Sabtu, 31 Januari 2015

Trip to Ho Chi Minh - Part 1

Mata dah ngantuk.... tengok jam baru nak dekat jam 12AM. Tapi kalau ikut masa Malaysia, dah nak dekat jam 1AM rupanya.

Trip to Vietnam, 29 Januari hingga 1 Februari. Kami pergi ramai-ramai. Ada 18 orang semuanya. Jejak saja kat Ho Chi Minh, dah rasa excited. Dalam kepala otak ingat nak shopping saja kot. Hehehe.....

Perjalanan mengambil masa yang agak lama juga sebab kami kena amik dua flight. KK-KL 2 jam 30 minit. KL - Vietnam 1 jam 55 minit. Alhamdulillah cuaca baik pada waktu itu dan perjalanan juga smooth. 

Ini adalah pemandangan yang saya amik dari tingkap bas. Kat Vietnam ramai yang guna motor, sama macam kat Indonesia. Macam tour guide kami kata (namanya Erra) hanya orang kaya yang mampu membeli kereta. Lagipun parking space tak ada. Misalnya nak parking kat sini, orang tu kena letak keta nun kat sebelah sana pula.

Petang lepas sampai tu sempat juga berjalan sebentar sekitar bandar. Wosh! Banyak kenderaan lalu lalang. Yang specialnya, kalau kita lalu.... mereka akan consider. Takkan langgar punya. Di Malaysia tak leh ek. Silap hari bulan ada yang accident.

Makan kat restoran Serai yang terletak tak jauh dari hotel. Jalan kaki pun boleh sampai. Menu ada sayur campur, tomyam dan cendawan goreng.

Tak lupa juga ikan dan ayam (gambar ayam tak ada). Di Vietnam... seafood sangat murah. Kerang-kerangan dan siput boleh dibeli kat tepi jalan. Tapi tak banyak sangat la berjual sampai berderet. Ada port tertentu la.

Ni pasar malam. Buka waktu malam. Saja. Ramai pelancong membeli belah kat sini. Harga memang kena pandai tawar. Duit boleh guna bermacan-macam wang. Ringgit Malaysia pun mereka terima, USD, yen dan apa-apalah. Jadi kalau tak cukup matawang Dong, usah khuatir... boleh pakai RM. Peniaga juga boleh berbahasa Melayu dengan fasih.

Tip membeli belah di pasar malam area dekat-dekat ngan Ben Thanh....kita kena tawar ngan harga paling rendah sebab kalau tak.... haiyo... kira mahal juga barangan yang dijual. Tawar la berabis selagi boleh. Kalau kita betul-betul nak membeli sesuatu barang, baru kita pergi tanya berapa harga. Kalau tanya then tak beli, mesti kita akan kena tahan punya supaya kita beli. Kalau tak beli, ada juga yang pandai marah. Boleh sampai gaduh oooo. Tapi tak semua macam tu la. Depends dengan peniaga dan situasi. (Lebih kurang macam beli barang kat Petaling Street).

Antara harga barangan di Ho Chi Minh..... Baju kurung lycra siap sedia boleh dapat RM35. Beli banyak boleh diskaun sampai RM29. Shawl... Rasanya Jalan TAR di KL lagi murah. Kat Vietnam RM25, lepas tawar boleh dapat RM15. Kain sutera Vietnam RM45 - RM57. Table cloth (harga paling murah saya dapat tawar) RM18 untuk yang saiz pendek. Sarung bantal RM10. Kraftangan... depends apa benda nak beli. Ada pasu diperbuat dari kulit telur... kawan saya tawar sampai harga RM50 / 2 set (itu tawar hampir mati dah). Beg kraftangan RM10 - RM30.... Dompet RM5 - RM15. 

Untuk matawang, rasanya lagi bagus guna Dong atau Ringgit. Sebab kalau guna USD, macam mahal pula. Yalah. Matawang kita pandai naik dan jatuh. Kat Vietnam kira ikut rate mereka. Pernah saya beli harga barang RM22. Tapi bila nak bayar guna USD, peniaga minta USD8. (RM3.6 x 8 = RM28.80). Jadi kat sana dah rugi. Baik beli guna duit ringgit. Yang bestnya.... nak convert duit USD ke Ringgit di Vietnam, mereka boleh amik mahal sedikit berbanding kita jual di Malaysia.

