Sabtu, 26 Disember 2015

Biore Pore Pack untuk T Zone

Sebelum ni ada tulis juga pasal Biore Pore Pack. Kali ni nak tulis sekali lagi mengenai produk ni, tapi ada berbeza sedikit kerana ianya adalah Biore Pore Pack T Zone. :-)

Satu kotak mengandungi 10 keping iaitu lima keping untuk hidung, lima keping untuk dagu dan dahi. Apa yang best mengenai produk in ialah pembuangan whiteheads dan blackheads dapat dilakukan secara maksimum kerana melibatkan kawasan dagu dan dahi juga. 

Cara menggunakan produk ini sangat mudah. Mula-mula basahkan kawasan muka yang hendak dilekatkan dengan menggunakan air. Lepas tu lekat Biore Pore Pack dan biarkan selama 15 - 20 minit (sehingga gam kering). 

Produk ini boleh didapati di mana kedai terpilih dengan harga yang berpatutan.

Biore Pore Pack T-Zone terbaik!

Please ignore bawah mata yang kurang menyenangkan -_-

Restoran Ikan Bakar Purple Cafe, King Fisher

Kalau terasa nak makan ikan panggang gaya hidangan seperti di Sandakan, boleh berkunjung ke Purple Cafe yang terletak di King Fisher. Cafe ni bertempat di blok sebelah hadapan, dekat area 7 Eleven. Boleh nampak dari jalan raya.

Hidangan paling famos di cafe ini adalah ikan panggang. Boleh pilih nak ikan jenis apa. Ada tenggiri, ikan kayu, ikan putih dan lain-lain yang siap dipanggang. Makan dengan nasi putih dan sambal mestilah sedap. Nak tambah kelazatan, ikan panggang tu boleh diperah dengan limau kasturi. Selain itu, cafe ini jug ada menyediakan menu yang lain seperti mi goreng, nasi goreng etc...

Cakap mengenai harga, kira berbaloi juga. Tiga jenis ikan panggang + nasi putih yang dihidang dalam satu bekas + sayur kailan + sambal + sup kosong + dua minuman = RM24 sahaja. Walaupun hidangan ini cukup ringkas, tapi ini adalah makanan yang cukup digemari oleh orang tempatan. 

Lagi simple lagi berselera makan. Jom try di Purple Cafe, King Fisher!


Khamis, 24 Disember 2015

Hujung Tahun yang Sunyi

Salam Maulidur Rasul buat kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. :-) Dan selamat bercuti ♡♡♡

Baiklah. Minggu ni start dari hari Isnin sehinggalah minggu terakhir bekerja kelmarin, office makin laaa sunyi. Di office kami ada lima orang sahaja yang bekerja kelmarin. Actually nak kerja pun tak ada mood, tapi kuatkan sahaja perasaan tu. Kalau tak nanti jadi malas pula -_-

Biasa di parking banyak kereta, selalu sampai tak cukup tempat lagi. Kali ni punyalah lengang. Kereta pun sikit saja yang ada. Bila nak punch card pun sunyi semacam saja lobi. Jalan pun tak jem. Inilah penangan hujung tahun. Sentiasa tiada orang ketika kerja tetapi punyalah ramai orang yang pergi shopping complex atau keluar bercuti.

Kesunyian tambah dirasa sebab tahun ni tak buat apa-apa decoration hujung tahun. Tahun lepas ada buat lagi. Kali ni lampu kelip pun tak ada pasang. Sob... sob... sob... 

Inilah keadaan kelmarin semasa hari terakhir bekerja untuk minggu ni.

By the way, sebenarnya dah ada taman di dalam pejabat saya. Lilin tu saya dapat semada exchange gift baru-baru ni sempena akhir tahun. Terima kasih ♡ Yang lain tu beli sendiri.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebenarnya taman ni kecil sahaja Satu petak rumput :-b. Ni gambar sebenar. HeHe... Buat kat sudut meja. Okay la.

