Khamis, 9 Oktober 2014

Mencuba Resepi Baharu - Ayam Masak Brengkes

Oleh kerana teragak nak mencuba resepi baharu... pilih punya pilih... last-last try buat Ayam Masak Brengkes. 

Sebelum ni pernah rasa sekali resepi ni. Tapi tak sempat tanya apa ramuannya. Rasa macam ayam masak merah pun ada... tapi lain sikit... sedap. Memang sedap.

Dah browse dari Internet, rupa-rupanya senang sahaja nak belajar resepi ni. Menu ini begitu famos di kalangan orang Indonesia dan orang Melayu Cocos. Selain ayam, lain-lain jenis seperti udang dan ikan pun boleh dibuat brengkes.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Santan
  • Serbuk kunyit
  • Biji ketumbar
  • Lada kering
  • Garam
  • Limau kasturi

Cara-caranya:

Gorengkan ayam. Lepas tu tumis bahan-bahan (bawang putih, bawang merah, biji ketumbar dan lada kering yang di blend) bersama serbuk kunyit. Tumis hingga pecah minyak. Dah tu masukkan ayam yang telah digoreng dan tuangkan santan. 

Tunggu hingga pecah minyak dan angkat. Perahkan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak. Nak letak bahan-bahan lain pun tak ada masalah. Saya letakkan sedikit cili sos untuk rasa sedikit manis + pedas dan sebiji timato yang di potong.

Sedap dimakan ketika masih panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!