Selasa, 3 Februari 2015

Rambut Baharu untuk Februari

Apa yang tak best kalau ke salon, sakit belakang kerana duduk terlalu lama. Okay tapi kali ni puas hati kerana buat satu kali pakej. Cuci, treatment, gunting dan bla bla bla. Waktu dalam salon pun lama..... -_-

Masa tengah bersiap di rumah, haiya! Berfikir nak pergi salon yang mana satu. Biasa pergi KK Plaza, tapi dah tengahari (kerana since awal pagi buat kerja-kerja rumah, walaupun tengah bercuti). Tentu traffic jam orang nak pergi lunch, jauh lagi sikit dari rumah.... Lastly pergi salon di 1Borneo. Hair Treatz 1Borneo.

Nasib baik dah mengamalkan 'makanan lebih sayur', inspirasi yang diperolehi dari Vietnam. Jadi masa duduk kat salon tak rasa lapar pun. Yeah! :-) Apa yang dimaksudkan dengan 'makanan lebih sayur'? Ya. Saya suka makan sayur-sayuran. Tapi kali ni nak makan LEBIH lagi sayuran. Jadi tadi pagi masak mi goreng segera (Yeah. Karbo). Lepas tu dengan selambanya saya masak sayur baby kailan (yang paling simple. Tak ada minyak. Hanya masukkan bawang putih, secukup rasa, sos tiram, garam dan sedikit lada putih. Jangan lupa tuangkan sedikit air). Then... taadaa!! Sayur tu dicampurkan dalam mi goreng segera. Gaul gaul gaul! Makan!

Oh yah. Sekarang dah jam 1AM+. Saya skip dulu cerita Trip to Ho Chi Minh - Part 3. Pagi kena bangun awal pergi kerja. -_- Hrrrmmm... tentu ngantuk. Lusa ada meeting pula. Baru saya ingat. Dah.... otak kembali memikirkan hal-hal kerja dengan lebih mendalam. Yalah. (Masa cuti fikir juga tapi kurang sikit la). Ada banyak souvenirs from Vietnam menunggu rakan-rakan pejabat. Ada dua tiga orang yang request gambar Ah Moy Vietnam. Sempat amik dua tiga gambar. Tapi gambar yang pose maut tak ada. (Yang nak tengok gambar tentulah para lelaki. Haissshh!).

Balik kepada cerita rambut. Orang bertudung pun kena jaga rambut juga. Perlu dititik beratkan! Walaupun ada yang kata tak ada orang nampak pun, jadi apa guna nak jaga rambut. Ehem. Itu dah salah. Orang rumah kan ada. Diri sendiri lagi? Siapa yang nak tolong jaga rambut kita kalau bukan diri sendiri?

So that's it. Sempat lagi saya tertidur 1 minit masa tengah tunggu treatment rambut. Hahaha. Mana-mana pun boleh tertidur.

Okay sambung di next page. ^^

Dream Catcher. Satu untuk saya. Satu untuk my colleague. (Nak tambah koleksi dream catcher kat rumah). Oh ya. Baru saya tau... rupanya benda ni famos kat dalam satu drama Korea. Tu pun dapat tau dari kawan. Aiyah!

2 ulasan:

  1. drama korea the inheritance kot kak famous dream catcher...hari tu usha2 di gaya street harga...mahal gila... ~_~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooo.... Hehehe... itulah. Kwn sy pun bgtau famos dalam drama Korea pula. ^^ Kat Gaya Street berapa harga

      Padam

Terima kasih!