Khamis, 26 Februari 2015

Bunga Hasil Pau dari Mama dan Aunty

Rumah jadi menarik kalau ada tumbuhan hijau. Udara jadi nyaman, sedap mata memandang dan tentunya banyak kebaikan menanam pokok di tepi rumah ni ♡

Oleh kerana saya suka mengumpul tanaman especially yang berada dalam pasu, maka saya mengepau habis-habisan daripada mama (ibu Hafiz) dan aunty di kampung. Di rumah mummy (ibu saya) pun saya ada amik juga tapi tu kebanyakannya bunga saya sendiri juga.

Bukan la..... tak best tau kalau tak ada bunga! Jiwa rasa kosong. Tak ada apa nak di tengok.

Ni adalah projek fasa pertama saya. Fasa kedua pula akan buat dibelakang rumah. Hajat nak buat palang tempat tumbuhan menjalar. Mungkin nak tanam either markisa atau sayur-sayuran. Tapi nak tebas dulu rumput di belakang rumah supaya clear sikit. ^^

Ni bunga yang saya minta dari mama dan aunty. Ada yang dibagi sekali ngan pasu, ada yang ditanam melalui keratan batang. Manakala gambar bawah sebelah kiri adalah projek green thumb saya. Guna bahan buangan untuk bercucuk tanam. Saya tanam pokok salad. Tengok sama ada menjadi atau tak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!