Khamis, 27 November 2014

Jom Jogging di UMS!

Memang benar. Kalau kita rajin beriadah... fikiran jadi cergas. Tidur pun selesa sahaja. Lagipun, tentulah badan akan jarang diserang penyakit dan budaya hidup juga berubah ke arah lebih sihat.

Kepada kakitangan dan pelajar UMS, jom kita jogging beramai-ramai di kawasan UMS.

Ada banyak tempat jogging yang menarik. The best area bagi saya adalah di ODEC (tepi pantai). Kalau saya... turun sahaja dari bangunan Canselori, terus lalu kat Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), terus menuju ke ODEC. Boleh bersantai sebentar di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Ramai juga pengunjung ke sana pada waktu petang, tak kira warga UMS ataupun orang awam.

Kalau tak nak jogging, berjalan kaki (macam bersiar-siar) pun okay juga. 

Selain itu, kalau nak jogging menuju ke Puncak ataupun di stadium sukan UMS adalah tempat alternatif yang biasa dikunjungi. UMS terkenal dengan keindahan semulajadinya, lebih tepat dikenali sebagai universiti EcoCampus. Oleh itu, anda tidak akan sesekali berasa bosan beriadah di kawasan UMS. 

Tidak perlu lakukan setiap hari. Tiga hari sekali pada hari bekerja dah memadai. Lagi best kalau bawa ramai teman. ^^

Selamat mencuba.

Pemandangan sunset yang cantik di ODEC

Selasa, 25 November 2014

You Get Served What You Deserve : Karma

Eheemmm....

Tidak perlu membalas dendam dengan orang yang jahat kat kita, kerana pada akhirnya mereka akan dibalas juga. Sama ada dibalas setimpal di dunia, mahupun di akhirat.. Bak kata, Don't waste your time on revenge, those that hurt you will eventually face their own KARMA. 

Tak ada nak cerita apa sangat.

.... Yalah. Kalau bertutur, biarlah dengan bahasa yang lembut. Lagi satu, jangan bertindak terburu-buru dan terus pergi serang orang lain tanpa usul periksa. Muka manis macam mana pun, ayu macam mana pun tapi kalau perangai kureng pun tak guna juga. Sebagai manusia yang ada akal dan fikiran, kita seharusnya mengawal sifat negatif yang berada dalam diri kita. Jangan biarkan ia tertanam begitu sahaja kerana ia adalah punca segala penyakit hati. 

Bagi orang-orang yang sabar, tentu ada ganjarannya. Beginilah. Contoh yang senang, kalau ada orang yang jahat kat kita, kita tak yah balas balik. Tak apa... sabar... sabar... lambat laun mereka akan berhadapan dengan karma mereka juga.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Apa la yang saya buat ni... HuHuHu (Inspirasi dari YouTube)
-
-
-
-
-
-
-
-



Majlis Kemuncak Sambutan Tahun ke 20 UMS : My Perspective

Selamat ulang tahun ke 20 Universiti Malaysia Sabah!

Memang tak dinafikan.... masa sangat pack pada hari itu. Bermula dari pagi sampai petang, lewat petang tu baru sempat masuk office. Apa-apa pun, kami semua tetap menjalankan tugas dengan baik!

Malam tu sambutan tahun ke 20 UMS di Kompleks Dewan Kuliah Ke-2. Masa tu juga ada penutupan Tamu Gadang tapi saya tak dapat pergi yang tu. 

Ramai tetamu kehormat yang hadir seperti, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin, (TYT Sabah) dan Toh Puan Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M Jasni, YABhg Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai dan Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah Panglima Abdullah, Tun Dato' Seri Zaki Bin Tun Azmi, ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS, serta pegawai-pegawai utama UMS.

Majlis bermula dengan pertunjukan bunga api yang sangat cantik. Lepas tu sesi bergambar dan acara diteruskan di dalam kompleks dewan kuliah ke-2. Kemuncak sambutan adalah dengan perasmian coffee table book, memotong kek (berbentuk bangunan UMS) dan tayangan video 20 tahun UMS. 