Apa yang best dengan orang Vietnam ni.... semuanya slim. Makanan mereka banyak yang sihat. Buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya. Makanan juga kurang minyak dan mereka suka makan ulam ^^. ♡ Nak praktis di rumah untuk kurangkan makanan berminyak?

Khamis, 29 Januari 2015

Farewell Party Jijie

Kelmarin tu kira last day dah saya bertemu dengan seorang lagi staff Canselori yang bakal meninggalkan UMS.....

Sempat juga buat simple farewell party dan dihadiri oleh rakan-rakan sepejabat. Saya kenal ngan dia pada tahun 2012 masa saya mula-mula pindah pejabat dulu. Jijie dah berkhidmat selama 6 tahun kat Canselori, sebenarnya lebih lama berbanding saya!

Lepas ni boring dah sebab kurang kawan nak borak sama...

Dalam farewell party tu, Prof sempat juga memberi sepatah dua ucapan (wakil rakan-rakan pejabat) dan dibalas balik oleh empunya diri.

Kami semua doakan agar Jijie sentiasa sukses di mana jua anda berada. Huhu. ^^ Semoga dapat baby yang comel. Selamat maju jaya.

Farewell ♥ Until we meet again!

Hadiah kenangan dari rakan-rakan. Disampaikan oleh Prof

Antara rakan-rakan yang hadir

Buat simple saja. Bagi ucapan dulu baru leh makan

Rabu, 28 Januari 2015

Sore Throat..... -_-

Baiklah. Kelmarin cuti sakit kerana demam + selsema. Tadi pagi datang kerja asyik batuk, leher gatal-gatal dan suara rock and roll. Tak peduli juga. Actually dah lama rasa nak selsema tapi asyik tahan.... tahan.... then.... walah! Akhirnya menjadi juga. Iyalah. Start dari ke KL hari tu. Rasa lelangit gatal. Sampai la ke Kudat, rasa gatal lagi. Hehe....

Sakit tekak adalah detik paling perit bila berlaku selsema. Tak boleh tidur. Arghh! Then rasa macam sesak nafas sebab tonsil bengkak. The worst thing, hidung berdarah. Tiap kali pun terjadi kalau badan panas -_- Dah habis stage sakit tekak, stage hidung tersumbat pun kira perit juga. Sedar-sedar dari tidur, dah bernafas dari mulut. Haha. Nasib baik ada nasal spray dan ubat Clarinase. Kalau tidak.......

Saya selalu kena demam + selsema apabila kerja terlalu kuat dan tak cukup rehat. Ntahlah. Tapi selagi masih bertenaga, takkan stop punya. Asyik kerja kerja kerja. Ditambah lagi dengan hal lain-lain, eerrrr..... that's why la. However, I enjoy doing my work. ^^ Cuma kadang-kadang tak jaga kesihatan kot. Tu yang sampai selalu jadi begini! I still remember ada seorang doctor tu kata saya ni suka tahan sakit. Betul la tu.

Sebenarnya terfikir juga. Sejak after Raya tahun lepas diserang demam teruk, sampailah sekarang agak kerap juga sakit. Haiiihh...
.
Sometimes Hafiz marah saya. Lepas kerja rehat la dulu. Janganlah terus pergi buat kerja-kerja rumah. Dahlah tido lewat pula ek. Haha. Nak buat macam mana. Awal pagi dah turun kerja. Balik rumah pun lewat. Masa kat rumah tu sahajalah boleh cuci kain. Takkan nak longgok kain sampai weekend baru cuci? Erkk... bukan style saya. Sekarang dah banyak kemudahan. Cuci kain pun dah fully automatic. Penyapu pun dah guna style macam mop. Lekat semua habuk macam tu saja. Apa lagi... em! Memasak. Easy! Pagi-pagi keluarkan ayam or ikan dari freezer dan letak di peti ais sebelah bawah. Lepas tu malam tinggal cairkan sedikit ais lagi, ready bahan-bahan... then masak. Nasi. Yah. Tak perlu susah-susah tanak macam dulu guna kayu api. Air minum pun dah boleh pilih nak yang sejuk atau yang panas macam tu saja. Let me enjoy doing housework. (Actually kepala kusut kalau tengok rumah tak berkemas)... . .. . Orang lelaki tak apa la. Tak perlu risau-risau. Duduk rumah dah boleh rehat dah. Weekend tu tetap weekend. Perempuan kalau weekend pun kena buat kerja rumah juga. Hehe... jangan marah ^^

So tak nak dengar ada yang merungut kerja banyak, sakit kepala nak atur itu ini sebab semua orang pun sentiasa sibuk. Even ada orang yang lagilah sangat sibuk tapi boleh juga mengatur masa lebih baik dari yang kuat merungut tu! (Actually fed-up dengan seseorang). Blah!

