya:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan bersama garam, sos tiram, sos cili, minyak bijan, serbuk lada putih, serbuk kunyit dan bawang putih. Perapkan selama 15 minit atau lebih.
2. Panaskan kuali non-stick beserta sedikit minyak masak.
3. Masukkan ayam yang telah diperap dan angkat jika ayam telah masak.
4. Sapukan sedikit madu pada ayam.
5. Taburkan serbuk oregano di atas ayam.
Siap! Rasa ayam adalah seperti Deli Wings yang kita makan di Pizza Hut. ^^ Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!