Setelah keberangkatan TYT dan Toh Puan, sekali lagi percikan bunga api dapat dilihat dengan jelas di udara. Sangat indah! ^^ Tahniah team bunga api!

Yang bestnya masa majlis ini berlangsung, kami dapat bersua muka dengan ramai tetamu kehormat yang hadir ^^. Yalah. Bukan selalu kita dapat berjumpa mereka. Bersembang selama beberapa minit pun dah cukup bermakna buat kami. 

Happy birthday UMS! Teruskan perjuangan! Sentiasa maju ke hadapan. In Shaa Allah!. 

Bertekad cemerlang!

Kredit foto: Prof Vincent

Tuan Yang Terutama Negeri Sabah bersama Toh Puan bersama dif-dif kehormat yang lain

Makan malam ^^



Bunga api yang sangat cantik. Tahniah team bunga api! Foto kredit : Piko

Ahad, 23 November 2014

Konvokesyen UMS ke - 16 : My Perspective

Penutup bulan November dihiasi dengan Konvokesyen UMS kali ke -16 yang bertempat di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Tahun ni saya bertugas di Bilik Persalinan VVIP, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu di lobi VVIP. Tapi tak banyak beza juga sebenarnya. Hehe. Kawan-kawan yang lain pun ada juga yang berubah tempat bertugas. Oh ya. Konvo UMS kali ni berlangsung pada 22-24 November 2014.

Perasmian Tamu Gadang diadakan awal iaitu pada 19 November di Padang Kawad UMS. Kali ni artis tanah air iaitu Dato' Nash tampil membuat persembahan. Sempat juga saya berjumpa dengan beliau di hotel semasa menunggu ketibaan Tun. Yalah. Siapa tak kenal Nash kan? ^^ Tapi sayang tak sempat amik gambar bersama.

Masa kat Tamu Gadang sempat lagi jumpa my childhood friend, Ija! Ada dia buka gerai kat sana. Yeah! Tahun ni gerai di Tamu mempunyai lebih banyak pilihan. Ada burger bakar, sayap ayam panggang, tudung dan lain-lain yang dijual dengan harga berpatutan. Shawl boleh dapat harga RM7 sahaja. Mata pun rambang juga tengok banyak benda kena jual ni. Tak boleh jadi betul la.

Tinggal esok sahaja konvo berlangsung. Kami semua berharap konvo kali ini berjalan dengan lancar. Semoga berjaya team urusetia konvo! Ramai juga yang lenguh kaki berdiri. Maka akan penuhlah kedai urut kaki dan spa lepas ni. Hehehe....

P/S - Dah tengok Hunger Game: Mockingjay Part 1? Waiting for Part 2 yang akan keluar next year!

Masa perasmian Tamu Gadang. Maaf la gambar kurang clear

With my bestie

TYT, Toh Puan dan Datuk VC dalam pelancaran biografi TYT

Tahniah mahasiswa/i UMS yang kini bergelar alumni UMS!

Tahniah sekali lagi ^^


Bilik persalinan VVIP

Selasa, 18 November 2014

Cara Berdepan dengan Bos yang Pemarah

Nah! Mungkin boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda yang memerlukan. 

1. Kenali personaliti bos anda
Maksudnya and perlu membuat sedikit research tentang perwatakan bos anda. Perhatikan apa yang dia suka dan tak suka. Contohnya dia tak suka minum coffee, jadi jangan pula hidangkan coffee untuk dia. Sesuaikan diri anda dengan corak dan cara kerja bos anda. :-) Lakukan pendekatan secara personal seperti mencari informasi bos anda melalui Internet, rakan-rakan sekerja dan sebagainya.