Saja nak share. Ni dapat hadiah birthday dari kawan saya, RR. :-) Thank you! Appreciate it. RR (bkan nama sebenar) ni kira bestfriend saya jugalah. Jadi nak bagi kredit skit dengan patung ni. :-))))

Senja ♡_♡

Selasa, 22 Disember 2015

Dark Obsession No-More

Rasa-rasa sekarang ni saya dapat rasakan kefanatikan 'those unwanted' dah makin kurang. Tak tau la kalau sebenarnya masih dalam fasa dark obsession. Tapi saya tak rasa apa-apa ancaman dah sekarang. Syukurlah. Lebih-lebih lagi sekarang ni semua mood balik kampung. Golongan 'those unwanted' pun tak nak ketinggalan juga.

Bila mana seseorang dengan obsesi gelapnya berleluasa, keadaan boleh jadi bahaya. Kenapa tiba-tiba saya cerita mengenai dark obsession? Sebab tadi saya baru tengok channel Crime Investigation (CI) - Dark Obsession.

Ceritanya mengenai seorang wanita yang hanya muncul dalam televisyen selama 15 minit untuk nyanyian lagu opera... dan ada seorang lelaki tiba-tiba pergi approach wanita tu melalui telefon. Mula-mula dijanjikan further career yang bagus... lama-lama dah jadi lain macam. Bila wanita tu tak nak layan, wanita tersebut diganggu dengan beribu-ribu e-mails, surat dan panggilan telefon. Bayangkan! Selama enam tahun wanita tu diganggu oleh lelaki extreme tu. Semuanya melalui cyber. Tak pernah jumpa pun. Kalau wanita tu tak layan, akan diugut bunuh.

Wanita tu dah tak tahan lalu laporkan kepada polis tapi tak ada apa tindakan. Sampaikan kerjayanya turut musnah dan mengalami trauma. Lama kelamaan bila segala bukti dah cukup... lelaki berkenaan ditangkap. Rupanya lelaki tu tinggal di Singapura! Manakala yang perempuan tu tinggal di negara Barat. Lelaki tu cukup psiko kerana dia juga trut ganggu beberapa lagi orang lain dalam masa yang sama.

Cerita pasal obsession... mungkin saya pernah mengalaminya suatu ketika dulu (ketepikan cerita those unwanted). Okay... ceritanya begini. This person adalah seorang doktor. Dengarnya dia ni pelik sikit. Tak suka kotor sampai buka pintu pun kena pakai tisu... atau minta nurse yang tolong buka. Kawan.... tak ramai dan rupa agak pendiam. At first saya tak kenal dia. Kebetulan dalam satu majlis tu saya bertugas amik gambar. Beberapa minggu selepas majlis tu selesai, suddenly my boss (time tu) bagitau saya ada orang nak minta nombor telefon saya. Tapi dia tak nak bagi. Dalam sehari tu berapa kali orang tu telefon boss saya. Lastly kerana tak tahan dikacau, boss saya pun terpaksa bagi juga. Boss saya bagi amaran supaya hati-hati dengan orang ni.

Kononnya orang tu nak minta gambar dia masa dalam majlis hari tu. Saya pun carilah gambar dia dalam folder... tapi sekeping saja yang ada muka dia. Tu pun blur semacam. Orang tu minta saya bagi CD gambar ngan dia. Tapi saya pergi minta office boy hantar. Then esoknya bila dia dah dapat CD gambar tu, dia tak stop di situ. Dia call lagi saya. Call and call and call and call. Dia bawa cerita macam-mcam. Sehingga saya dah tak nak angkat call dia lagi. Yalah. Dia ajak lepak sama la apa la. Then tanya soalan yang saya rasa privasi.

Then tak lama kemudian ada satu persidangan antarabangsa dan saya bertugas sebagai urus setia. Orang tu pun ikut jadi peserta juga. Jadi terjumpalah di persidangan tu. Tapi yang peliknya bila saya tengok dia, dia terus paling muka buat-buat tak nampak (dengan gaya yang pelik). Bila saya pura-pura tengok tempat lain, dia tengok saya pula. Maksud saya... tengok yang betul-betul fokus. (saya tengok dari anak mata dan hasil intipan rakan-rakan yang lain).

