Sabtu, 28 Februari 2015

Wonderful Saturday. Kemas dan Masak.

Sepatutnya semalam pergi ke majlis sambutan Maulidur Rasul. Nak dengar ustaz bagi ceramah. Tiba-tiba la pula kaki ni sakit. Jadi decide untuk pulang rumah terus.... -_- Tengok dalam group WhatsApp, full house pula. Syukur.... Mula-mula takut juga ramai yang tak hadir.

Di rumah sempat cuci kain dan bersihkan sikit rumah. Lepas tu sempat lagi pergi siram bunga dan tanam kailan. (Projek terbaharu saya).



Hari ni, Sabtu. Sambung lagi kemaskan rumah. Ntah la. Rumah dah cukup kemas, tapi tak pandai puas hati. Nak juga kemas. Ni pindah sana. Tu pindah sini. Mak aiii.... segala barang dalam peti sejuk pun disusun baik-baik.

Hari ni rasa macam nak masak kari. Dengan sukahatinya saya masak la kari ayam dan buat sambal peria. Hafiz kan suka makan kari. Jadi okaylah. Tunggu Hafiz balik nanti suh bagi rating dapat berapa. Haha.

Petang ni nak pergi jalan kot. Boring juga duduk dalam rumah. Isnin.... outstation lagi. ^^ Best juga outstation ni.

Ini kari saya. Kali ni nak buat kuah pekat sikit dan rasa lemak-lemak manis disukai ramai

Sambal peria. Mudah dibuat dan peria takkan rasa pahit
-
-
-
-
Sambutan Maulidur Rasul semalam. Ramai orang sampai ada yang tak dapat tempat duduk. Foto kredit Che Din dan Hazwani

Khamis, 26 Februari 2015

Nasyid : Tahniah Team Canselori!

Menang atau kalah itu adat bertanding.

Ini kali pertama Jabatan Canselori mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid. Walaupun tahun ni tak menjanjikan apa-apa trofi, tapi saya cukup terharu dengan kegigihan team nasyid Canselori yang sangat gigih menjalankan praktis, begitu supporting dan yang paling best.... sokongan dari members tu yang amat diperlukan.

Tak semua orang yang boleh bermain instrument tapi di jabatan kami ada yang tahu bermain piano. Satu bonus!. ^^ 

Ingatkan nak join juga dalam pertandingan nasyid ni tapi bukan rezeki pada kali ni la. Next time masih sempat join kot. Apa yang saya bokeh bantu ialah dengan menyokong team kami bertanding. Dan tak lupa juga hari tu saya pakai pakaian kehijauan, khas untuk memperlihatkan tanda sokongan. Hehehe. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan lain yang sudi hadir menyokong team Canselori.

Tahniah juga kepada team Bahagian Perkhidmatan Akademik, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan serta Jabatan Bendahari yang berjaya merangkul tempat di pertandingan pada tahun ini.

Pertandingan nasyid terbuka peringkat UMS ini diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Dan acara kemuncak juga akan diadakan pada hari Jumaat jam 8PM. Jom hadir beramai-ramai.

Team Canselori serba hijau

Bunga Hasil Pau dari Mama dan Aunty

Rumah jadi menarik kalau ada tumbuhan hijau. Udara jadi nyaman, sedap mata memandang dan tentunya banyak kebaikan menanam pokok di tepi rumah ni ♡

Oleh kerana saya suka mengumpul tanaman especially yang berada dalam pasu, maka saya mengepau habis-habisan daripada mama (ibu Hafiz) dan aunty di kampung. Di rumah mummy (ibu saya) pun saya ada amik juga tapi tu kebanyakannya bunga saya sendiri juga.

Bukan la..... tak best tau kalau tak ada bunga! Jiwa rasa kosong. Tak ada apa nak di tengok.

Ni adalah projek fasa pertama saya. Fasa kedua pula akan buat dibelakang rumah. Hajat nak buat palang tempat tumbuhan menjalar. Mungkin nak tanam either markisa atau sayur-sayuran. Tapi nak tebas dulu rumput di belakang rumah supaya clear sikit. ^^

Ni bunga yang saya minta dari mama dan aunty. Ada yang dibagi sekali ngan pasu, ada yang ditanam melalui keratan batang. Manakala gambar bawah sebelah kiri adalah projek green thumb saya. Guna bahan buangan untuk bercucuk tanam. Saya tanam pokok salad. Tengok sama ada menjadi atau tak.