2. Sentiasa bersedia
Seorang kakitangan yang efisyen akan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental. Jangan buat kerja sambil lewa, atau dengan kata lain... tentunya bos tidak akan gembira dengan apa yang dilakukan jika anda tidak memandang serius terhadap task yang diberikan. Tonjolkan diri anda dan buat kerja dengan profesional. ^^ 

3. Berfikiran positif
Semestinya kena berfikiran positif. Mungkin anda ada membuat kesalahan sehingga boss memarahi anda. Jangan pula membuat muka di depan bos apabila dimarahi, sebaliknya terima dengan hati terbuka dan berusaha untuk memperbaiki kesalahan. Jangan malu untuk meminta maaf. Kot boleh menyejukkan hati bos. Lagi satu, tak perlu nak simpan dalam hati selepas bos anda memarahi anda kerana ia hanya membuatkan hati tidak tenteram.

4. Sejukkan hati dengan mengambil berat
Masa bos anda tengah marah-marah tu, jangan pula anda pandai-pandai nak membangkang bos anda. Takut nanti bertambah parah jadinya. Kalau nak membangkang pun kena ada fakta yang kukuh dan kena pada cara anda bercakap. Biarkan bos anda keluarkan semua kemarahannya. Setelah bos anda selesai membebel, masa tu anda boleh mendekatinya. Fahami keadaannya dan masalahnya. Tawarkan bantuan kepadanya. Kalau tak pun, bawa dia cerita benda yang lebih santai.

5. Sentiasa ikut peraturannya
Sama ada anda suka atau tidak, bos anda adalah majikan anda. Kena ikut peraturan yang dah ditetapkan asalkan tidak bercanggah dengan perkara lain. :-) Ingat! Setiap desakan yang bos anda lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memajukan diri anda. 

Saya pernah berhadapan dengan bos yang panas baran. Walaupun saya tidak bertemu dengannya setiap hari, tetapi saya sentiasa bersedia sepanjang masa. Disini saya kongsikan apa yang saya lakukan. Mungkin boleh membantu anda di luar sana. 

  • Lakukan kerja dengan pantas. Jika kurang faham dengan apa yang dimahukan, jangan segan silu untuk bertanya.
  • Respon dengan apa yang dimahukan. Balas SMS, e-mel dan jawab panggilan.
  • Jangan takut untuk berikan pandangan dan lontarkan idea. Orang-orang seperti ini jarang mempersendakan kakitangan jika idea itu kurang tepat. 
  • Sentiasa berfikiran positif, hati terbuka dan murah senyuman. Berkata-kata pun ada aturannya. 
  • Sediakan keperluan. Contohnya pen kena sentiasa ada di poket kita. Manalah tau bos nak guna pen. Benda-benda yang lain yang perlu ada ialah tisu, gula-gula, power bank dan business card. Walaupun nampak remeh tetapi benda-benda ini mampu mengubah keadaan. 
  • Elak berkata benda yang boleh menimbulkan kemarahan. Selesaikan segala permasalahan dengan baik dan jangan selalu libatkan bos dengan hal remeh-temeh, selagi pegawai mampu menyelesaikannya. 
  • Berkomunikasi dengan orang lain. Bila bos tanya soalan dan kita kurang pasti jawapannya, itulah gunanya ada ramai contact person yang boleh membantu kita. Jadi seorang yang 'busy body' untuk mengetahui hal-hal semasa organisasi seperti aktiviti yang bakal dijalankan, tarikh-tarikh tertentu, masalah yang dihadapi kakitangan dan sebagainya.
Semoga tips ini berguna buat anda!

Ahad, 16 November 2014

10 Kelebihan Wanita Tinggi

Wanita yang rendah atau tinggi.... masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Tapi kali ini saya ingin menulis mengenai wanita tinggi sahaja :-)

Nah! Jom kita baca apa kelebihan menjadi wanita yang tinggi.

1. Boleh bergaya dengan busana fesyen
Kalau nak jadi model pun kena cari wanita yang tinggi untuk memperagakan fesyen. Pakaian kebanyakannya nampak cantik apabila digayakan oleh mereka.. Nampak lebih seksi dan menarik terutama apabila memakai slimfit jeans, maxi dress atau jubah..You own the style bebeh!

