Rabu, 10 Disember 2014

Ceramah Kesedaran Pelaburan Tidak Sah : My Perspective

Alhamdulillah....  segalanya berjalan lancar di sepanjang berlangsungnya ceramah kesedaran ini. Terima kasih kepada pihak Bank Negara Malaysia dan AKPK kerana sudi meluangkan masa memberikan ceramah berkenaan pelaburan yang tidak sah di negara ini.

Ceramah ini bukan sahaja memberi pengetahuan dan kesedaran kepada para peserta berkenaan skim pelaburan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH diikuti, tetapi maklumat seperti fungsi utama BNM, bagaimana dan bilakah pengguna boleh membuat aduan berkenaan jenayah kewangan.... ataupun tips belanja berhemat juga disertakan dalam tiga sesi ceramah ini. 

Fenomena skim pelaburan yang tidak sah sekarang semakin menjadi-jadi. Bagi saya skim-skim seperti ini banyak memberikan keburukan. Bukan sahaja menggalakkan manusia berfikir 'wang adalah segala-galanya', malah menimbulkan perasaan riak di dalam hati dengan menunjukkan harta kekayaan tersebut. Al-maklumlah.... kena tunjukkan kereta mewah untuk menarik pelabur lain. 

Secara peribadi, saya tidak minat dengan pelaburan seperti ini. Perniagaan yang dilakukan tidak jelas malah meragukan.

Okay. Malas nak cerita panjang. Akhir sekali, tahniah kepada team urus setia kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!