P/S - 1AM.... zzzzzz...z.z

Sabtu, 24 Januari 2015

Mañana Borneo Resort - Pamerkan keindahan Bumi di Bawah Bayu

Banyak tempat menarik dan cantik di Sabah. Dan kalau berhajat nak pergi scuba, menenangkan fikiran, melihat keindahan pantai, pergi memancing, nak melawat ke pulau-pulau berhampiran dan wakeboarding dengan kos yang murah dan ala bagpacker, ada satu tempat yang boleh mencuri perhatian anda. Mañana Borneo Resort di Kampung Pinturu, Kota Belud, Sabah. Apa itu Mañana? Ia bermaksud esok dalam bahasa Spanish. 

Bukan sahaja air lautnya biru, bahkan untuk ke resort tersebut, kita perlu menaiki bot selama beberapa minit. Pastinya ini akan membuatkan anda lebih excited!. Ia mempunyai beberapa chalet yang berharga dari RM40 hingga RM350 satu malam. 

Walaupun pada hari tu saya pergi sekejap saja, dah rasa best dan berhajat untuk bermalam di sana. Haha. Ada juga interview dua orang pelancong yang kebetulan menginap di resort tersebut. Mereka kata mereka menemui tempat ini dari Lonely Planet. Tempat ni masuk ke dalam kampung lagi. Line telefon kadang-kala ada kadang-kala tak ada.

Ni jeti untuk masuk ke resort tersebut. Jika air telalu surut, bot tak boleh parking di tepi jeti. Kena angkat sikit seluar hingga ke paras lutut dan berjalan menuju ke perahu

Pemandangan sebelum sampai ke resort

Ini pemandangan dari atas sebelum sampai ke Kampung Pinturu

Tempat ini begitu tenang dan hanya dengar desiran ombak pantai

Pelancong yang pernah pergi ke resort ini pasti akan menulis sesuatu di dinding resort ini

Lagi... lagi dan lagi

Best!

Keadaan bilik dan air laut yang begitu jernih

Rabu, 21 Januari 2015

Wattcha Wattcha in KL

Trip ke Kuala Lumpur pada 14-16 Januari 2015, akhirnya saya dapat merasa chilli crab yang paling best... ditambah dengan fluffy bun yang... terbaik! Di mana lagi kalau bukan di Kayu Manis Seafood Restaurant. Restoran ini mempunyai dua cawangan iaitu di Cyberjaya (tempat yang kami makan) dan Bukit Jelutong. Time tu order ketam masak cili dan bun yang sangat lembut yang dikenali sebagai Mantou Bun. Boleh minta yang digoreng atau di stim atau kedua-duanya sekali. Dua-dua pun sedap tapi saya lebih prefer yang goreng.

Dah habis meeting dan bla bla bla.... petang tu sempat lepak minum kat Nasi Kandar Pelita yang paling famos selepas berjalan kat KLCC. Oh ya. Masa on the way ke Kuala Lumpur.... fuh! Nasib baik flight okay. Walaupun masa mendarat tu tak berapa best dibandingkan macam selalu, tapi still okay. Cuaca pun not bad. ^^

Mantou bun. Stim dan goreng. Rasa nak lagi.

Chilli crab. Tasteful and marvellous!

Tinggal kat Concorde KL dan inilah pemandangan dari bilik saya pada ketika itu. I got a very nice room then. Kali ni tak nampak KLCC. Its okay. Next time la.

Masa hari kedua lawatan, kami ke UPSI, Perak untuk bertemu dengan pihak pengurusan UPSI. Terima kasih atas layanan yang mesra dari pihak UPSI. ^^ Perjalanan tak jauh. Dalam masa 1 jam lebih dah sampai ke Perak.

