Selasa, 18 November 2014

Cara Berdepan dengan Bos yang Pemarah

Nah! Mungkin boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda yang memerlukan. 

1. Kenali personaliti bos anda
Maksudnya and perlu membuat sedikit research tentang perwatakan bos anda. Perhatikan apa yang dia suka dan tak suka. Contohnya dia tak suka minum coffee, jadi jangan pula hidangkan coffee untuk dia. Sesuaikan diri anda dengan corak dan cara kerja bos anda. :-) Lakukan pendekatan secara personal seperti mencari informasi bos anda melalui Internet, rakan-rakan sekerja dan sebagainya.

2. Sentiasa bersedia
Seorang kakitangan yang efisyen akan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental. Jangan buat kerja sambil lewa, atau dengan kata lain... tentunya bos tidak akan gembira dengan apa yang dilakukan jika anda tidak memandang serius terhadap task yang diberikan. Tonjolkan diri anda dan buat kerja dengan profesional. ^^ 

3. Berfikiran positif
Semestinya kena berfikiran positif. Mungkin anda ada membuat kesalahan sehingga boss memarahi anda. Jangan pula membuat muka di depan bos apabila dimarahi, sebaliknya terima dengan hati terbuka dan berusaha untuk memperbaiki kesalahan. Jangan malu untuk meminta maaf. Kot boleh menyejukkan hati bos. Lagi satu, tak perlu nak simpan dalam hati selepas bos anda memarahi anda kerana ia hanya membuatkan hati tidak tenteram.

4. Sejukkan hati dengan mengambil berat
Masa bos anda tengah marah-marah tu, jangan pula anda pandai-pandai nak membangkang bos anda. Takut nanti bertambah parah jadinya. Kalau nak membangkang pun kena ada fakta yang kukuh dan kena pada cara anda bercakap. Biarkan bos anda keluarkan semua kemarahannya. Setelah bos anda selesai membebel, masa tu anda boleh mendekatinya. Fahami keadaannya dan masalahnya. Tawarkan bantuan kepadanya. Kalau tak pun, bawa dia cerita benda yang lebih santai.

5. Sentiasa ikut peraturannya
Sama ada anda suka atau tidak, bos anda adalah majikan anda. Kena ikut peraturan yang dah ditetapkan asalkan tidak bercanggah dengan perkara lain. :-) Ingat! Setiap desakan yang bos anda lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memajukan diri anda. 

Saya pernah berhadapan dengan bos yang panas baran. Walaupun saya tidak bertemu dengannya setiap hari, tetapi saya sentiasa bersedia sepanjang masa. Disini saya kongsikan apa yang saya lakukan. Mungkin boleh membantu anda di luar sana. 

  • Lakukan kerja dengan pantas. Jika kurang faham dengan apa yang dimahukan, jangan segan silu untuk bertanya.
  • Respon dengan apa yang dimahukan. Balas SMS, e-mel dan jawab panggilan.
  • Jangan takut untuk berikan pandangan dan lontarkan idea. Orang-orang seperti ini jarang mempersendakan kakitangan jika idea itu kurang tepat. 
  • Sentiasa berfikiran positif, hati terbuka dan murah senyuman. Berkata-kata pun ada aturannya. 
  • Sediakan keperluan. Contohnya pen kena sentiasa ada di poket kita. Manalah tau bos nak guna pen. Benda-benda yang lain yang perlu ada ialah tisu, gula-gula, power bank dan business card. Walaupun nampak remeh tetapi benda-benda ini mampu mengubah keadaan. 
  • Elak berkata benda yang boleh menimbulkan kemarahan. Selesaikan segala permasalahan dengan baik dan jangan selalu libatkan bos dengan hal remeh-temeh, selagi pegawai mampu menyelesaikannya. 
  • Berkomunikasi dengan orang lain. Bila bos tanya soalan dan kita kurang pasti jawapannya, itulah gunanya ada ramai contact person yang boleh membantu kita. Jadi seorang yang 'busy body' untuk mengetahui hal-hal semasa organisasi seperti aktiviti yang bakal dijalankan, tarikh-tarikh tertentu, masalah yang dihadapi kakitangan dan sebagainya.
Semoga tips ini berguna buat anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!