Ahad, 22 Februari 2015

Balik Kampung.... Jom! ^^

Balik sahaja kampung halaman.... ehehehe.... pantai adalah tempat utama saya akan pergi. (Selain main kucing). Walaupun saya pergi balik kampung tak lama (20-22 Februari sahaja), dapat juga turun pantai sebanyak dua kali. Haiyoooo bestnya. Tak puas. Macam nak pergi lagi la. T_T

Petang tu air surut, jadi dah set dalam kepala otak nak mencari siput. Dapat juga hasilnya walaupun tak la sepenuh-penuh baldi. Haha. Selain siput, tak lupa juga pergi mencari tiram. Dapat jumpa serpihan antik lagi. Yeah! Itu cerita 1st day ke pantai.

Yang ni cerita 2nd day. Sama juga cari siput tapi waktu pagi. Air surut lagi besar dari 1st day. Uniknya pantai di Tanjung Kubong ni masih kaya dengan keindahan alam semulajadi. Mum kata dia nampak beberapa ekor pari lagi di tepi laut. Nah. Kalau tempat lain, bolehkah senang nampak begitu sahaja? Tak semua tempat, kan? Saya sempat lagi songlap batu sungai sebab nak urut kaki. Hahaha. (Terpengaruh dengan teknik urut kaki guna hot stone).

Petang hari kedua tu buat BBQ sayap ayam panggang + sosej panggang + jagung manis panggang. Kali ni giliran saya untuk perap ayam. (Dah plan everything sebelum balik kampung lagi. Akhirnya menjadi juga planning). P/S - Kalau nak panggang jagung, guna jagung manis sebab lagi manis dan sedap berbanding jagung pulut.

Aisyeehh! Jarang dapat cuti. Tapi kalau dah bercuti, cuti la sepuas-puasnya. Haisshhh.... rasa cam nak pergi balik kampung lagi la. Next time!

Pemandangan laut dari atas feri

Me & Hafiz

Sempat lagi posing di belakang gua kecil

2nd day cari siput. Air surut

Ayam panggang madu

Jagung dan sosej panggang

Hasil kutipan hari ini

Landak laut

Pantai Tanjung Kubong

Guna mode panorama - Klik gambar untuk besar

Jumaat, 20 Februari 2015

Holiday Sempena CNY 2015

Sempena Chinese New Year ni... maka ramailah yang balik kampung tak kira sesiapa pun. Oleh kerana CNY jatuh pada hari Khamis, jadi empat hari la cuti. Meriahnya tahun ni.

Saya pula kiranya sambut holiday CNY kat kampung juga la. Nak buat BBQ dan pergi pantai. Haiyoooo bestnya! Bukan selalu, kan?

Sebelum pulang kampung, cuti-cuti Malaysia di bandar dulu bersama hubby and mum tersayang. Teringin makan shabu-shabu. Lepas tu teringin minum Roasted Milky Tea dari Ochado. Aiyoh. Banyaknya makan... -_- Tak kisahlah.

Before balik rumah, sempat juga beli baja bunga untuk ditabur di taman mini depan rumah. ^^ Malam tu masak ayam goreng bijan madu dan water cabbage yang digoreng ringkas. Sebenarnya la kan.... kalau saya memasak kena ada inspirasi dulu. Fikir punya fikir... tak tau nak masak apa. Haiyah! Lastly dapat idea ayam masak madu. 

Yang penting Hafiz makan banyak cukup buat saya gembira. ♡ Kabboommmm! Badan naik.

Makan bersama keluarga di Natural Kitchen. Makan Japanese Shabu-Shabu

Ayam goreng bijan masak madu. Oleh kerana saya tak ada simpan stok biji bijan, jadi saya tabur serbuk mint di atas ayam. 

Mini taman. Glup!

Khamis, 19 Februari 2015

Days in Kuala Lumpur

Okay. Selamat sampai ke Kota Kinabalu. Rasa sangat baik. Walaupun tadi kapal terbang ada sedikit goyang. Everytime kapal goyang, everytime tu jugalah rasa tak sedap hati. Wuuuuuu.....! Agak fobia sekarang ni. Aeroplane. I don't like aeroplane!

By the way, kerja-kerja dah dilaksanakan dengan baik. Sempat juga rehat pada sebelah malam. Berjalan-jalan dengan my colleague. Tengok wayang The Imitation Game. Bukan copycat game yah. Hehehe... actually movie ni base on true story. Apa lagi. Semangatlah tengok. Memang best cetanya. Tak rugi beli tiket. Tengok punya tengok..... dah jam 12 lebih malam. Keluar dari KLCC, ada lagi orang lepak tapi tak ramai.

