Selasa, 23 Disember 2014

Cerita Hujung Tahun.... ~

Yes! Barang-barang elektrik dah beli kelmarin. Tinggal nak beli TV sahaja lagi. Masih berfikir nak TV yang LED atau alang-alang beli TV 3D. Errr.... Harga TV LED tu RM1600+ dan yang 3D pula RM2000+.... Ish! Masih berfikir. Kalau beli yang RM1600+ boleh jimat RM400 lagi dan beli benda lain... tapi kalau beli TV 3D... dapat tengok movie dengan gambar yang super real!. Cuma duit kena tambah extra RM400 lagi.... Errrr.... tunggu dan lihat nak mana satu.... 

Oh ya! Siapa dah tengok The Hobbit : The Battle of Five Armies? Kepada sesiapa yang tak tengok lagi.... jom tengok ramai-ramai selagi wayang ni masih ditayangkan. Ceritanya memang best. Dari mula hingga akhir... ada yang mendebarkan, menyedihkan, rasa geram dan lain-lain la. Yang sedihnya Thorin Oakenshield, Fili dan Kili terbunuh. Apa-apa pun, mesti kena tengok juga. Saya memang minat dengan movie arahan Peter Jackson, bermula dari cerita The Lord of the Ring sehinggalah The Hobbit. Cerita-cerita ini diadaptasi dari novel terkenal nukilan J.R.R Tolkien.


Sempat berjumpa my BFF kat airport hari Ahad yang lalu. Sebenarnya dia tengah tunggu husband dia sebab flight berasingan. Dia datang dulu then baru husband dia pula. Jadi cerita sakan dari jam 1030PM sampailah jam 0100AM. Bayangkan! Haha. Mata dah pedih tapi teruskan cerita juga. Padahal paginya tu ada mesyuarat yang pengerusikan oleh Datuk VC. Nasib baik saya ni jenis yang light sleeper. Tidur lewat macam mana pun tak pernah esoknya bangun tengahari. Hehehe.... Orang tua-tua kata bangun lewat rezeki susah nak masuk. Ye ke?

Saya dan Zetty
-
-
-
-
-
-
-
Curtain Falls by Blue....
-
-
-
-
-
-
Tinggal beberapa hari lagi nak masuk tahun 2015. Kerja masih berjalan seperti biasa. Malah tahun baharu ini kerja akan bertambah-tambah T_T Dan saya malas nak senaraikan satu persatu. Uhuk.... uhukkk............

Keadaan office yang amat sejuk... Lutut dah mula sakit. Ngilu. Rasa seperti di oversea pula. Alahai.... baru ingat hujung bulan Januari nanti nak ke Vietnam. -_-

Mulai dari hari ni rajin buat kerja. Dalam kepala dah bertekad cemerlang. Mood hujung tahun kot. Orang lain dah mula bercuti, masa ni la saya akan rasa tenang sedikit. Ngehehehe.... Walaubagaimanapun, pemandangan di office kami kira meriah juga la. Lukisan betul-betul like a boss. Meriahnya like no tomorrow. Hahaha. Apa-apa pun, Happy New Year kepada rakan-rakan sekalian.
Cuba teka saya lukis yang mana satu?.... .. . . . . .Ehehehehe

Hujung tahun ni ramai yang melangsungkan perkahwinan. Mama kata dalam sehari ada tiga jemputan kahwin. Makan nasi, makan kelupis dan bermacam-macam lagi. Tak perlu masak untuk lunch dan dinner dah kat rumah. Ada lebih siap kena tapaukan lagi.

Kita patut bersyukur duduk kat Malaysia kerana masih ada keharmonian yang boleh dirasai. Di negara inilah tanah tumpah darah nenek moyang kita, oleh itu sebagai rakyat Malaysia... kita harus mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Chheewah! Iyalah. Cuba bayangkan, kalaulah tiba-tiba ada kejadian tak diingini berlaku, rakyat yang bukan warganegara boleh lari balik ke negara mereka untuk menyelamatkan diri. Bagaimana pula kita yang memang lahir di Malaysia ini? Di mana lagi nak pergi kalau bukan terus tinggal dan mempertahankan negara sendiri? Aiseeehhh!

Tak nak cakap panjang.

Nak balik dah. Saya story kat next page okay ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!