Sabtu, 31 Januari 2015

Trip to Ho Chi Minh - Part 1

Mata dah ngantuk.... tengok jam baru nak dekat jam 12AM. Tapi kalau ikut masa Malaysia, dah nak dekat jam 1AM rupanya.

Trip to Vietnam, 29 Januari hingga 1 Februari. Kami pergi ramai-ramai. Ada 18 orang semuanya. Jejak saja kat Ho Chi Minh, dah rasa excited. Dalam kepala otak ingat nak shopping saja kot. Hehehe.....

Perjalanan mengambil masa yang agak lama juga sebab kami kena amik dua flight. KK-KL 2 jam 30 minit. KL - Vietnam 1 jam 55 minit. Alhamdulillah cuaca baik pada waktu itu dan perjalanan juga smooth. 

Ini adalah pemandangan yang saya amik dari tingkap bas. Kat Vietnam ramai yang guna motor, sama macam kat Indonesia. Macam tour guide kami kata (namanya Erra) hanya orang kaya yang mampu membeli kereta. Lagipun parking space tak ada. Misalnya nak parking kat sini, orang tu kena letak keta nun kat sebelah sana pula.

Petang lepas sampai tu sempat juga berjalan sebentar sekitar bandar. Wosh! Banyak kenderaan lalu lalang. Yang specialnya, kalau kita lalu.... mereka akan consider. Takkan langgar punya. Di Malaysia tak leh ek. Silap hari bulan ada yang accident.

Makan kat restoran Serai yang terletak tak jauh dari hotel. Jalan kaki pun boleh sampai. Menu ada sayur campur, tomyam dan cendawan goreng.

Tak lupa juga ikan dan ayam (gambar ayam tak ada). Di Vietnam... seafood sangat murah. Kerang-kerangan dan siput boleh dibeli kat tepi jalan. Tapi tak banyak sangat la berjual sampai berderet. Ada port tertentu la.

Ni pasar malam. Buka waktu malam. Saja. Ramai pelancong membeli belah kat sini. Harga memang kena pandai tawar. Duit boleh guna bermacan-macam wang. Ringgit Malaysia pun mereka terima, USD, yen dan apa-apalah. Jadi kalau tak cukup matawang Dong, usah khuatir... boleh pakai RM. Peniaga juga boleh berbahasa Melayu dengan fasih.

Tip membeli belah di pasar malam area dekat-dekat ngan Ben Thanh....kita kena tawar ngan harga paling rendah sebab kalau tak.... haiyo... kira mahal juga barangan yang dijual. Tawar la berabis selagi boleh. Kalau kita betul-betul nak membeli sesuatu barang, baru kita pergi tanya berapa harga. Kalau tanya then tak beli, mesti kita akan kena tahan punya supaya kita beli. Kalau tak beli, ada juga yang pandai marah. Boleh sampai gaduh oooo. Tapi tak semua macam tu la. Depends dengan peniaga dan situasi. (Lebih kurang macam beli barang kat Petaling Street).

Antara harga barangan di Ho Chi Minh..... Baju kurung lycra siap sedia boleh dapat RM35. Beli banyak boleh diskaun sampai RM29. Shawl... Rasanya Jalan TAR di KL lagi murah. Kat Vietnam RM25, lepas tawar boleh dapat RM15. Kain sutera Vietnam RM45 - RM57. Table cloth (harga paling murah saya dapat tawar) RM18 untuk yang saiz pendek. Sarung bantal RM10. Kraftangan... depends apa benda nak beli. Ada pasu diperbuat dari kulit telur... kawan saya tawar sampai harga RM50 / 2 set (itu tawar hampir mati dah). Beg kraftangan RM10 - RM30.... Dompet RM5 - RM15. 

Untuk matawang, rasanya lagi bagus guna Dong atau Ringgit. Sebab kalau guna USD, macam mahal pula. Yalah. Matawang kita pandai naik dan jatuh. Kat Vietnam kira ikut rate mereka. Pernah saya beli harga barang RM22. Tapi bila nak bayar guna USD, peniaga minta USD8. (RM3.6 x 8 = RM28.80). Jadi kat sana dah rugi. Baik beli guna duit ringgit. Yang bestnya.... nak convert duit USD ke Ringgit di Vietnam, mereka boleh amik mahal sedikit berbanding kita jual di Malaysia.

Apa yang best dengan orang Vietnam ni.... semuanya slim. Makanan mereka banyak yang sihat. Buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya. Makanan juga kurang minyak dan mereka suka makan ulam ^^. ♡ Nak praktis di rumah untuk kurangkan makanan berminyak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!