Selasa, 2 Disember 2014

Oh My December!

Hari ni 2hb Disember 2014. Dan hari ni juga saya bercuti -----> esok pun sama juga. Seronok cuti masa orang lain kerja nih. Hehe.... Tak.... sebenarnya hari ni pergi beli barang-barang.♥ ♥ ♡ ♥ ♥.

P/S - Walau hari bekerja atau tak, bangun awal itu suatu kemestian. ;-)

Bercakap mengenai rumah baharu.... In Shaa Allah bulan ni akan berpindah. Tadi dah pergi tengok perabot lagi. Kalau esok sempat, nak tambah lagi mana-mana barangan yang kurang. Sekarang ni tengah SALE. Nak barang yang murah dan cantik, boleh pergi ke kedai perabot Deli yang terletak tak jauh dari Melinsung. Yang bestnya kedai ni sangat besar, banyak pilihan, antara kedai perabot termurah... dan yang pastinya tak ada dikenakan kos penghantaran walaupun tempat tu jauh sedikit dari kedai (tertakluk dengan syarat).

Baru-baru ni saya dan Hafiz pergi bersihkam rumah. Phew! Akhirnya berjaya juga mop + sapu segala kotoran. Then dah boleh masukkan perabot. Masa tu la baru ada sedikit masa terluang. Hari-hari lain selalu sibuk. Outstation la apa la.

Tak sabar nak duduk rumah baharu ^o^ Hohoho! Dah set warna tema setiap area. Contohnya ruang tamu warna bla bla bla. Dapur kena warna bla bla bla... etc etc etc. Ingat nak masukkam tema flora juga tapi tak terlalu semak sangat. Apa-apalah. Ntah jadi atau tak reka hiasan saya ni. Haha.

Apa-apa pun, selamat menyambut bulan Disember! ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!