Masa kat KLCC kebetulan ada pameran kereta (Ni hari kedua). Sempat amik gambar juga sebelum beramai-ramai pergi tengok wayang. Taken 3. Best ceta tu. Kami tengok empat orang. Saya, Prof, Syahrul dan Herman kat TGV Cinema KLCC. Akibat kelaparan... beli popcorn bagai nak rak. Haha. Royale popcorn 2x. Big popcorn 1x. Kit Kat. Coca Cola 2x. Mineral 2x. Apple juice. Corney dog 2x. Mini  hotdogs. Total... RM93+. Nah. Rasakan!

Hari ketiga ialah Hari Perutusan dari Menteri Pendidikan Malaysia. Gambar di atas adalah pemandangan apabila melihat acara dari sebelah paling atas. Seronok dapat bertemu YAB Tan Sri secara live. ^^ Semoga amanat pada kali ini dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia, memberikan impak positif untuk pembangunan negara dan mendidik generasi untuk menjadi berdaya maju. 


Akhirnya kami berlepas ke Sabah dengan selamat walaupun ada yang kena balik lain flight last minit tu. Sekian.

Rabu, 14 Januari 2015

Teman Wanita Saya Bossy - Apa Nak Buat?

Tertarik dengan satu komen di blog, bertanya bagaimana nak handle teman wanita yang suka cari salah boyfriend walau sekecil zarah. Bukan itu saja, ditambah lagi dengan perangai yang bossy, kuat merajuk, siapa yang berkawan ngan boyfriend dia sure kena punya, memburuk-burukkan dalam laman sosial dan lain-lain. Yang lagi tak best, boleh pula si girlfriend rasa dia mempunyai HAK MUTLAK ke atas boyfriendnya. Kesian juga si lelaki terikat ngan perempuan sebegitu.

Baru jadi girlfriend.... belum jadi bini lagi, dah buat perangai. Heeeiissshhh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cinta.... cinta.... kalau dah lama bercinta, tak ramai yang sanggup tinggalkan girlfriend macam tu saja. Ada yang ibarat 'benci tapi cinta'.Tapi kalau tak tinggalkan, diri sendiri yang merana. Apakan daya.....
.
.
.
.
MUNGKIN BOLEH MEMBANTU
Sekiranya dapat girlfriend seperti ini, ada beberapa tips yang boleh difikir-fikirkan.


SATU. Terima dengan seadanya. Jika hati dah tetapkan untuk masih menerima si dia, terimalah dengan hati terbuka. Bukan kerana simpati atau terpaksa. Semua orang tak perfect. Si dia pun ada kelemahan. Sabar je lah.

DUA. Beritahu hal sebenar. Kengkadang kita pun mana tahan dengan orang cam ni. Asyik-asyik kena marah. Bak kata, terpandang (terpandang. Bukan memandang) perempuan lain silap-silap akan membuatkan si dia mengamuk tak tentu pasal. Kita sebagai pasangan punya hak untuk menegur. Tegurlah dia sebaik mungkin. ^^ Tegur dengan cara baik yang dia dapat terima. Kata sayang. Kalau sayang tak leh asyik nak marah. Kan? Kan?

TIGA. Rasakan! Biasanya perempuan macam ni mulut saja tak boleh blah, tapi hati sensitif. Kita dah sabar pun dia tak peduli juga. Now.... it's time! Kenakan dia skit. Bukan apa. Bagi ajar sikit. Pura-pura tak nak melayan karenah. Atau kali ni kita pula yang buat perangai cam dia. Tengok apa reaksi. Kena ingat! Jangan sampai parah sebab.... perempuan ni biasanya mereka saja nak menang. Salah atau betul... tetap nak menang. Pandai-pandailah atur strategi.

EMPAT. Tinggalkan saja! Kalau dah fed-up, tinggalkan terus. Mungkin dia memang tak sesuai buat anda. 
.
.
.
.
.
.
KENAPA LA GIRLFRIEND SAYA BEGINI?
Tanya diri anda terlebih dahulu.

1. Pernah curang?
2. Terlalu menghabiskan masa untuk kawan-kawan atau kerja sahaja dan mengabaikan si dia?
3. Kurang mengambil berat?
4. Menganggap ianya satu bebanan??
5. Terlalu perfectionist?
6. 'Saya benci dia'.