Kendall Jenner in fit jeans. Tinggi Kendall adalah 178CM

2. Berat sama tapi tak nampak gemuk
Orang yang rendah mempunyai berat 60KG akan nampak berisi berbanding orang yang tinggi yang beratnya sama juga 60KG. Satu kelebihan buat mereka yang tinggi. 

3. Tak perlukan pertolongan untuk capai benda tinggi
Senang nak amik barang atas almari. Tak perlu panjat kerusi bagai. Kalau orang lain minta tolong ambilkan barang pun dengan senang hati mereka yang tinggi ini dapat membantu. Contoh paling sesuai pramugari kena cari orang yang tinggi sebab salah satunya senang nak bantu amikkan barang on overhead compartment. Dan yang pasti, tentunya nampak cantik dan high class. 

4. Sukan memerlukan orang yang tinggi
Nak main volleyball, bola jaring, berenang dan sebagainya... salah satu kriteria utama adalah ketinggian.

5. Walaupun tak bersukan, orang tetap assume kita pandai bersukan
Semestinya orang akan bertanya, "main bola jaring tak?", main "volleyball tak?" Hanya disebabkan ketinggian yang ada. 

6. Kaki panjang yang seksi
Siapa yang tak nak berkaki panjang? Nampak lebih seksi dan menjadi pujaan ramai.

7. Sepadan dengan lelaki yang tinggi
Wanita yang tinggi dengan lelaki tinggi pasti nampak sepadan. 

My favorite Kendall Jenner in high heels.

8. Tak perlu risau tentang kasut dan high heels.
Kebanyakan wanita yang tinggi mempunyai saiz kasut yang lebih besar seperti saiz 8 ke atas. Saiz begini biasanya banyak stok kat kedai. Tak perlu bersaing dengan wanita yang memakai saiz kasut 5. Selain itu, tak perlu risau nampak rendah kalau tak pakai high heels. Tak pakai pun tak apa. Tapi.... kalau dah pakai heels 4 inci, phewiitt! Tentunya terasa seperti seorang model. 

9. Senang nak tengok konsert atau live show
Berdiri kat barisan belakang pun still nampak view atas pentas. Tak perlu khuatir apa-apa.

10. Tak senang kena buli
Bila tengok orang tu lagi tinggi dan lebih besar, memang terus batal niat nak membuli.

P/S - Errr...... tinggi saya 5' 5''. Tak tinggi dan tak rendah. :-)

Town & Gown UMSKAL 2014 : My Perspective

Petang tu dari office terus turun ke airport. Dah la belum check in, ingat tak sempat saja. Flight jam 5.30PM Reach airport jam 4.45PM. Pheww!!

Sampai sahaja di Labuan... terus pergi check in. Sempat rehat dalam 15 minit, terus gerak ke Majlis Makan Malam Konvokesyen.

Esoknya bangun pagi awal, get ready untuk perarakan berjubah bakal graduan UMS. Mula-mula tu hujan rintik, tapi alhamdulillah lepas tu cerah seperti biasa. :-) Cantik cuaca. ♡  Seramai 200 orang pelajar berarak dengan memakai jubah. Tak rasa penat kalau jalan beramai-ramai ni.

Tahun ni baru berkesempatan ikut perarakan berjubah di UMSKAL bersama rakan-rakan. Tahun lepas tak sempat. 

Pada 17hb November ni pula perarakan berjubah kampus induk yang bertempat di Dewan DBKK, diikuti dengan Perasmian Tamu Gadang di UMS pada 19hb November 2014.

Jom datang ke Tamu Gadang beramai-ramai! Ada banyak gerai menarik menanti anda!