Malam tu dinner kebetulam dia duduk semeja dengan yang lain. Bila office mates saya perkenalkan diri mereka, sampai turn saya dia kata stop... tak perlu kenalkan diri lagi sebab dah tau pasal saya. Even office saya tingkat berapa pun dia tau juga. Mana tak... kadang-kadang dia akan datang ke fakulti tapi tak tau dia berurusan dengan siapa.

Walaupun buat selamba selama kenal ngan orang tu, actually dalam hati risau juga. Dengan gayanya yang odd, sure saya ada rasa takut. Dia dah beberapa kali ajak minum sama tapi saya tak pernah pergi. Lama-lama tu dia dah rasa diri dia tak dilayan, maka berakhirlah obsesinya terhadap saya. Sehinggalah suatu hari tu.... orang tu telah ditangkap akibat kes yang tidak sepatutnya dan menyebabkan dia dibuang kerja. Full stop. Sepatutnya ada sambungan. Lagi nightmare. Tapi tak nak ceritalah.

Sekian :-)

Sabtu, 19 Disember 2015

Menu yang Lazat, Mudah dan Sihat

Kami berdua selalu terikat dengan masa kerja. Kadang-kadang Hafiz outstation... kalau tak... sayalah yang kena outstation. Nak masak di rumah pun ikut mood. Kalau saya sorang saja, masak pun malas jadinya. -_-

Tapi makan memang tak boleh skip. Jadi saya suka prepare menu yang simple, yang boleh dihabiskan sekaligus (tak ada tinggal-tinggal dah), still boleh dikategorikan sebagai makanan sihat dan lazat.

Contohnya salad. Untuk menjadikannya lebih lazat, tuangkan dengan sedikit Roasted Sesame dressing. Saya sukakan sos cili. Dan boleh juga tambahkan ke dalam salad untuk lebih perisa. Salad ni saya bawa ke office untuk sarapan pagi. Minum dengan susu segar, bahagianya ♡_♡

Yang ni pun contoh sarapan pagi saya hari ini. Lebih kurang sama macam salad tadi. Timun yang dipotong halus, dicampur dengan jagung dan nugget ayam goreng tanpa minyak yang dipotong kecil. Lepas tu tuangkan roasted sesame dressing dan sedikit sos cili. 

Saya jarang masak nasi kalau sorang kat rumah. Sebab kalau masak mesti nasi tu ada lebih punya. Jadi saya sediakan menu ayam sup dengan sayur sawi. Mula-mula renehkan sup ayam bersama sedikit sos tiram, bawanh putih, garam, gula dan sedikit cuka. Setelah naik bau, masukkan sayur sawi. Agak sayur tu dah nampak layu, tutupkan api dan siap untuk dihidangkan. ^^♡

Rabu, 16 Disember 2015

Bulan dan Sailor Moon

Semalam tengok bulan sangatlah cantik! Malam ni juga begitu. Cantik! ☆_☆ Sangat sangat cantik!

Bila saya melihat bulan, hati akan rasa tenang. Dan saya juga akan teringat dengan all-time favorite manga saya, Sailor Moon. Sejak saya sekolah rendah dulu, Sailor Moon sangat popular. Saya selalu bermain dengan rakan-rakan saya dan masing-masing akan pilih favorite sailor mereka. Setakat ini, karakter kegemaran saya adalah Sailor Jupiter dan Luna (kucing Usagi). 

Walaubagaimanapun, saya lebih menyukai komik Sailor Moon berbanding anime. Ini kerana lukisan di komik Sailor Moon lebih cantik ☆☆☆☆ lebih nampak Shoujo dan originally from Naoko Takeuchi. Pendek kata, saya amat menyanjungi hasil seni beliau. 

Ini keadaan bulan pada 14 Disember 2015. (Maaf kalau kamera saya kurang jelas)

Ini pula keadaan bulan pada 15 Disember 2015. 

