Jumaat, 5 Disember 2014

My Cici

Miahaha! Hari ni perabot baharu dah sampai. Bestnya. Esok nak turun tengok rumah + pasang langsir sekali. Tak sabar nak decorate rumah ^^ Weeehoooo!!

By the way, ini adalah my kitties. Saya panggil dua-dua pun si Cici. Sebab mereka masih kecil.... Si Kecil ----------> Si Kici ---------> Si Cici. Toing! -_-

Nak bawa mereka tinggal di rumah baharu nanti. Bagi makan... errr.... nasi dengan ikan yang direbus. Ataupun nasi dengan sardin. Dan mereka akan makan dengan lahap sekali. Wuwuwuwuw... Kalau ada rezeki lebih boleh belikan Whiskas daging untuk mereka.

Mereka ni berpasangan. Yang jantan tu warna bulu oren + putih tapi plain. Tak ada jalur. Yang betina pun oren + putih juga tapi ada jalur. Dan bulu lebih panjang dan tebal. Ada beza sikit la. Hari tu cuti kira nak bawa pergi vaksin, tapi memandangkan cuaca hujan... jadi saya tak berani bawa dulu. Yalah. Kalau kucing kena vaksin tak boleh kena hujan dua tiga hari. Lagipun cuaca sejuk dan lembap, takut demam sebelum vaksin... jadi jawapannya jangan pergi vaksin dulu. buat masa sekarang ni.

Huhu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!