Dari hadapan, Pengarah UMSKAL. Diikuti oleh Naib Canselor UMS. Di barisan ke tiga dari kiri, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Pendaftar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Rabu, 12 November 2014

Ulzzang a.k.a Best Face - Trend Masyarakat Kini

Ulzzang, (Uljjang) (eolgul / eol - face & jjang - best = bestface) sangat popular di Korea Selatan. Walaupun sebenarnya bermula di Korea, ia juga turut popular di negara lain seperti Jepun, Malaysia, Indonesia, China, Thailand, Vietnam dan lain-lain khususnya Asia. Negara barat juga telah memulakan trend ini dan terkenal di kalangan remaja. 

Secara umumnya, istilah ini digunakan kepada seseorang yang telah popular kerana wajah mereka.

Di Korea Selatan, seorang Ulzzang akan meraih populariti bermula dengan memuat turun gambar di dalam website, Facebook, Twitter, Blog etc. Selain itu, penampilan di kehidupan sebenar juga perlu dimanfaatkan. Long story short... lagi banyak hits dari orang ramai, lagi tinggi peluang anda menjadi seorang Ulzzang yang terkenal. Ada ramai ulzzang yang terkenal di Korea Selatan seperti Min Hyo Sun, Lee Eunji dan Byun Ji Young.

Semua orang boleh menjadi Ulzzang! Dengan bantuan cahaya, mekap dan cara posing... gambar anda akan jadi lebih menarik! ^^ Ada banyak jenis style bergambar Ulzzang, contohnya with glasses, duck face, kelip mata sebelah dan lain-lain. Untuk menambahkan kecomelan gambar anda, boleh gunakan photoshop atau pelbagai lagi aplikasi untuk menyunting gambar. Sekarang dalam smartphone pun boleh install macam-macam jenis. Dapat jadikan mata lebih besar, muka yang mulus, dagu runcing dan sebagainya. ^^

P/S - Sebenarnya mereka semua sama sahaja seperti orang lain di kehidupan sebenar. Seperti yang saya katakan tadi, mekap, pencahayaan dan photoshop banyak membantu untuk menjadikan gambar lebih cantik. ^^

Antara the famous Ulzzangs:

 Choi Seo Hee

Eun Kyung

Lee Eunji

Min Hyo Sun

Kononnya saya pun buat jugalah Ulzzang versi saya. Touch up sedikit gambar.... dan... taadaaa!!

Okaylah kot.

Saya melihat ada individu yang lebih menyukai gambar yang original, berbanding gambar yang di edit. Tetapi itu adalah pendapat masing-masing. Bagi saya, ianya adalah untuk suka-suka sahaja dan yang penting jangan pula gambar pasport pun kita nak edit! ^o^

Sabtu, 8 November 2014

Tanda Terlalu Memilih Pasangan

Memilih pasangan itu perlu. Tetapi jangan keterlaluan. Nanti diri sendiri yang rugi.

Apakah sikap seseorang yang terlalu memilih pasangan?

1. Suka membandingkan dengan orang lain
Bila dia dah bersama seseorang, sepatutnya terimalah dia seadanya. Ini tak. Sebaliknya membandingkan dia dengan orang lain. Bila dia nampak orang lain yang lebih sempurna, dia nak beralih kepada orang itu pula.


2. Terlalu teliti
Apabila pasangan buat salah, mulalah hendak marah dan terus putuskan hubungan. Tidak boleh ada cacat cela dalam relationship. Selain itu, pasangan juga haruslah sempurna dari segi fizikal dan mental. Kalau tak.... jangan harap dapat couple dengan dia.


3. Ego
Begitulah apabila merasakan diri terlalu sempurna. Dah buat salah, tak nak minta maaf. Lebih-lebih lagi apabila dia hanya salahkan pasangannya 100%.


4. Cinta tetapi takut meluahkan
Dah cinta tetapi tidak juga meluahkan isi hati. Tak nak kata 'I love you', sebab perkataan tu untuk future husband/future wife sahaja. Takut bila dah cakap.... tersalah pilih pasangan pula.


5. Mencari rupa fizikal yang sempurna sahaja
Maksudnya nak cari yang cantik / handsome sahaja. Nak yang muka macam Korea atau Mat Salleh Belum masuk lagi kriteria-kriteria lain....