Ini pula aplikasi yang saya install dalam smartphone saya. (Real time view bulan)

Jom kita tengok balik ilustrasi Naoko Takeuchi dan sedikit perkongsian maklumat:

Usagi Tsukino a.k.a Sailor Moon. Usagi (dalam bahasa Jepun) bermaksud arnab dan Tsuki bermaksud bulan. Luna (dalam bahasa Latin) juga bermaksud bulan

Inilah rakan-rakan Sailor Moon. Masing-masing mempunyai element sendiri. Bermula dari:
  • Ami Mizuno a.k.a Sailor Mercury. Aa bermaksud Asia, Mi bermaksud cantik, Mizu bermaksud air. 
  • Rei Hino a.k.a Sailor Mars. Rei bermaksud roh, Hi bermaksud api. 
  • Makoto Kino a.k.a Sailor Jupiter. Makoto bermaksud keikhlasan dan ki bermaksud kayu
  • Minako Aino a.k.a Sailor Venus. Mi bermaksud cantik, Ko bermaksud anak Ai, bermaksud cinta.
  • Hotaro Tomoe a.k.a Sailor Saturn. Hotaro bermaksud kelip-kelip, To bermaksud bumi Moe bermaksud bercambah.
  • Haruka Tenoh a.k.a Sailor Uranus. Haruka bermaksud jauh. Ten bermaksud syurga. Oh bermaksud raja
  • Michiru Kaioh a.k.a Sailor Neptune. Michiru bermaksud meningkatkan, Kai bermaksud laut, Oh bermaksud raja.
  • Setsuna Meioh a.k.a Sailor Pluto. Setsuna bermaksud masa. Mei bermaksud gelap, Oh bermaksud raja.



Luna dalam jelmaan manusia

Selasa, 15 Disember 2015

Cara Tanam Taugeh Paling Senang

Projek Pertanian Bandar dah bermula di tempat saya bekerja. Tengah buat pilot projek sekarang ni. Bermacam-macam tanaman ada. Kacang bendi... ketumbar... kailan... tomato ceri dan lain-lain. Manakala di rumah pula saya menjalankan projek penanaman taugeh.

Sebenarnya untuk suka-suka sahaja. Seronok tau! Apa-apapun, jom saya share cara penanaman taugeh yang paling simple, senang dan hanya memerlukan sedikit bahan sahaja.
Bahan-bahan:
  • Biji kacang hijau
  • Besen
  • Tuala bersih
  • Air
  • Plastik hitam

1. Mula-mula basahkan tuala (cari tuala bersih) dan taburkan kacang hijau. Tutupkan dengan plastik hitam. 
- Gambar Hari Pertama

2. Pastikan tuala sentiasa lembap (yang penting ada nampak air bertakung sikit). Spray beberapa kali sehari kacang hijau tersebut bagi mengekalkan kelembapan. 
- Gambar Hari ke tiga


Rupa taugeh pada hari ke empat. Boleh dituai :-) 

