Selasa, 16 Disember 2014

Retreat Jabatan Canselori 2014 : My Perspective

Okay. Hari ini saya demam dan ambil cuti. Terima kasih.

Apa-apapun, retreat tahun ni berjalan lebih lancar dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Syukur alhamdulillah.... berjaya juga aktiviti ni. Datuk VC pun puji juga. Syukur... syukur... syukur...!

Kelmarin (hari Isnin) saya masuk office sebenarnya. Dah mula rasa lain macam tapi still dapat tahan lagi. Staff lain ada yang amik sick leave dan cuti juga sebab masa retreat tu ada sukaneka juga. Mungkin terlampau panas kot main tengah pantai. Mana lagi berlari-lari, tarik tali bagai....sakit tulang ooo.

Baiklah. Dah waktu tengahari, hidung dah keluar darah. Kalau badan panas sangat memang macam tu. Maka dengan rasa tak bestnya saya pergi klinik. Malam tak ada selera makan. Hari ni.... taaadaaa! Cuti. Sepatutnya ada meeting tapi memang dah tak larat nak bangun. Deeeii.....

Bercerita pasal retreat.... walaupun saya tak dapat menikmati sukaneka bersama yang lain, tapi pada saya, retreat kali ni juga lebih gempak dari tahun 2013. Staf dapat spend time dengan family, disamping banyak input untuk kecemerlangan universiti dapat diperolehi. Mudah-mudahan tahun 2015 membawa lebih banyak kejayaan kepada UMS.

Malam tu sempat juga dinner BBQ dan riadah bersama family masing-masing. Diikuti hari selepasnya... pagi petang malam full dengan perbincangan (untuk yang terlibat sahaja).

Thank you :-)

Hadiah exchange gift. Thank you Tasha ♡

Acara bersama keluarga

Perbincangan bersama pengurusan utama dan ketua-ketua PTJ

My room! Yeay!

Breakfast. Makanan yang mula-mula di ambil tentulah bubur. Nyam!



Geng sukaneka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!