Isnin, 29 Disember 2014

Hari yang Lengang....

Kebetulan 25hb Disember 2014 jatuh pada hari Khamis. Jadi kebanyakan orang terus amik cuti pada hari Jumaatnya dan sambung ke hari seterusnya dan seterusnya.... dan seterusnya sampailah tahun baharu. Saya pula tak amik cuti dan tak bercadang nak amik cuti. Bila tengok kat luar tingkap..... aihhhh..... lengangnya parking. Hampir tak ada orang langsung. 

Tapi best jugalah. Telefon pun tak banyak kali ringing. Hehehe... Dan agak tenang juga buat kerja. Tak merasai kesibukan seperti biasa. Walaupun sebenarnya banyak jugak kerja.... yalah. Musim cuti-cuti Malaysia, rasa tenang saja datang tempat kerja. Meeting tak ada. Jalan tak jem. Apa lagi...

Ingat nak amik cuti bulan Januari tahun depan, tapi apakan daya. 2hb Januari dah ada perjumpaan Jabatan. 15-16 Januari kena pergi KL. 19-20 Januari ada program. 29 Januari dah pergi Vietnam. Nah! Bulan Februari la kot baru amik cuti rehat satu dua hari. Oh ya! Masa tu pula kan Chinese New Year.
Pemandangan sunset pada 26hb Disember 2014 yang sangat indah. Bertuah dapat tengok keindahan alam sebegini rupa

Desktop saya yang bakal ditukar tak lama lagi. Ngehehehehe.... Dan saya sangat sukakan background tu. Milkyway!
.
.
.
.
.
.
.
Ni yang original picture.

Betapa lengangnya parking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!