Ahad, 5 Oktober 2014

Jumpa My BFF

Nah! Kalau dah berjumpa.... alamatnya panjanglah cerita. She is my BFF dan juga my childhood friend.... Ika. :-)

Masa sekolah rendah dulu pulang balik sama-sama, belajar sama-sama. Sampailah sekolah menengah pun macam tu juga. Then Ika sambung belajar di UIA... saya sambung kat UiTM. Oleh kerana sibuk dengan hal masing-masing, then jarang contact. Tengok update dalam Facebook sahaja. Paling last saya tau Ika bekerja di Semenanjung. Lepas tu FB dia dah deactivated.

Yang syoknya masa saya pergi makan tengahari di Kampung E, UMS.... sana la saya jumpa Ika. Ika hantar adik dia yang baru masuk belajar UMS. Punya gembira bila berjumpa. Hahaha! Nak melompat pun ada. Apa la.

Then Ika hadir my wedding. Ika bagitau saya dia dah berpindah kembali ke KK. Sampai la hari ni, kami berdua cerita panjang masa di perkahwinan abang Ika yang berlangsung di rumah family mereka. Kalau ada Ija lagi best (juga my childhood friend). Tapi Ija dah ada plan lain, jadi tak dapat hadir. Huhu

Rindu sangat dengan kawan-kawan time sekolah dulu.

P/S - Ika adalah kawan sekelas dengan saya semasa sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Kami juga duduk sebelah menyebelah sahaja. Sebelum ini Ika bekerja di Semenanjung dan berpindah kembali ke Sabah. Ika tengah sambung Master dan akan menamatkan pengajiannya tak lama lagi ^^ Goodluck!

Gambar kanan : Sempat posing sebelum jumpa Ika :-b

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!