Nak memilih, boleh! Apa salahnya. Tetapi janganlah terlalu memilih sangat. Terbaca dalam satu sumber mengenai orang sebegini. Bak kata kalau menadah air, jangan terlebih. Tadahlah sehingga penuh, bukan sehingga melimpah. Lambat laun, diri sendiri yang akan rugi. Tiada orang dalam dunia ni perfect, walaupun diri kita inginkan yang tiada cacat celanya.

Sebaiknya carilah orang yang sesuai dengan diri kita. :-)

P/S - Jangan tamak haloba. Nanti diri sendiri yang rugi.

Rabu, 5 November 2014

Muka Dah Tak Ada Jerawat ^^

Berakhirnya episod muka yang berjerawat. Yeaaahhhhh....! Back to normal.

Dah berapa kali saya post dalam blog pasal pengalaman saya berjerawat. Boleh buka link seperti dibawah:


Bersyukur sebab kini muka semakin baik... lama kelamaan jerawat dah tak ada dah. Wink! Wink! Wink! Lama juga dibelenggu jerawat sampai kengkawan pun dah naik bising. (Mum pun bising jugak). Dah ikhtihar pelbagai cara, akhirnya berhasil. Thank you kepada yang terlibat terutama Hafiz dan Prof. Begitu banyak membantu saya. ^^

Sehingga sekarang saya masih perlu take care muka saya dengan sebaiknya. Caranya dengan menggunakan less products. Krim calit sikit saja. Pakai mekap pun sikit saja. Sapu bedak, lipbalm, eyebrow liner dan eyeliner (kadang-kadang pakai, kengkadang tak) semuanya dengan kadar sedikit. Tidur tak payah sapu apa-apa. Cuci muka pun tak boleh gosok lama-lama dan yang paling penting.... rajin cuci muka. :-)

Tapi makan seafood memang tak boleh blah. Lepas makan memang gerenti naik balik. Tak kisah. Janji makan! Hype!

Gambar 5 November 2014. (Tudung sama macam gambar cerita Part 3)

Close up

Hari yang Bikin Gembira

Ting! Satu unread emel. Bila buka..... walawala!!! Yiiippiii!

Semalam merupakan antara hari yang paling gembira buat saya. Of course orang yang paling excited sekali adalah Hafiz. ^^ Huhuhu....! Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan sekerja lain yang terlibat. Kami semua excited!! Yeah...

Syukur alhamdulillah.... Kononnya nak celebrate la. Jadi semalam dapat makan makanan yang enak sekali lagi. Saya memang suka makan nasi ayam. Kali ni rasa nasi ayam Hyatt Regency. No regret at all. Hafiz pula makan Oxtail Assam Pedas :-) Thumbs up. ^o^
-
-
-
-
-
-
-
Lepas ni berazam nak lebih majukan diri, lebih bekerja bersungguh-sungguh dari sebelumnya dan berharap hari-hari seterusnya saya lebih bertekad cemerlang. Saya bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. By the way, thanks mum and dad untuk segalanya. Thanks to my brothers and sisters, thanks Hafiz and thanks my friends. :-)

Gembira ^^

Nasi ayam Hainan Hyatt Regency. 

Selasa, 4 November 2014

She Was a Compulsive Liar

Jangan asyik menunding jari kepada lelaki...

Pernah dengar teman wanita yang ada affair dengan lelaki lain sewaktu masih couple dengan teman lelakinya? Yup. Perkara ini bukan perkara baharu. Malah beberapa orang teman saya pernah menceritakan tentang pengalaman pahit ini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, malah bukan untuk menjatuhkan martabat wanita. Ramai wanita yang baik-baik di luar sana. Tetapi spesies ini tetap wujud. Ditulis dalam blog sebagai ikhtibar dan perkongsian buat kita semua. 