APA PENDAPAT SAYA?
Stop loving her. Find someone else. Life must goes on.


Hujah yang boleh menyokong pendapat ini?
Dia tidak sesuai buat anda. Dia tidak mensyukuri anda sebagai seorang pasangan yang dah banyak bersabar. Dia tidak menghormati anda sebagai pasangan. Dia tidak bersedia lagi untuk bercinta hingga ke peringkat seterusnya. (P/S - Hanya untuk lelaki yang benar-benar serius bercinta).


Perempuan yang matang tidak akan bersikap sedemikian. @ yang keterlaluan :-)

Perjalanan yang Tiada Henti

Ceeehhh! Iya la tu. Bukan perjalanan yang tak ada henti. Ada stop juga. Tak tau lagi nak letak tajuk apa. Hahaha.

Sekarang tengah menunggu nak berlepas ke Kuala Lumpur. Yang buatnya tak ada henti.... kat KL sampai 16hb. 17hb terus sambung ke Kudat sampai 18hb. Malam 19hb ada dinner. 20hb ada mesyuarat besar + event. Itu saja. 22hb ada meeting. 29hb..... Vietnam! Yesss! Sambung lagi 20hb Feb... Labuan...Then Brunei. Next destination tak pasti lagi kat mana. Belum decide. :-b

Perjalanan hidup ni la yang tak pernah henti sebenarnya, hinggalah kita bertemu titik terakhir hidup yang mana kita tidak lagi akan hidup di dunia ini. Di sana akan bermula lagi perjalanan hidup yang baharu. Tetapi hasil yang diperolehi itu dihitung daripada apa yang dilakukan oleh kita pada masa sekarang. Jadi kedua-duanya sama penting.

Terlalu banyak dugaan. Setiap orang mengalami dugaan yang berlainan. Tetapi perlu ingat, Allah S.W.T sentiasa berada bersama-sama kita. Sejahat mana pun manusia, pintu kemaafan masih terbuka jika kita benar-benar ikhlas untuk memohon maaf. Allah Maha Pengampun. 

Lain cerita. Ehem. Bonus dah masuk ek? Jangan lupa untuk simpan duit. Jangan habiskan pula semua. Sebab nanti gaji ada yang awal... ada yang lambat. Kalau gaji dah masuk awal..... next month sure lambat. -_- Jadi kena ada backup. 

Jom kita simpan duit.

Kecuali telur. ^^

Ahad, 11 Januari 2015

11 Januari. Wire Basket. KPOP...

Akhirnya hasrat nak membeli wire basket untuk letak kaktus saya di dah berjaya ^^ Dengan harga yang rendah iaitu RM5, kedai yang anda perlu pergi adalah Daiso. Terdapat di 1Borneo Hypermall dan Suria Sabah Shopping Complex.

Apa-apa pun, saya mengucapkan takziah kepada rakan sekerja saya kerana suami beliau baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini dan selamat disemadikan di Masjid Kg. Likas. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah S.WT....

Terus saya teringat dengan arwah kawan saya yang telah tiada sejak tahun 2014.... Bak kata orang, hidup mesti diteruskan... pahit atau manis, semua itu datangnya dari Allah yang Maha Esa. 
Sedikit ulasan...

Tengok Facebook dan tertarik dengan artikel mengenai remaja Melayu yang dipeluk oleh artis Kpop. Saya tak puas hati then pergi tengok video di YouTube. Betul la. Saya kurang gemar dengan aksi yang dipaparkan. Adakah artis-artis tersebut tidak di brief apa-apa sebelum konsert bermula (maksud saya brief la pasal apa yang tak leh kat Malaysia. Contohnya artis tak dibenarkan pakai pakaian menjolok mata ketika buat concert)? Oh tidak. Jangan kata anak-anak muda kita terlalu fanatik sehingga... . .  . .. Erhm? Kolot? Biarlah orang nak kata apa. Dalam negara ada undang-undang. Agama ada undang-undang. Kalau mak ayah tengok kan tak manis.... Bukanlah... maksud saya... hijab melambangkan kesopanan dan kehormatan diri ini...

P/S - Mekap Korea cantik. Comel dan fresh.

