Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

#hashtag bukanlah perkara yang saya biasa lakukan di dalam Instagram melainkan hashtag #sunset_medness. Bagi peminat sunset, follow Sunset Medness ♥

..
..
..
..
..
..

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam tak kira dimana anda berada. Semoga ibadah kalian sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T, diampunkan dosa-dosa dan saya memohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa dengan anda semua. Semoga suatu hari nanti kita dapat bersama-sama menunaikan ibadah Haji di Mekah.


Alhamdulillah.... di hari raya yang mulia ini, saya dapat berkumpul bersama keluarga sekali lagi. Dapat berjumpa daddy, aunty, atuk, nenek, kazen dan anak-anak buah. Seronok! Kerana Hari Raya adalah hari untuk beramah mesra dan bertemu keluarga. :-)

Okaylah. Hari ni seperti biasa akan bangun awal. Then sambil dengar takbir raya, saya dan mum akan sibuk di dapur. Menu kali ini ialah ayam goreng breadcrumb, acar timun, sayur campur, sayur pucuk ubi masak lemak, sambal mangga, daging kismis dan ayam kari. Happy la dapat masak banyak. Siap ada ketupat lagi. Cuma yang tak best tak sempat amik gambar masakan. Ada pula lupa....!

(Selingan). Teringat juga semalam saya beli udang then buat resepi udang goreng kunyit + sayur kangkung masak belacan. Memang best la makan udang. Siapa tak suka seafood. Lepas tu baru tau badan gatal habis (alahan). Aiyoyo.... then rasa panas. Masuk bilik asyik garu badan dan pasang aircond. Sapu bedak gatal ada okay sikit. Hafiz pula lagi sakit kepala. Lepas tolong urutkan kepala Hafiz, rupanya dengan saya sekali tertidur. Sebenarnya tak berhajat untuk tidur awal....

Nak cerita sikit tentang urut. Dulu masa saya belajar, kawan saya ada turunkan ilmu mengurut badan dan cara mengenalpasti urat tegang dan angin. Walaupun kawan saya ajar hanyalah ilmu asas, sehingga sekarang ilmu itu masih digunapakai. Terima kasih kawanku!

Sambung ceta sebelumnya. Dah sambut raya dengan pelbagai juadah, petang tu bergerak beramai-ramai ke Kg. Benoni sebab ada majlis resepsi perkahwinan aunty dengan pilihan hatinya. After that, terus beramai-ramai ke.rumah family Hafiz untuk sambut raya. ^^

Malam ni saya tido kat rumah mertua. Esok malam baru balik. Tukar-tukar angin. :-) Kat rumah Hafiz juga ada pelbagai menu yang best. Mi sup, nasi briyani, acar timun, ayam etc dan ada minuman fruit punch. Nyam... nyam....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!