Sabtu, 12 Disember 2015

10 Kelebihan Wanita Berambut Pendek

Apa kelebihan wanita rambut pendek?
  1. Senang nak urus. Jika rambut banyak gugur dan susah nak urus, anda disyorkan untuk berambut pendek. Senang nak sikat dan tentunya rambut yang gugur tak kelihatan banyak berbanding jika berambut panjang.
  2. Boleh jimat syampu. Berbanding dengan yang berambut panjang, individu yang memiliki rambut pendek hanya menggunakan syampu dengan kuantiti yang sedikit. Juga tak perlu bersusah payah nak bilas rambut, lebih-lebih lagi kepada yang berambut tebal.
  3. Senang nak mewarnakan rambut. Kepada yang suka mewarnakan ambut, lebih senang untuk warnakan rambut yang pendek berbanding rambut panjang. Tak perlu risau color terkena baju dan yang lagi best... satu kotak pewarna pun dah cukup.
  4. Menyerlahkan leher yang panjang. Kepada anda yang memiliki leher yang jinjang, wow! Apa kata anda ubah penampilan dengan gaya potongan rambut pendek. Tentunya anda kelihatan lebih seksi.
  5. Tak panas. Tak perlu nak ikat rambut dan semestinya tak rasa panas berbanding dengan individu berambut panjang.
  6. Senang nak pakai tudung. Macam tadi yang saya katakan jugalah. Tak perlu nak ikat rambut terlebih dahulu sebelum pakai tudung. Terus sahaja sarungkan anak tudung dan pasangkan tudung, dah siap!
  7. Menjimatkan masa. Anda yang berambut pendek tentunya boleh menjimatkan masa semasa bersiap berbanding yang berambut panjang. Contohnya rambut tak perlu di dandan lama, cuci rambut pun tak lama sangat banding yang rambut panjang yang memerlukan lebih banyak perhatian.
  8. Anda seorang yang berani! Rambut adalah aset wanita. Dan jika seorang wanita tersebut berambut pendek, dia dikatakan seorang yang berani. Tak semua wanita sanggup potong rambut pendek tau! Tengok rancangan America's Next Top Model. Ada sahaja model yang menangis ketika rambut nak dipotong. Lebih pendek dipotong, lebih beranilah anda!
  9. Kelihatan lebih muda. Salah satu faktor yang menyebabkan wanita berumur kelihatan lebih tua boleh ditujukan kepada rambut. Jika berambut pendek, tentu sahaja kelihatan lebih kemas dan nampak always young. Contohnya Kris Jenner, ibu kepada Kim Kardashian yang sentiasa kelihatan menawan dengan potongan rambut pendek.
  10. Comel. Sekarang rambut pendek juga boleh digayakan dengan bermacam fesyen. Ada bob cut, ada layer cut dan pelbagai lagi. Sesiapa yang pandai menggayakan, tentunya kelihatan comel.





Semua imej ini diambil dari www.pinterest.com

Tahniah! Massalinri & Masnahneh

Dua orang lagi office mates kami dah kahwin. ♡_♡ Alhamdulillah.... syukur kepada Allah S.W.T. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Betul. Jodoh di tangan Tuhan. Nama pun nak dekat sama juga. 
Massalinri @ Piko ni dulu satu office dengan saya di Canselori. Sekarang dah bertugas di Bahagian Keselamatan. Manakala Masnahneh pula bertugas di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Tak sangka begitu cepat masa berlalu.

Walaupun tadi masa pergi tu ada sesat jalan jugalah, tapi dengan bantuan Google Maps, semuanya menjadi senang dan cepat. Akhirnya sampai ke destinasi. Walaupun tak sempat tengok pengantin lelaki diangkat di atas tandu (adat Bajau), tapi sempat bergambar bersama-sama kedua mempelai di tas pelamin bersama rakan-rakan yang lain.

Selamat pangantin baru...!

With my office mate, Hazwani

Beautiful Bed Lights

Sekarang dah jadi trend bilik dihias dengan lampu dim yang comel. ♡ Bukan sahaja boleh dijadikan sebagai lampu tidur, malah lebih jimat elektrik (banding dengan lampu kalimantang).

Saya juga dah pasangkan lampu yang comel ni di bilik saya. ^^ Yang bestnya lampu ni hanya menggunakan bateri, jadi boleh gantung kat mana kita nak tanpa perlu mencari plug elektrik. ^o^ Kalau nak beli lampu tanglung macam saya ni, boleh di dapati di kedai Kaison Kota Kinabalu dengan harga RM19.90 sahaja.

Seriously lampu seperti ini sangat menarik. Ia menimbulkan suasana yang berbeza. Bilik pun nampak lebih romantik. ♡♡♡ Nak tidur pun senang sebab cahaya tak terang sangat. 

Dim lights for bedroom

Selain itu boleh juga digantung di ruang tamu untuk suasana romantik ^^ 
(Ignore Si Hitam dan Si Putih yang sedang bermain di tepi tangga).

