Sabtu, 11 Oktober 2014

Resepi Ikan Goreng Masak Balik Dengan Kicap

Makanan yang simple la yang sedap sebenarnya. Kali ni nak berkongsi resepi ikan goreng yang dimasak balik dengan kicap.

Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan
- 3 ulas bawang putih
- Seulas bawang merah
- Seulas bawang besar
- Cili padi ( jika nak pedas)
- Kicap manis
- Kicap masin
- sedikit sos cili (nak lebih perisa)
- 1/4 gelas kecil air


Cara-caranya:
Goreng ikan terlebih dahulu. Kemudian angkat.Tumiskan bawang dan sedikit cili padi sehingga naik bau. Lepas tu masukkan kicap dan sos cili. Masukkan air untuk kurangkan masin kicap .Renehkan sebentar sehingga nampak sedikit pekat dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap! :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!