Rabu, 29 Oktober 2014

Another Bla Bla Bla

Oktober ni banyak kejadian telah berlaku. Tapi yang penting saya dapat menyambut hari lahir my mother sekali lagi :-) Thanks ma!

Bulan ni banyak juga travel sana sini. Pas ni confirm terbang lagi. Sebenarnya benda yang paling saya nak elak adalah menaiki kapal terbang. Kalau perjalanan lama tu... aiyooo.... lenguh badan. Masa kapal tu nak naik atas, tu la yang paling tak best. Bau dalam kapal pun buat saya pening juga. Ni la ni. Banyak songeh. -_- For me... orang yang kerja sebagai pramugara/pramugari dan pilot la antara orang yang tough sekali. Bukan sahaja berani tanggung risiko, tapi juga sentiasa bersikap profesional. ^_^ 

Pernah terfikir nak jadi pramugari dulu masa sekolah, lastly kerja kat dalam office. Ngehehehe... Tak apalah. Rezeki saya kat tempat lain.

Baiklah. Entry kali ni tak ada apa sangat juga nak ceta. Syukur alhamdulillah kenduri di Labuan berjalan dengan lancar. Kat sana saya sewa kereta sebab malas nak bawa kereta sendiri. Naik feri kena korban masa 1 jam 30 minit, kalau naik speed boat baru amik masa 30 minit. Sampai Labuan, pakai kereta Nissan Almera. Wooooo..... best pula pandu keta tu. Rasa cam nak miliki satu. In Shaa Allah $$$ mencukupi. (Dah tengok website... harga kat Sabah dari RM69k - RM82k. Labuan dapat murah lagi).

Kena jimat sikit duit sebab ada beli rumah baharu. Sungguh... nak hias cantik-cantik. Simple and modern style. Chewah! Kononlah. Next week la kot lepas Sandakan trip. Tapi cam tak nak pula ikut ke Sandakan. Boleh tu kan? :-b Rumah tak adalah besar sangat. Sedang-sedang sahaja. Tiga bilik... tiga tandas. Okay la tu. Kat belakang boleh tanam sayur. Di depan boleh susun pasu bunga. (Berangan!)

Hrrrmmmm...... apa nak cerita ek?

Kt next page kot.

Share sedikit gambar
   
Sunset adalah pemandangan yang paling cantik. Ni adalah pemandangan sunset di ODEC dari Bangunan Canselori. 

Recently my aunty beli anak ayam yang berwarna-warni. Tapi ni dah nak tumbuh bulu pelepah dah. Lepas ni tak ada colorful lagi

Buku saya pinjam dari Prof. Phew! Punya banyak buku dah saya beli tapi tak habis lagi baca. Ni pinjam lagi satu. Tak apa. Baca dua tiga lembar pun tak apa. Yang penting habis

2 ulasan:

  1. akak beli rumah di mana...waaa...nak tgk ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy beli rumah di IP. Huhuhuh.... Skrg ni belum ada apa2 barang sangat. Nanti dah siap baru leh tengok. Hehehe ^^

      Padam

Terima kasih!