Ini contoh sebelum dan selepas lampu dipasang

Rabu, 9 Disember 2015

Ada Sketchbook Baharu!

Hari tu keluar jalan dengan mum sebab dah janji. Kenalah tunaikan. ^^♡

Tengah pusing cari benda apa yang boleh dibeli, akhirnya dapat juga. Sketchbook!! Lamanya tak melukis. Yalah. Kerja punya pasal, hobi melukis dilepaskan begitu sahaja. Kadang-kadang mood datang, teringin juga melukis. Atau masa nak release tension pun best kalau dapat melukis ni.

Dulu pernah ada sketch book. Tapi besar. Tak senang nak bawa ke sana sini. Itulah kalau balik saja dari sekolah, confirm melukis punya. Mum jadi bising sebab asyik melukis, baca buku tak nak. Terutama bab buat kerja sekolah Matematik. HaHaHa. Tak minat langsung.

Masa exam SPM, paper Maths la yang paling tak best! Kena suruh ulangkaji, saya tak buat. Melukis ada la. Tapi bila mum tengok apa saya buat, barulah saya pura-pura tengok buku. ;-b Bijak sangat. Tu la Maths tak dapat A. Kwang... kwang... kwang...

Balik kepada cerita tadi. Selain dari beli sketchbook (RM9.90 sahaja), terus beli pemadam (RM0.30), art pen 0.2 dan 0.5 (RM12.60) dan color pencils saiz paling kecil (RM2.70). Bajet tak mahal sangat. Cukup untuk melaksanakan hobi.

Dulu pernah ada seorang yang kira.... close friend saya juga. Masa tu tahun 2004 atau tahun 2005... saya pernah lukis something untuk dia. Dia kata nak simpan lukisan tu baik-baik. Manatau suatu hari nanti saya jadi pelukis terkenal. (Tapi tak menjadi kenyataan). Walaupun dah lost contact tapi saya sentiasa doakan kesejahteraan kepada dia. 

Masa di sekolah pun dulu, berbesar hati dipilih menjadi comittee kreatif di di sekolah. Sekolah tempat saya belajar kebetulan dipilih untuk bertanding sekolah tercantik... jadi kami pun apa lagi, lukis mural do dinding, buat sudut kreatif (di sudut tu ada banyak lukisan. Saya ingat lagi saya lukis favorite anime saya, Son Goku dari Gensomaden Saiyuki. Lepas tu saya ada sketch gambar Arabian Vase. Kawan saya sorang tu pula lukis potret Shah Rukh Khan dan Kajol. Memang cantik!).

Gambar ni yang saya sketch tu

So itulah sedikit sebanyak kenangan saya tentang lukisan dulu... Okaylah. Inilah sketchbook yang saya maksudkan tu.

"Promise yourself to be strong that nothing can disturb your peace of mind"

Sabtu, 5 Disember 2015

Sakit -_-

Antara gejala sewaktu demam + selsema... mulalah badan rasa lenguh, kepala sakit, mata terasa berat dan rasa macam nak termasuk, lesu serta tekak gatal. Selera makan juga berkurang dan tak dapat rasa kenikmatan makanan tersebut. Pendengaran jadi kurang jelas. Badan yang panas juga meyebabkan ruam dan bintik merah keluar. Mood pun kurang.

Gejala tersebut jelas terjadi kepada saya. Saya teringin nak minum yang sejuk tapi pastinya kalau depan Hafiz, tentu tak dapatlah. Terpaksa minum air biasa. -_- (Kalau depan kawan-kawan okay lagi. Boleh minum sejuk. Ngeheheheheh).

Hari ni ada cat festival yang diadakan di Suria Sabah. Saya dah janji dengan kawan dari SPCA bahawa saya akan hadir ke festival tersebut kerana mereka ada buka booth. Tapi nampaknya saya tak berjaya hadir dan saya memohon maaf yang teramat sangat >.< Hafiz pun tak bagi saya pergi sebab takut bulu kucing menyebabkan saya bersin teruk. (Feeling mehh).

