Ahad, 12 Oktober 2014

Cerita Sebelum Tidur Z z z zZz z.....

Huuuaaarrggghhh..... dah dekat tengah malam tapi mata belum ngantuk lagi. Esok pula balik ngan rutin.... -_-


BIRTHDAY
Oh ya. Esok 13 Oktober ialah birthday mama. Yang bestnya dekat-dekat ngan birthday mummy saja iaitu 16 Oktober. Birthday abah pula 18 Januari, dekat ngan birthday daddy, 17 Januari. Birthday saya 26 September, dekat ngan birthday Zira 27 September. Birthday Hafiz 13 Jun, dekat ngan Razit (pasangan Zira) iaitu 14 Jun. Birthday saya juga dekat dengan birthday adik saya, 27 September (sama ngan Zira). Amboiii... semua dekat...!



MASA LAPANG
Actually beberapa hari ni saya duk sendiri di rumah. Mum tak ada. Hafiz pun tak ada juga. Nak keluar, tak juga keluar. Habiskan masa tengok TV, memasak, mencuci kain, bersihkan bilik, main Internet dan main the Sims Medieval. Syok oooo game ni. Betul-betul free weekend la. Best jugalah sebab Sabtu Ahad minggu depan dan depannya lagi ada aktiviti.


MIMPI
Oh ya. Saya pernah beberapa kali mimpi kutip duit kertas yang banyak. Kalau ikut kata orang ertinya tak baik. walaupun begitu, best juga mimpi kutip duit. Atas tanah semuanya duit. Ada RM1, RM10, RM50 dan RM100. Yang paling banyak duit RM1 dan RM10 la. Lepas tu boleh pula bahagi ngan kawan pula. Alhamdulillah setakat ni tak ada apa yang tak baik menimpa diri saya. Yalah. Kita tak boleh juga terlalu percayakan mimpi. Apa yang berlaku semuanya kehendak Allah S.W.T....


SIAPA YANG SELALU KITA INGATI
Bila bangun tidur, siapakah orang pertama yang anda ingati? Ketahuilah bahawa orang itu merupakan orang yang anda cintai atau sebaliknya. Cinta itu adalah perasaan yang suci. Terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana untuk menjaganya :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!