Patut jumpa ngan kawan saya di KLIA tapi tak sempat pula kerana dia tengah bertugas waktu tu. Kebetulan ada beli set makeup yang dah lama saya aim. Tak.... sebenarnya kak Bibie (rakan sepejabat) ada beli set makeup Chanel. Jelousnya tengok! Lastly beli juga di KLIA tapi jenama lain. Ehehehe... One of my favorite jenama juga but wont say it here. Ngeh!

Baru lepas balik dari meeting ^^

Malam 16hb tu makan di restoran Siam. Pemiliknya ni kawan lama Prof. Kiranya kenal la. Dah dua kali makan di sini ^^ Kerabu mangga memang tip top. Rangup dan fresh.

Pemandangan KLCC waktu tengah malam

Meeting pada 18hb di EcoCity. Ni replika untuk bangunan yang akan diwujudkan tak lama lagi. P/S - Tidak dibina di Malaysia

Mekap baharu ^^

Ahad, 15 Februari 2015

Sup Ikan Tomato di Alam Mesra

Siapa tak pernah pergi makan di Sup Ikan Tomato & Katering di Alam Mesra, Kota Kinabalu.... saya syorkan untuk anda pergi sekali. (Kalau berkenan boleh pergi banyak kali ^^). Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Resepi Mama. Dari jalan nak masuk Alam Mesra tu pun boleh nampak kedai ni.

Apa yang membuatkan restoran ini istimewa adalah rasa sup yang lain dari yang lain dan rupa sup ikan yang bewarna kemerahan (warna tomato). Kegemaran saya adalah sup ikan goreng (RM7) dan sup telur ikan (RM10). Kalau tak nak makan sup, anda boleh pilih menu lain juga. 

Jon pergi beramai-ramai!

Senarai menu

Sup telur ikan goreng (ignore tangan tu)

Resepi Pancake Senang

Teringin nak makan pancake. Cari punya cari dalam internet, terjumpa cara nak buat pancake. Tapi yang ni buat cara saya pula.

Bahan-bahan:
1. Tepung gandum
2. 2 sudu gula
3. Sedikit garam
4. Sebiji telur
5. Low fat milk
6. Nak lagi sedap, tambahkan tepung kastard, mentega dan susu cair.


Cara-caranya;
1. Masukkan tepung gandum. Agak-agaklah nak berapa banyak
2. Masukkan 2 sudu gula dan sedikit garam serta sebiji telur.


3. Tuangkan low fat milk dan kacau bahan hingga sebati dan jadi macam ni.

4. Panaskan kuali non-stick. Dan tuangkan bahan tadi mengikut amount yang dikehendaki.

5. Hidangkan bersama sirap maple / madu, sosej dan jagung

Selamat menjamu selera ♡

Sabtu, 14 Februari 2015

Sepetang di Dalam Kereta

Next week akan travel ke dua tempat berlainan. Whole week takkan berada di pejabat kecuali hari Isnin dari jam 8AM hingga 10AM sahaja. Phew! Actually penat juga berjalan ke sana ke mari ni. Tapi yang seronoknya.... yalah. Seronok berjalan. I hope tahun ni dapat ke Aussie juga. Huuuuuuu!!!! Now everyone can fly. Rajin-rajin tengok tiket murah. Rugilah passport dah renew tapi tak guna kan?
Rate renew passport baharu sekarang adalah RM200 untuk lima tahun. Nak perkhidmatan cepat? Boleh buat di UTC. Sangat cepat, mudah. Operating hours pejabat Imegresen di UTC Kota Kinabalu ialah dari Isnin - Ahad... dari pagi 8.30AM - 7PM / 8PM (walaubagaimanapun tutup pada cuti umum). Kalau tak dapat buat waktu bekerja, boleh buat masa weekend atau after office hour.

Tahun ni Chinese New Year di kampung la. Macam lama tak balik kampung.  Kebetulan rakan-rakan yang lain pun nak pergi Labuan juga. Ok la kot. Ramai-ramai buat aktiviti. ;-)

Pada 14hb Februari (Sabtu), ada aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh UMS. Team Canselori kena bersihkan kawasan perkuburan. Tapi oleh kerana kami sampai agak lewat, lastly kena suh buat kerja di area masjid. Kami ada lima orang smuanya. Saya, Rostam, Ramli, Che Din, Syahrul. Haha. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah.... semua berjalan dengan lancar.

