Selasa, 30 Disember 2014

Luangkan Masa Melihat Bintang di Langit

Pastikan diri anda diberi peluang seumur hidup untuk melihat bintang di langit. Tapi.... tapi dengan keadaan yang tiada lampu, sunyi sepi dan langit tanpa awan. Pengalaman itu pasti berbeza dengan hari-hari kebiasaannya.

Malam ni (30 Disember 2014) dan malam-malam seterusnya, anda akan dapat melihat Orion, si pemburu bersama anjingnya Canis Major dan Canis Minor (tertakluk kepada kedudukan negara anda tinggal). Selain itu, anda juga dapat melihat si lembu jantan Taurus, bersama bintang-bintang The Pleiades (rujuk kedudukannya pada gambar di bawah iaitu Alcyone). 

Melalui aplikasi Google Sky Maps. Dapat mengetahui kedudukan buruj


Kredit gambar Ramdan. Milky Way yang sangat indah. Tak semua orang berkebolehan untuk mengambil gambar seperti ini ^^

Kebetulan malam tu langit tiada awan dan sangat cerah. Amik masa sekejap untuk menjenguk keindahan alam. Tidak... tidak. Bukan untuk saya seorang. Kali ni saya bawa Hafiz sekali. Turn off lampu garaj.. Nah! Cantiknya bintang-bintang di langit. Malah, bulan ketika itu adalah Waxing Crescent (bulan separuh).

Perhatikan betul-betul. Ambil masa sejam atau dua jam duduk melihat langit. Lagi seronok jika ada partner... atau haiwan kesayangan sebagai teman. Jika ada duit lebih, boleh beli teleskop (teleskop normal sahaja). Pasti pemandangannya berbeza sekali. Lepas ni nak letakkan hajat untuk beli teleskop yang "mahal" sedikit dari teleskop saya sekarang ni. Dah jumpa kedainya. Tinggal nak kumpul duit lagi. Nak view pemandangan langit yang lagi indah. 

Langit ini luas. Pasti banyak benda yang kita boleh discover. ^^  

Setakat ini planet kegemaran saya dalah Musytari atau Jupiter. 
Dinamakan sempena Dewa Roman iaitu Jove (God of Sky and Lightning)

Gambar di atas adalah Great Red Spot dalam planet Musytari. Great Red Spot adalah ribut taufan gergasi a.k.a anticyclonic storm yang telah terjadi dengan angka minimum semenjak 300 atau 400 tahun lalu. Berkelajuan antara 430 - 680KM / jam, taufan ini disusuli dengan petir yang tidak berkesudahan. 

The Great Red Spot

Untuk makluman lanjut berkenaan Great Red Spot, jom buka link ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!