Rabu, 31 Disember 2014

Petua Mengelakkan Kucing 'Membuang' di Hadapan Rumah


Satu masalah yang tak boleh blah berlaku di rumah adalah.... kekucing dengan riangnya melepaskan hajat apabila kami berdua tak ada. Uncle sebelah rumah tu pun dah boring tolong bersihkan sisa buangan kucing yang terlibat.

Di kawasan tu memang banyak sangat kucing. Depan rumah kucing.. tepi rumah kucing. Ada yang cantik pula tu. Parsi, Siam dan lain-lain. Ntah siapa punya, tak dapat dipastikan. Yang tak bestnya suka melepas hajat depan rumah. Jiran sebelah pun kena benda yang sama juga.

Kucing ni kalau dah port dia kat sana.... sampai bila-bila dia akan kekal kat sana. Selagi ada bau, selagi tu la....!

Ada banyak petua yang boleh dicuba. Tapi petua yang ni saya pernah try:

1. Siram cuka. Mana-mana tempat kucing melepaskan hajat, bersihkan dulu sisa tersebut. Then siram cuka di tempat yang dikehendaki. Kena buat selalu sebab kalau bau dah hilang, kucing tu akan datang semula. Kucing tak suka bau cuka! Pastikan masa kita siram cuka, area tu dah tak basah lagi. (Keringkan dahulu lantai yang dah dibasuh tu, then baru tuang cuka).

2. Siram clorox. Kalau tak menjadi siram cuka... try guna clorox. 

3. Pastikan rumah ada orang. Yang ni terpulang la kepada kucing tu. Ada juga yang tak peduli ada orang atau tak ada. Cuma saya perasan baru-baru ni jiran kami balik kampung. Sana la kucing tu membuang merata-rata. Sehinggalah jiran tu balik, baru tak ada dah kucing membuat onar. Yalah. Kucing pun nak privasi sikit masa membuang.

4. Cat repellent (spike). Boleh didapati si kedai Daiso dengan harga RM5. Ada dua jenis. Satu jenis tu yang mengeluarkan bau tak senang untuk kucing. Tapi tu tak pernah try lagi. Ikut review orang ramai, macam tak berapa menjadi pula. The best adalah repellent karpet berduri (duri lembut saja). Kucing tak dapat mai dah kalau ada benda tu. Tapi benda ni lebih sesuai diletakkan di atas pagar atau di tepi pasu bunga supaya kucing tak dapat dah menjejaki kaki di sana.

5. Letak Botol. Cara ni saya ikut dari Internet. Tak sangka menjadi juga. Lama kucing tak membuang di depan rumah. Takut kot sebab ada figure yang tak dikenali "berdiri" memerhati.

Nak tau lebih banyak cara untuk mengelakkan kucing membuat onar? Jom tengok WiKiHow

Chibi neko desu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!