Inilah wire basket yang saya maksudkan. ^^ Murah dan comel ♥ Boleh fit tiga pasu kaktus

Sambil menunggu Hafiz datang amik, sempat maka Brown Crispy Waffle. Hanya di Pancake House :-)

Kasut special edition

What to do..... Memasak!

Hujung minggu kalau berada di rumah... tak sah kalau tak masak. Kena rajin masak, kalau tak... rugi beli barang-barang dapur.

Balik kerja kebiasaanya akan masak juga. Tak hari-hari. Bergantung kepada schedule. Balik lambat, tak sempat nak masak. Makan di luar saja. Balik awal.... pasti akan masak punya la.

Pada hari Sabtu yang mulia (kelmarin), dalam kepala otak dah decide nak masak ayam kari. Maklumlah.... orang rumah peminat kari. Kari adalah menu yang palinh jarang saya masak kerana menu ini bukan pilihan utama saya. Pendek kata, ada mood baru akan masak kari.

Dengan suka hatinya saya pun masak kari. Rupanya lupa beli santan. Haha. Nasib baik ada resepi kari tanpa santan. Walah! Kari dah siap. Ditambah dengan tomato segar dan taufu goreng. ^^ Jemput makan?

Selain itu, menu sayur pula adalah pucuk ubi kayu dimasak dengan sardin. Ini adalah resepi makanan kampung. Mudah dan sedap. Petua yang paling penting kalau nak masak sayur pucuk ubi adalah.... kena celur dulu dengan air panas untuk melembutkan dan mengeluarkan getah ubi. 

Menu kedua dah siap. ^^

Resepi Roti Telur Sardin Goreng

Bahan-bahan:

- Beberapa keping roti
- 2 biji telur
- 1 tin Sardin
- 1 biji limau kasturi
- Timun yang dihiris kecil dan nipis
- 1/2 biji bawang besar yang dipotong dadu
- Sedikit sos cili
- Frying pan non-stick

Cara-caranya:

Ambil beberapa keping roti sandwich. Lagi sedap jika disapu dengan sedikit butter.

Sediakan inti roti tersebut. Sardin yang dilenyek digaulkan bersama sedikit sos cili, bawang besar, timun dan perahan limau kasturi.

Masukkan inti sardin ke dalam roti dan lipat roti menjadi dua.

Gorengkan tanpa minyak. Tunggu sehingga roti menjadi warna keemasan.

Siap :-)

Khamis, 8 Januari 2015

Phewww.... ~

Okay. Baru siap cuci kain. Eeerkkk. Sekarang dah dekat midnight. Awal tahun ni banyak benda pula kena buat. ^^

Semalam tidur lewat juga. Lebih jam 12 malam. Begini.... Pergi kerja turun jam 6.30AM sebab tak nak kena traffic jam punya pasal. Sampai office jam 6.45AM. Kuang... kuang... kuang... Then balik rumah jam 7PM. Plus hujan, jem dan orang potong que... lewat sikit sampai. Tak sempat dah nak masak sebab ayam masih beku dalam peti ais. Minta tolong Hafiz belikan makanan saja. Okaylah. Itu ini itu ini.... sempat lagi buat slide presentation. Yang lucunya sampai tertidur. Tidur atas kerusi dengan probook sekali. Dah lewat tu malas dah nak buat kerja. Tengok TV ada premiere cerita Oldboy. Best tapi tak habis tengok sebab tengok jam dah lebih jam 12AM. Esoknya nak turun kerja awal pula. Dengan rasa nak tak nak.... lain kali ada ulangan baru tengok ceta tu la.

Hari ni pun sama. Tadi ingatkan jam 6.30PM tu nak blah dah dari office tapi dapat call urgent pula. So terlewat sampai jam 7PM. Kali ni sempat masak tapi masakan express saja la. Ingat nak masak ayam sebab dah ready semuanya. Lastly tukar menu. Satu lauk dan satu jenis sayur dah okay. Yang bestnya sambil masak, sambil tu la texting dengan orang... terima panggilan dari orang (urusan kerja). Lepas tu rehat kejap sambil tunggu air panas mendidih dan tertidur pula. Bangun balik, sempat lagi cuci kain malam buta begini. So esok tak payah cuci kain lagi. Hooray!