Di dalam percintaan, wajar untuk kita meletakkan sedikit perasaan ragu kepada pasangan supaya suatu hari nanti kita tidak akan berasa teramat kecewa jika terjadi suatu perkara tidak diingini. Kejujuran adalah kunci utama cinta. Jika dia kata mencintai anda, walhal apa yang ditonjolkan tidak mencerminkan yang sepatutnya.... maka semuanya sekadar manis dibibir sahaja.

Berdasarkan pengalaman yang pernah dialami oleh beberapa rakan saya suatu ketika dahulu....

Lelaki ini amat mencintai teman wanitanya. Malah dia pernah memberikan hadiah yang istimewa buat wanita tersebut dan menyayanginya sepenuh hati. Mereka adalah pasangan yang secocok. Tak lama kemudian, lelaki ini menyambung pelajarannya dan wanita tersebut tetap tinggal di negeri kelahiran mereka. Pada suatu hari, lelaki ini mendapat tahu dari salah seorang rakannya yang mengatakan bahawa wanita tersebut dilihat begitu mesra bersama lelaki lain. Apabila dia menelefon dan bertanya, teman wanitanya berkata hanya duduk diam di rumah. Semakin lama, semakin ramai kawan-kawan lelaki ini mengatakan hal yang sama... iaitu teman wanitanya mempunyai lelaki lain. Sampai la pada suatu hari, wanita tersebut akhirnya mengaku. Tapi dalam masa yang sama, dia juga masih sayangkan teman lelakinya itu. Lelaki itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Nampak tabah tapi sebenarnya dia amat terluka! Kawan saya call dalam keadaan mabuk. Berkata dia masih cintakan bekas teman wanitanya. (Note - Kawan saya bukan beragama Islam). Dia ingin mengabadikan nama wanita tersebut dengan membuat tatu di belakang badan. Saya cuba untuk menasihatkan dia supaya tidak berbuat sedemikian. Bagi saya.... tentu ada orang yang lebih layak untuk dia cintai. Bagaimana pula jika suatu hari nanti dia mempunyai pasangan lain dan pasangannya itu ternampak tatu itu? Tentu tak manis bukan?  Dah lama saya tak contact kawan saya ni balik tapi perkara yang paling akhir saya ketahui, akhirnya ada wanita lain hadir dalam hidupnya. :-)

Kisah seperti ini tidak terjadi sekali sahaja. Ada beberapa orang rakan saya yang lain mengalami kejadian yang hampir sama. Rakan saya ini amat mencintai teman wanitanya tetapi seperti kes tadi, wanita itu ada lelaki lain. Apa yang saya ketahui, lelaki ini seorang yang jujur dan baik hati. Tetapi kisah yang dialami amat menyedihkan. Sebelum itu, lelaki tersebut telah mengesyaki teman wanitanya curang. Tambahan pula, teman wanitanya berada di tempat lain. Suatu hari lelaki tersebut bercadang untuk pergi menyiasat apa yang berlaku. Terkejut dia mengetahui ada lelaki lain masuk ke rumah wanita itu. Beberapa jam kemudian barulah lelaki tersebut keluar dari rumah itu. Apabila ditanya, wanita itu tidak mengaku dan berkata mereka hanyalah berkawan biasa. Apa-apapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga... Setelah semuanya terbongkar, lelaki itu cuba untuk menjauhi wanita tersebut. Walaupun wanita itu telah pujuk rayu, jawapan yang diterimanya tetap TIDAK.

