Sabtu, 18 Oktober 2014

Majlis Cukur Jambul Anak Buah

Dah penat berBBQ, hari ni pula penat mengusahakan kerja-kerja sempena majlis cukur jambul anak-anak buah saya, baby Adam dan baby Kayla.

Seperti biasa saya adalah orang belakang tabir yang melaksanakan tugasan mencuci pinggan, tolong memasak, kemas rumah dan lain-lain. Biasanya kami tak amik catering. Masak sendiri ada jimat sedikit dan kualiti makanan juga tentunya dijaga dengan baik. Hehe. Tak la.

Menu kali ini banyak. Ikan masak kicap, ayam rendang, sambal mangga, acar timun, sayur campur, daging kismis, telur masin dan pajeri nenas. Lain-lain adalah buah-buahan tempatan dan air sirap mangga. Sayangnya tak sempat pun nak amik gambar masakan. Aihhh... tapi tak apa! Sekurang-kurangnya sempat amik gambar bebudak tu tengah direnjis. Seronok ada marhaban lagi. :-)

Selepas selesai kenduri, time to kemas balik rumah. Buang sampah etc. Lepas tu boleh mandi dan rehat. Sempat lagi lepak di Cafe O'Briens di Terminal 1 KKIA. Saya tak minum coffee. Jadi saya order jus campuran tembikai + oren + mangga. Best!

P/S - Beli buku baharu lagi. $$$

Tengah kena renjis

Hafiz kecil tiba-tiba datang ngacau adik dia

O'Briens di KKIA 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!