.
.
.
.
Masih memikirkan apa yang telah berlaku. Maksud saya, alangkah indahnya hidup ini! Dan begitu juga dengan hidup saya!


Ya. Saya telah bertemu ramai orang. Dah biasa dengan pelbagai ragam manusia. Begitu juga anda. Ada yang kekal bersama saya. :-) Ada yang berlalu pergi begitu sahaja. Ada yang baik hati. Ada yang garang. Ada yang saya kureng berkenan (ngehehehe). Pendek kata... Macam-macam ada.

Sebelum ni my family fully supported me. My mum rajin hantar saya ke sekolah masa saya kecil dulu. My dad tanggung saya belajar sampailah saya masuk Bachelor Degree. Lepas saya dah kerja, sikit-sikit saya menimba pengalaman dan dah boleh support balik my family. Sehinggalah pada hari ini, saya bersyukur kerana saya telah mempunyai rumah sendiri. :-) I got my permanent job. I am married. I have cars.... I still keep in touch with my friends etc. Semuanya rezeki dari Allah S.W.T, doa ibubapa, usaha dan tawakkal. ^^ Alhamdulillah.....

Okay. Nak tidur... Zzzzzz....z.z.z....z...

P/S - Astro saya dipasang dalam tempoh kurang dari 12 jam. Terima kasih di atas layanan mesra dan servis perkhidmatan pihak Astro  :-)

Isnin, 5 Januari 2015

Wedding Zuan & Mulan

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada kawan sekerja saya, Zuan @ Popoy dan pasangannya! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. ♥

Cerita sedikit tentang kawan saya ni. Sebenarnya masa saya pergi interview masuk kerja dulu... hanya ada tiga orang yang hadir interview tu (Sepatutnya  enam orang). Saya, Zuan dan Emily. Cuma ada satu kekosongan dan jawatan tersebut diisi oleh saya. Manakala Zuan dan Emily diserap ke jawatan lain, di tempat yang sama. Di sana kami bertiga ni kira rapat. Plus ada sorang lagi baru masuk kerja tetapi jawatan lain. Pun sama rapat ngan kitaorang jugak. Namanya Fauziah.

Itu cerita masa kami mula-mula masuk kerja.

Sekarang ni masing-masing dah ada haluan sendiri. ^^

Apa-apapun, saya gembira kawan saya ni akhirnya menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Cantik warna tema pengantin. Biru + gold. Kedua mempelai juga sama cantik dan sama padan. ^^

Tahniah!

Candid gambar pengantin

Petang ni sempat melantak seafood. Udang rebus. Pucuk paku. Kerang putih halia. Ikan kerapu tiga rasa. Terbaik and fresh!

Sabtu, 3 Januari 2015

Rumah Baharu Kami ♥

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada umat Islam di seluruh dunia. Dan selamat bercuti semua. ^^

Hari ni dah 3hb Januari. Sebenarnya dah pindah ke rumah baharu pada awal pagi 1hb Januari lagi. Ada yang best... dan ada yang tak best. Yang bestnya dapat merasa suasana baharu. Tempat kerja pun dekat ngan rumah dan nampak tenang saja tengok segalanya dalam keadaan kemas (rumah tak banyak barang). Yang tak bestnya, rindu mum and kucing. Lorrrr...... :'(

Kebetulan hari ni kawan sekerja kahwin. Ingat nak pergi tengahari ni. Sekarang tengah rehat dulu selepas mencuci kain, mengemas baju, kemas rumah dan bla bla bla.

Ahah! Bila ingat balik.... makanan pertama yang saya masak di rumah ni adalah.... jeng jeng jeng! Nasi goreng ayam!! Alahai simple nya masakan. Yalah. Di rumah pun kami dua orang saja. Tak kisah sangat la nak makan apa.

By the way.... sedikit gambaran rumah. Tema warna adalah purple + latte dan coklat. Dapur pula warna kehijauan + coklat (unsur kayu). 

Sebenarnya tak complete lagi barang-barang dalam rumah ni. Lepas ni kalau ada rezeki ingat nak buat kabinet dapur dan TV. Then nak tambah drawer di bawah tangga. Lain-lain dah okay kot. Cuma nak menanam di belakang rumah dan hias sedikit pokok di area garaj. ^^