So lewat petang tadi kami berdua keluar sebentar untuk makan malam... terus nak beli barang keperluan sedikit. Sangat tak ada selera makan... tekak asyik rasa nak batuk. Hidung pun gatal-gatal. Itulah lumrah orang kena selsema.

Jadi cara yang paling cepat untuk melawan penyakit ini dengan makan vitamin C 2000mg sehari. 

Mihun sup ikan di Sabah Keratang. Sambalnya paling sedap tapi malangnya tak kena suruh makan pedas. Takut suara tak ada nanti. -_-

Belakang Tabir Majlis Persidangan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam Tahun 2015

Nak share sikit gambar-gambar yang diambil semasa persidangan ini yang diadakan pada 1 Disember 2015. ^^

Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan persidangan ini bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Terima kasih!

YABhg Tun merangkap pengerusi persidangan memberikan ucapan aluan

Barisan ahli persidangan yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib-Naib Canselor dan Pendaftar Universiti Awam

Persidangan bermula

Newspaper cutting, rumusan dari ucapan Tun

Review : Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo

Rambut yang gatal akibat dandruff boleh menganggu aktiviti harian kita. Malah, ia juga boleh menyebabkan rambut gugur dan pori-pori tersumbat. Lebih-lebih lagi kepada wanita yang memakai tudung. Lagilah rasa tak selesa.

Untuk cara yang mudah mengurangkan kelemumur, saya telah mencuba produk Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo. Cerita yang sebenarnya begini. Hari tu shampoo yang selalu saya guna tu tak ada stok. Ingat nak cuba produk lain, nak tengok berkesan atau tidak. 

Secara jujurnya, dulu kulit kepala saya selalu gatal akibat dandruff. Rupanya saya tak boleh guna conditioner kerana ia akan meyebabkan rambut saya berkelemumur. Oleh itu, saya stop guna conditioner dan untuk mengurangkan dandruff yang ada, saya menggunakan shampoo anti-dandruff.
Okay. Tadi ceritanya shampoo yang saya selalu guna tu tak ada stok. Oleh kerana shampoo saya dah habis, saya cuba guna jenama Selsun Blue pula. Nampak macam berkesan saja shampoo ni. Harga pun okay dalam RM24. Shampoo ni ada beberapa pilihan dan saya ambil Dandruff Treatment Shampoo with Menthol.

Liquid shampoonya pekat dan bewarna hijau. Tuang sikit dah memadai (ikut ketebalan rambut). First time guna dah rasa okay. Kepala langsung tak gatal dan tak berkelumumur. Ditambah lagi dengan rasa menthol yang nyaman.... kulit kepala terus terasa segar.

Tak semua individu mencuci rambut setiap hari. Ada yang cuci berselang-seli. Jika menggunakan shampoo ini, rambut tak akan rasa berminyak dan gatal walaupun keesokan harinya tak cuci rambut. I give this shampoo 5 out of 5. 

Sangat berpuas hati dengan produk ini.  

Jumaat, 4 Disember 2015

Unpaid Private Investigator

I tried to ask my friends regarding how to block unwanted individual from reading our blog, yet still keeps the blog public. Anyhow, thanks for their intention in helping me with such immensely ideas. ♡♡♡

Yes, we can make our blog private and only open for those who are invited. Nevertheless, the message will not be disseminated to all people, notably to us who don't have... errrr.... really much followers. Heh. I prefer to make my blog public... Purposely to share the information... BUT! But... not for 'those unwanted'. Oh please..... not 'those unwanted'.





I aware that there are 'those unwanted' who LOVE to read my blog.... on and on and on.. By the way, thanks for reading it. 

Indeed, this blog is for everyone, but not you (refer to the dearest unwanted person).

Apart from that, I forbid myself from looking at those unwanted inclusive anything. There are lots of stuff that I can do instead of bane with their pessimistic life. Long story short, get over it and get a life. Live life to the fullest because you only get to live it once.