Cerita seterusnya lebih tragis. Rakan saya amat mencintai teman wanitanya sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Nak itu, dibelikannya... nak ini, pun dibelikannya juga. Yuran pengajian, bayaran sewa rumah, langganan Internet, pakaian, duit belanja.... semua ditanggung. Lebih-lebih lagi, kereta pun sanggup dibelikan! Tapi yang peliknya, ada sahaja alasan diberikan oleh wanita itu. Dibelikan emas, dia kata emas tu hilang. Akhirnya dapat tahu, rupanya digadaikannya. Saya pun tak berapa setuju juga ngan rakan saya ni yang terlalu bermurah hati. Tapi apakan daya... dia menceritakan kisah ini kepada saya selepas segalanya berakhir. Setiap hari rakan saya akan hantar ambil wanita itu dari kolej. Bila kawan-kawan tanya siapa gerangan yang menghantarnya, wanita itu hanya berkata, 'itu abang saudara saya'. Entahlah. Pelik. Kawan saya tu handsome juga. Tinggi... Putih... Muka iras selebriti. Kena guna-guna ke apa sampai begitu sekali. Pernah sekali semasa nak membeli makanan di Bazaar Ramadhan, pakaian yang dikenakan wanita itu kurang sesuai. Rakan saya menegur supaya berpakaian lebih sopan tapi caci maki yang dibalasnya. Kemuncak cerita diketahui apabila mengetahui wanita itu bermalam di hotel bersama lelaki lain.  Setelah sekian lama, rakan saya masih tidak dapat memaafkan wanita itu. Mungkin dia amat terluka dengan kejadian ini.

Cukuplah setakat ini saya ceritakan.

Sekali lagi ingin saya nyatakan, saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. Cerita diatas adalah sekadar berkongsi pengalaman sebenar, disamping menasihatkan agar kita tidak berbuat perkara seperti itu. 

Bagi saya, jelas ianya perbuatan yang tidak bermoral dan hanya memalukan diri serta keluarga. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Bukan berlaku curang. Hidup kita ada hukum karma. Dan doa orang teraniaya itu makbul. Bagaimana ingin mendapatkan kemaafan dari Tuhan kalau orang yang disakiti itu sendiri tidak memaafkan kita? 

Renung-renungkanlah....

Sekian...

 Kejujuran itu umpama hadiah yang mahal. Dan jangan mengharapkannya datang daripada orang yang tidak sepatutnya.

 Kadang-kala orang susah untuk memaafkan kerana telah dikecewakan


Indeed!

Isnin, 3 November 2014

Welcome Dear November

Antara bulan-bulan yang paling sibuk adalah bulan November. Walau sibuk macam mana pula, tetap ada masa bersama-sama keluarga. :-)

Kelmarin amik Hafiz di airport. Yalah Baru balik outstation. Nasib baik saya tak ikut. Kalau tak.... confirm dah jalan-jalan terus. Hehehe....

Dah amik Hafiz, kami balik rumah sekejap. Konon nak amik kunci rumah yang satu lagi. Rupanya dah memang kunci tu dalam dashboard kereta. Ciiitt! Tapi tak apa. Hafiz boleh keluarkan bagasi dia dulu. 

Mula-mula nak survey perabot di kedai perabot berhampiran. Sekarang Chan Furniture ada buat promosi. Dengan perabot display sekali kena jual. Boleh dapat banyak barang dengan harga murah di sana. Selain tu terus tengok kedai perabot lain juga. Sebenarnya berkenan dengan sofa L shape siap ada stool yang boleh dikeluarkan dari dalam sofa. Harga pun berpatutan. In Shaa Allah jadi kot amik yang tu. Kusyen pun empuk. Best!

Dah penat survey, kami singgah rumah kejap. Tengok apa benda yang boleh dibuat. Apa yang membuatkan saya gembira? Kawasan tu banyak kucing. Kucing siam tidur atas rumput ada, kucing jantan besar pun ada.... macam-macam lagi la. Gembira + seronok.

Then pergi makan kat Salut Seafood Restaurant. Teragak nak makan ikan steam. Akhirnya makan juga. Menu ikan merah masak steam, kerang masak halia, sayur pucuk paku dan softshell crab. Kali ni tak ada udang. 

Makan seafood adalah hari yang amat bahagia buat saya. Seafood adalah segala-galanya. 

Kebetulan pemandangan masa tu sangat cantik. Sunset yang jingga, siap ada burung bangau terbang pulang lagi. Ceewah! Mood romantik sebentar.