Isnin, 9 Februari 2015

Kenapa Saya Tukar HP Baharu?

Semenjak dua menjak ada handphone baharu ni.... stop sebentar update blog. Kini dah boleh update balik dah ^^. Maklumlah... baru install balik semua applications. Huhuu.... actually tukar HP sebab yang lama dah uzur. Kenapa kata uzur? Sebab contact number semua tiba-tiba hilang, HP selalu hang dan imej + video Whattsap semua hilang. :-( Grrrrr!

Terpaksa juga tukar. Kalau tak.... huh! Ingat saya nak beli baru ke?

Dulu saya guna HP Samsung Note 1. Dah lama. Since tahun 2010 lagi. Ingatkan saya sorang kena masalah contact number hilang. Rupanya bila tanya kawan saya, dia pun dah dua kali kena benda yang sama. Bila tanya boss, beliau pun sama juga! Mungkin masalah Note 1 kalau dah lama pakai jadi macam ni kot.

Semua number phone yang penting hilang macam tu sahaja. Walaupun ada backup dari Google dan simcard, number phone bukan 100% ada. Tanpa melengahkan masa, saya dengan geramnya aktifkan kembali niat beli HP baharu!! Kena kuar duit banyak pun dah tak peduli. Nanti terjadi benda yang sama berulang-alik, sendiri yang naya.

Sebenarnya memang nak beli HP baharu start dari awal tahun lagi. Dalam kepala otak nak beli sama ada I-Phone, Sony Experia atau Samsung.

Bila tengok I-Phone... cantik. Bergayam  Tapi nampak gayanya tidak berapa sesuai dengan kehendak saya. Hehehe.... sebab HP saya adalah my diary, my file, my entertainment... pendek kata segalanya. Saya nak HP yang 'multi-able'. Bila tengok Experia, memang cantik. Skrin besar, terang. Tapi masih juga tidak menepati kehendak.

Lastly.... back to basic. Samsung still my favorite. Dah biasa dengan penggunaannya malah, ada pen! Tentu anda boleh teka saya beli HP apa kan? Color? Saya ambil warna pink. Haha. It's limited edition. Mulanya nak amik gold tapi dah ramai yang pakai HP warna tu, jadi cari warna lain.

Saya suka HP ni. Processor laju. Buka internet gila best. Support 4G. Skrin terang dan besar, 'Multi-able' (Perkataan ni wujud ke?), ada pen (yeah), warna cantik, camera boleh beautify sendiri (macam Oppo), fungsi lebih menarik, boleh masukkan MP3 dengan senang dan tak perlu sofware, camera 16MP dan ada HD etc.

Saya harap HP saya kali ni tahan lebih lama. ^^ HP bukan lagi kehendak tetapi keperluan. Semua orang boleh beli HP tak kira masih bersekolah atau yang dah bekerja.

P/S - Semua orang ada citarasa masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!