Jumaat, 24 Oktober 2014

Short Trip to Kuala Lumpur... Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Yeap. Semalam baru saja balik dari Kuala Lumpur sebab ada kerja sikit. Pergi dengan boss dan Herman (my colleague). Walaupun trip kali ni agak singkat iaitu (22 hingga 23 Oktober 2014), tapi banyak benda yang kami perolehi. Lepas ni kena buat laporan okay.

Pada 22 Oktober 2014 kebetulan cuti Hari Deepavali. Kita orang terbang petang jam 1.40PM. Sampai KLIA hujan lebat pula. Syukur alhamdulillah penerbangan berjalan lancar. Kebetulan masa dalam flight tu ada cerita We're the Millers. Dah lama nak tengok wayang ni tapi miss kat pawagam. Hehe. So ada peluang tengok dah. Memang best dan lucu! Oh ya. Abang sepupu Hafiz dan one lecturer di FPSK (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Dulu dikenali sebagai Sekolah Perubatan) pun kebetulan satu flight ngan kita orang juga.

Pemandangan dari Hotel Concorde Kuala Lumpur

Happy Deepavali. Cantik!

Malam tu pergi makan di restoran masakan Thailand. Sedap! Walaupun hujan lebat, tapi tak menjadi masalah. Makan is makan. Hehehe....

Dah hujan.... traffic jam pula. Nak pergi shopping mall, ntah la. Cam malas pun ada. Lastly pergi Damansara. Kebetulan kawan office saya ni nak pergi jumpa kawan dia kat sana. Sempat singgah kedai Nasi Briyani. Di Semenanjung memang famos Nasi Briyani ni. Kedai banyak yang buka 24 jam. Bukan saja nasi, roti canai dan teh tarik juga adalah pilihan utama pelanggan.

Kali ni kami order roti tisu. Dah tu orang tu tanya nak yang besar atau yang kecil. Kawan saya kata "yang besar". Apa lagi.... sekali datang.... mak oiii besar dan tinggi. Kena susun sampai tiga pinggan untuk muatkan roti tu. Kat Sabah susah nak cari roti tisu. Kalau ada pun kecil sahaja. Tak ada big size. ^o^ 

Masakan Thailand. Kerabu mangga. Ayam dan telur. Nyam! Nyam!


Roti tisu big size


Ahah! Kalau nak massage best, boleh try di Reborn Foot Reflexology. Outlet ini mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia. Yang saya pergi ni cawangan kat Kota Damansara, Petaling Jaya. Tengah malam pun buka lagi. Dah lama nak pergi urut kaki dan akhirnya dapat jugalah. Relax sikit. Saya suka Reborn Foot Reflexology :-)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi dah bergerak ke destinasi yang hendak ditujui, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Lepas tu balik lagi ke Kuala Lumpur. Then petang tu ke Putrajaya pula. 

Tapi meeting kat Putrajaya ni saya tak ikut. Boss saja yang pergi. Jadi saya sempat lepak kat Alamanda. Makan kat Chakri Epress (Chakri Palace : Royal Thai Cuisine). Masakan memang tip top. Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tu pun pernah datang kat sana juga. Apa lagi, terus masuk makan la. Kami order Thai Style Fried Beef Noodles (RM24.90), Pineapple Fried Rice (RM22.90),Traditional Green Curry Chicken (RM29.90). Minum Longan Jelly (RM12,90) dan Watermelon Juice (RM15.90). Dah bayar tu total almost RM100 juga (campur tax). Ni makan untuk dua orang saja ni. Okay.... -_-

Time lepak kat Alamanda tu sempat jugalah pergi beli majalah yang orang office kirim. Harga beza dari Sabah dan Sarawak. Kat Semenanjung murah sedikit. :-) Then beli benda yang lain jugalah. Saya tak juga berapa minat sangat shopping. Tengok apa benda yang nak dibeli.

Dah lenguh kaki, saya pergi duduk di Old Town pula minum Lemon Coke. (RM6.20, large size).

Malam tu balik dah. Yipe!

Thai Style Fried Beef Noodles 

Beli buku di MPH. 

Minum Lemon Coke

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!