Ahad, 7 Disember 2014

Tudung Bawal Maroon

Terima kasih Razit kerana belikan tudung bawal yang cantik ^^. Warna maroon ♡. Yeahhhh!

Cakap pasal tudung bawal... dulu agak famos juga tudung bawal ni (masa saya sekolah dulu). Saya ingat lagi ada rekaan tu yang ada labuchi kat bahagian hujung. (Tak ingat apa namanya). Lepas tu ramai orang pakai yang tu. Sekarang ni pula ada banyak rekaan yang lebih menarik. Tudung  Bawal Aidijuma pun cantik juga. Harga pun berpatutan.

Tudung bawal ni cantik. Tapi.... 1. Saya tak berapa terror pakai tudung bawal. 2. Bila saya pakai, bucu tudung tak pernah kemas. 3. Kalau nak pakai mesti amik masa yang lama -_- Saya kena banyak belajar teknik lagi. Atau..... boleh gunakan fabric starch. Ya tak ya....

By the way, tudung bawal (seperti dalam gambar)  ni lebih senang untuk dipasang. Kain satin dan tebal. Warnanya pun cantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!