Dah siap semuanya, sempat lagi singgah makan satay di Satay Lembah Brunei, Membakut. Lepas tu balik ke UMS dengan jayanya. Seronok buat aktiviti kemasyarakatan ni sebenarnya. Boleh merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dan warga kampus tak kira pangkat dan umur.

P/S - Masuk dalam news UMS (klik)

Kami menggelar diri kami sebagai Geng Tangki (mula-mula nak namakan sebagi Geng Kubur tapi tak jadi bersihkan kubur sebab dah ramai orang kat sana). Geng Tangki sebab melakukan kerja-kerja mencuci. Haha

Side dish. Rojak daging.

Minum bersama coconut shake. Hanya di Satay Lembah Brunei

Mata kucing tu macam biru... macam hijau juga. Cantik

Sate Brunei Sedap - Brunei Satay House di Indah Permai

Sesiapa berhajat nak makan sate Brunei yang empuk, boleh try kat Indah Permai di Sepangar, Kota Kinabalu.

Apa yang membuatkan saya suka restoran ni, mereka menyediakan set dan juga ala carte. Daging satay juga empuk dan tebal. Tasteful dengan kuah kacang yang sangat enak. Jika nak makan makanan lain seperti soto, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain pun available di sini. Harga pun berpatutan.

Lokasi kedai terletak di Indah Permai, di area belakang berdekatan dengan Restoran Sri Keningau. Kecil saja kedainya tetapi menawarkan hidangan sate yang pasti membuatkan anda nak lagi. :-)

Brunei Satay House setakat ini mempunyai tiga cawangan iaitu di Beaufort dan Indah Permai. ^^

Jom datang beramai-ramai!

Ini adalah set 20 cucuk sate (ayam dan daging)

Dihidangkan sekali dengan fries, bawang dan timun

Kuah kacang yang lazat

Khamis, 12 Februari 2015

Lampu Kura-Kura dalam Bilik Saya

Sebelum tidur.....

Amat bersyukur kerana banyak perubahan yang dapat dilakukan menjelang tahun 2015. Escpecially kerja-kerja dah lebih cepat dapat disiapkan, jabatan makin concern tentang aktiviti staff, barang-barang di rumah dah makin lengkap... dan, saya boleh pergi kerja lewat sikit sebab traffic jam tak teruk macam kat tempat tinggal sebelumnya.

Hanya nak tunjuk Lampu Kura-Kura yang berada dalam bilik saya. Cahaya yang warna warni. Ada biru, merah dan hijau. Saya beli dari kawan office dengan harga RM40 sahaja. Actually benda ni dah lama beli tapi tak pernah on. -_- Haiiihh....

Kelmarin baru start on Lampu Kura-Kura. Cantiknya! ♡ Suka tengok bintang-bintang di ceiling. Tak perlu turn off lampu ni sebab pandai off sendiri juga. Sebenarnya lampu ni untuk kanak-kanak sebab boleh on lagu juga kalau nak. Tapi saya pun suka juga ngan lampu ni. Sesiapa pun boleh menggunakannya. ^^ 

Yeah.


Lampu kura-kura

Selasa, 10 Februari 2015

Trip to Ho Chi Minh - Part 4

Untuk part 4 ni just nak tunjuk gambar-gambar saja sebab hari tu dah janji nak upload kan?. Yang ni amik guna digital camera Canon Powershot S120. ^^. Yeah!! Jom tengok!


Sebelum tu nak promote dulu. Kepada yang rasa tak nak bawa camera DSLR, boleh try guna camera ini. Compact, mudah dibawa, boleh zoom sehingga 5x, gambar super terang walau dalam gelap, sharp, mudah digunakan, touch screen, boleh amik star trails, ada banyak function, ada wifi.... pendek kata, saya sukakan kamera ini! Price RM1200+

-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Bandar Ho Chi Minh dari atas

 Pasar malam

Post office

Yeah!


 Dalam bas bersama Hazwani

 Ni adalah rumah orang + tempat jual kain murah dan cantik


 Mekong river

 Bergambar dengan honey bee di Bee Island

Gula-gula kelapa

Persembahan nyanyian

 Beratur naik sampan

 LaLaLa

 Keadaan jalanraya di Ho Chi Minh city. Kengkadang tak nampak garisan putih

 Taka Plaza


 Jom makan

Nak balik dah