Rabu, 31 Disember 2014

Jumpa Lagi di Tahun Hadapan

Baiklah. Hari ni adalah hari terakhir saya menulis blog bagi tahun 2014.

Seperti biasa.... keadaan parking yang lengang. Iyalah. Sekarang pun dah jam 5 lebih. Ramai yang nak pulang awal. Ada yang dah bercuti sejak beberapa hari yang lalu. Prof memang tak caya saya tak amik cuti. Apa leh buat. Kena percaya juga. Memang saya tak amik cuti. HoHoHo... ^o^

Kalender tahun 2014 dah tak guna lagi lepas ni. 

Banyak kenangan terindah. Dan saya masih ingat lagi.... dua kali saya sakit teruk oooo... Yang.... yang sangat teruk! Sampai susah nak bangun. Tadi pagi pun macam sakit tekak. Tapi saya dah telan Vitamin C (Jenama Redoxon) 1000mg. Alhamdulillah dah okay. Ya. Jenama tu memang bagus. Effect cepat. 

SKT pun saya dah isi. Kali ni lebih banyak aktiviti dari tahun lalu. Cuma berharap boss akan bagi markah lebih sikit. Aminnnnn.... -_- Oleh kerana bonus akan diberi berdasarkan performance start dari tahun berikutnya, saya kena berusaha lebih kuat. Bukan untuk bonus semata-mata, tetapi untuk diri sendiri dan universiti yang tercinta ini. Uisehh...

Sebut pasal tu... apakah azam anda untuk tahun baharu? Azam saya tahun 2014... errr... ada dua kot yang tak tercapai. Satu.... berat badan tak berjaya diturunkan dengan baik. Dua.... tak jadi beli i-pad. Ciiiiittt!!! Tak apa lah. 

Yang bestnya saya dah beli TV Smart LED 3D yang saya nak hari tu. Sanggup keluar duit T_T Ohooooo............. Harga.... errr.... RM2k+ Janji dapat TV. Best. Skrin terang, pixel cantik, boleh tengok 3D... apa lagi ek.... boleh buka USB... yalah. Control TV tu siap ada pointer lagi.  Pendek kata, smart TV. Smart TV. ♥

Sambung lagi pasal azam baharu. Untuk next year, jangan set KPI banyak sangat. Nanti tak tercapai pula. ^^ 

KPI saya next year, nak bekerja dengan lebih kuat dan buat pencapaian lebih baik. 
.
.
.
.

Bye 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!