Ahad, 22 Februari 2015

Balik Kampung.... Jom! ^^

Balik sahaja kampung halaman.... ehehehe.... pantai adalah tempat utama saya akan pergi. (Selain main kucing). Walaupun saya pergi balik kampung tak lama (20-22 Februari sahaja), dapat juga turun pantai sebanyak dua kali. Haiyoooo bestnya. Tak puas. Macam nak pergi lagi la. T_T

Petang tu air surut, jadi dah set dalam kepala otak nak mencari siput. Dapat juga hasilnya walaupun tak la sepenuh-penuh baldi. Haha. Selain siput, tak lupa juga pergi mencari tiram. Dapat jumpa serpihan antik lagi. Yeah! Itu cerita 1st day ke pantai.

Yang ni cerita 2nd day. Sama juga cari siput tapi waktu pagi. Air surut lagi besar dari 1st day. Uniknya pantai di Tanjung Kubong ni masih kaya dengan keindahan alam semulajadi. Mum kata dia nampak beberapa ekor pari lagi di tepi laut. Nah. Kalau tempat lain, bolehkah senang nampak begitu sahaja? Tak semua tempat, kan? Saya sempat lagi songlap batu sungai sebab nak urut kaki. Hahaha. (Terpengaruh dengan teknik urut kaki guna hot stone).

Petang hari kedua tu buat BBQ sayap ayam panggang + sosej panggang + jagung manis panggang. Kali ni giliran saya untuk perap ayam. (Dah plan everything sebelum balik kampung lagi. Akhirnya menjadi juga planning). P/S - Kalau nak panggang jagung, guna jagung manis sebab lagi manis dan sedap berbanding jagung pulut.

Aisyeehh! Jarang dapat cuti. Tapi kalau dah bercuti, cuti la sepuas-puasnya. Haisshhh.... rasa cam nak pergi balik kampung lagi la. Next time!

Pemandangan laut dari atas feri

Me & Hafiz

Sempat lagi posing di belakang gua kecil

2nd day cari siput. Air surut

Ayam panggang madu

Jagung dan sosej panggang

Hasil kutipan hari ini

Landak laut

Pantai Tanjung Kubong

Guna mode panorama - Klik gambar untuk besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!