Sincerely.

Rabu, 2 Disember 2015

Nak Rehat Sebentar ^^

Memang tak dapat dinafikan... sepanjang enam hari ni, memang gila-gila punya pack jadual. Tidur pun tak berapa cukup, banyak travel sana sini (by road), makan pun tak ikut time yang betul dan bla bla bla... ☆_☆

Jadi dengan sukacitanya saya ingat nak amik cuti esok. Nak buat kerja rumah yang tertangguh (kusut memikirnya kain yang perlu dibasuh. Argghh!), nak iron baju, nak jalan-jalan, nak shopping (or else... window shopping sahaja pun), nak pergi saloon etc etc etc!!! By the way, lepas dari duty tadi, suddenly bersin banyak kali. And I realize that.... saya dah terkena selsema! Memang confirm jadi macam ni kalau tidur dan rehat tak berapa cukup. ☆___☆ Nak buat macam mana kan. 

Walau bagaimanapun, hati tak gusar. Kerana the best thing ada di rumah. Wo de xiao mao yang nakal dan semestinya sejambak bunga ros pink dan putih yang saya dapat. Rumah pun jadi wangi semerbak dan nampak colorful. 

Wanita sejati adalah wanita yang sukakan bunga. Siapa yang tak sukakan bunga ros kan? Bunga yang sangat cantik dan romantik. By the way, white rose represents pure love dan pink rose pula cinta yang sweet. Jadi putih + pink adalah kombinasi yang sesuai. 

Walaupun esok nak bercuti, (Thank you Syahrul. Tolong ganti saya esok!)... tetap tak boleh bangun lewat. Entahlah. Dah biasa kot. Tak lah tengahari baru nak bangun. Tak manis orang perempuan bangun lambat actually (cheeyyy... dah start cerita lain). Yalah. Kalau orang dulu-dulu kata, macam mana nak kahwin kalau bangun pun lambat. Itu kata orang tua-tua la.

Roses for me! Taaadaaa!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
So I hope no more like this la esok. Nak rehat betul-betul ni. 

Aktiviti Pelajar Ko-Kum UMS di Kundasang

Okaylah. Just nak share kenangan masa melawat aktiviti pelajar ko-kurikulum yang diadakan di Kampung Sinisian, Walai Tokou, Kundasang. Aktiviti ini dijalankan pada hari Ahad, 30 November 2015 dan dihadiri oleh Tun dan Toh Puan, Pendaftar UMS dan isteri, Timbalan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum dan Pemajuan Pelajar, pegawai, kakitangan UMS, para pelajar serta penduduk kampung.

Memang meriah masa hari kemuncak aktiviti ini diadakan. Ada pertandingan EduCamp (budak-budak bermain scrabble, Monopoly dan chess), ada sesi penyampaian hadiah kepada pemenang, sesi tanam pokok bunga dan lain-lain lagi aktiviti. Walaupun pada mulanya hujan renyai, tapi lepas tu cerah pula. Cantik pemandangan masa ni + sejuk. 

Sambil menyelam, sambil minum air. Kepada yang rasa nak stay kat Kundasang, boleh stay kat Walai Tokou Homestay di Kampung Sinisian. Anda juga boleh memilih banyak lagi homestay atau mountain resort yang lain di Kundasang, dengan harga yang berpatutan. :-)

Meriah budak-budak ni bermain indoor games bersama para pelajar

Bergambar beramai-ramai. Tahniah kepada para pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini

Sesi tanam pokok bunga
-
-
-
-
-
-
-
-
Sempat ke Desa Cattle dan memborong susu segar terbaik dari ladang 
(Ada beberapa stok lagi kat rumah. Hehehehe....) Yang 1liter harga RM6+. Yang 500ml... RM3+. Susu segar Desa juga dijual di supermarket terpilih.

Gunung Kinabalu yang kekal indah walaupun tercalar akibat gempa bumi yang melanda Sabah. Oh ya! Trail baharu dah buka pada 1 Disember 2015. Jemput naik gunung!