Selasa, 4 November 2014

She Was a Compulsive Liar

Jangan asyik menunding jari kepada lelaki...

Pernah dengar teman wanita yang ada affair dengan lelaki lain sewaktu masih couple dengan teman lelakinya? Yup. Perkara ini bukan perkara baharu. Malah beberapa orang teman saya pernah menceritakan tentang pengalaman pahit ini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, malah bukan untuk menjatuhkan martabat wanita. Ramai wanita yang baik-baik di luar sana. Tetapi spesies ini tetap wujud. Ditulis dalam blog sebagai ikhtibar dan perkongsian buat kita semua. 

Di dalam percintaan, wajar untuk kita meletakkan sedikit perasaan ragu kepada pasangan supaya suatu hari nanti kita tidak akan berasa teramat kecewa jika terjadi suatu perkara tidak diingini. Kejujuran adalah kunci utama cinta. Jika dia kata mencintai anda, walhal apa yang ditonjolkan tidak mencerminkan yang sepatutnya.... maka semuanya sekadar manis dibibir sahaja.

Berdasarkan pengalaman yang pernah dialami oleh beberapa rakan saya suatu ketika dahulu....

Lelaki ini amat mencintai teman wanitanya. Malah dia pernah memberikan hadiah yang istimewa buat wanita tersebut dan menyayanginya sepenuh hati. Mereka adalah pasangan yang secocok. Tak lama kemudian, lelaki ini menyambung pelajarannya dan wanita tersebut tetap tinggal di negeri kelahiran mereka. Pada suatu hari, lelaki ini mendapat tahu dari salah seorang rakannya yang mengatakan bahawa wanita tersebut dilihat begitu mesra bersama lelaki lain. Apabila dia menelefon dan bertanya, teman wanitanya berkata hanya duduk diam di rumah. Semakin lama, semakin ramai kawan-kawan lelaki ini mengatakan hal yang sama... iaitu teman wanitanya mempunyai lelaki lain. Sampai la pada suatu hari, wanita tersebut akhirnya mengaku. Tapi dalam masa yang sama, dia juga masih sayangkan teman lelakinya itu. Lelaki itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Nampak tabah tapi sebenarnya dia amat terluka! Kawan saya call dalam keadaan mabuk. Berkata dia masih cintakan bekas teman wanitanya. (Note - Kawan saya bukan beragama Islam). Dia ingin mengabadikan nama wanita tersebut dengan membuat tatu di belakang badan. Saya cuba untuk menasihatkan dia supaya tidak berbuat sedemikian. Bagi saya.... tentu ada orang yang lebih layak untuk dia cintai. Bagaimana pula jika suatu hari nanti dia mempunyai pasangan lain dan pasangannya itu ternampak tatu itu? Tentu tak manis bukan?  Dah lama saya tak contact kawan saya ni balik tapi perkara yang paling akhir saya ketahui, akhirnya ada wanita lain hadir dalam hidupnya. :-)

Kisah seperti ini tidak terjadi sekali sahaja. Ada beberapa orang rakan saya yang lain mengalami kejadian yang hampir sama. Rakan saya ini amat mencintai teman wanitanya tetapi seperti kes tadi, wanita itu ada lelaki lain. Apa yang saya ketahui, lelaki ini seorang yang jujur dan baik hati. Tetapi kisah yang dialami amat menyedihkan. Sebelum itu, lelaki tersebut telah mengesyaki teman wanitanya curang. Tambahan pula, teman wanitanya berada di tempat lain. Suatu hari lelaki tersebut bercadang untuk pergi menyiasat apa yang berlaku. Terkejut dia mengetahui ada lelaki lain masuk ke rumah wanita itu. Beberapa jam kemudian barulah lelaki tersebut keluar dari rumah itu. Apabila ditanya, wanita itu tidak mengaku dan berkata mereka hanyalah berkawan biasa. Apa-apapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga... Setelah semuanya terbongkar, lelaki itu cuba untuk menjauhi wanita tersebut. Walaupun wanita itu telah pujuk rayu, jawapan yang diterimanya tetap TIDAK.

Cerita seterusnya lebih tragis. Rakan saya amat mencintai teman wanitanya sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Nak itu, dibelikannya... nak ini, pun dibelikannya juga. Yuran pengajian, bayaran sewa rumah, langganan Internet, pakaian, duit belanja.... semua ditanggung. Lebih-lebih lagi, kereta pun sanggup dibelikan! Tapi yang peliknya, ada sahaja alasan diberikan oleh wanita itu. Dibelikan emas, dia kata emas tu hilang. Akhirnya dapat tahu, rupanya digadaikannya. Saya pun tak berapa setuju juga ngan rakan saya ni yang terlalu bermurah hati. Tapi apakan daya... dia menceritakan kisah ini kepada saya selepas segalanya berakhir. Setiap hari rakan saya akan hantar ambil wanita itu dari kolej. Bila kawan-kawan tanya siapa gerangan yang menghantarnya, wanita itu hanya berkata, 'itu abang saudara saya'. Entahlah. Pelik. Kawan saya tu handsome juga. Tinggi... Putih... Muka iras selebriti. Kena guna-guna ke apa sampai begitu sekali. Pernah sekali semasa nak membeli makanan di Bazaar Ramadhan, pakaian yang dikenakan wanita itu kurang sesuai. Rakan saya menegur supaya berpakaian lebih sopan tapi caci maki yang dibalasnya. Kemuncak cerita diketahui apabila mengetahui wanita itu bermalam di hotel bersama lelaki lain.  Setelah sekian lama, rakan saya masih tidak dapat memaafkan wanita itu. Mungkin dia amat terluka dengan kejadian ini.

Cukuplah setakat ini saya ceritakan.

Sekali lagi ingin saya nyatakan, saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. Cerita diatas adalah sekadar berkongsi pengalaman sebenar, disamping menasihatkan agar kita tidak berbuat perkara seperti itu. 

Bagi saya, jelas ianya perbuatan yang tidak bermoral dan hanya memalukan diri serta keluarga. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Bukan berlaku curang. Hidup kita ada hukum karma. Dan doa orang teraniaya itu makbul. Bagaimana ingin mendapatkan kemaafan dari Tuhan kalau orang yang disakiti itu sendiri tidak memaafkan kita? 

Renung-renungkanlah....

Sekian...

 Kejujuran itu umpama hadiah yang mahal. Dan jangan mengharapkannya datang daripada orang yang tidak sepatutnya.

 Kadang-kala orang susah untuk memaafkan kerana telah dikecewakan


Indeed!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!