Khamis, 26 Februari 2015

Nasyid : Tahniah Team Canselori!

Menang atau kalah itu adat bertanding.

Ini kali pertama Jabatan Canselori mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid. Walaupun tahun ni tak menjanjikan apa-apa trofi, tapi saya cukup terharu dengan kegigihan team nasyid Canselori yang sangat gigih menjalankan praktis, begitu supporting dan yang paling best.... sokongan dari members tu yang amat diperlukan.

Tak semua orang yang boleh bermain instrument tapi di jabatan kami ada yang tahu bermain piano. Satu bonus!. ^^ 

Ingatkan nak join juga dalam pertandingan nasyid ni tapi bukan rezeki pada kali ni la. Next time masih sempat join kot. Apa yang saya bokeh bantu ialah dengan menyokong team kami bertanding. Dan tak lupa juga hari tu saya pakai pakaian kehijauan, khas untuk memperlihatkan tanda sokongan. Hehehe. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan lain yang sudi hadir menyokong team Canselori.

Tahniah juga kepada team Bahagian Perkhidmatan Akademik, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan serta Jabatan Bendahari yang berjaya merangkul tempat di pertandingan pada tahun ini.

Pertandingan nasyid terbuka peringkat UMS ini diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Dan acara kemuncak juga akan diadakan pada hari Jumaat jam 8PM. Jom hadir beramai-ramai.

Team Canselori serba hijau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!