Isnin, 6 Oktober 2014

Beli Bunga Dari Kundasang

Baru-baru ni hujan lebat melanda di Sabah dan kawasan sekitar termasuklah Labuan. Asal petang confirm ribut. Kalau time cuti ni syok tido ^^

Kan hari tu pergi Kundasang. Selain sayur-sayuran, sempat juga beli beberapa pasu bunga untuk tambah koleksi di rumah. Kali ni beli bunga kembang seribu warna biru (balas dendam kerana bunga kembang seribu sebelumnya dah mati akibat hama putih!!). Bunga ni sebenarnya ada banyak warna lagi. Buat masa ni teringin beli warna biru.

Saya juga beli bunga Angelonia (seakan bunga lavender) berwarna pink dan putih. Tertarik betul untuk mengumpul bunga ni. Ingat terus nak membeli tanah hitam dan pasu ketika ke Tamu Tuaran tapi sayangnya tak jumpa pula. 

Senang saja nak tanam bunga ni. Hanya gunting  batang bunga dan pacak ke dalam tanah. Lepas tu siram. Bunga ini perlukan air yang cukup dan simpan di tempat teduh. 

Cerita mengenai tanam bunga... ada orang kata siapa tangan panas tak boleh bercucuk tanam. Tiap kali orang tu tanam mesti takkan jadi. Betul ke? Setakat ni dah ada dua orang kawan saya cerita benda yang sama. Asal tanam mesti tak tumbuh. Orang lain tanam hidup subur pula. 

Bunga Angelonia

Bunga Kembang Seribu

Jom tengok cerita saya masa di Kundasang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!