Sabtu, 18 Oktober 2014

BBQ di Jeti dengan Kawan-Kawan dan Boss

Maaaiiii...... tak boleh tidur.... -_-

Inilah. Kelmarin adalah hari yang sangat best sebab ada sesi BBQ bersama rakan-rakan office dan boss sekali.

Sebenarnya hajat nak entertain tetamu yang datang melawat. Maka malam sebelum tu.... saya, Hafiz dan Acuk turun ke pasar KK membeli ikan dan udang. Murah! Ikan selayang (orang Sabah panggil ikan basung) pun RM2 sekilo. Ikan Uji Rasyid (Uji Rasyid? 0_o) RM5 sekilo. Manakala ikan putih RM15 sekilo. Udang gred bagus saya dapat RM48 sekilo dan udang biasa RM24 sekilo sahaja.

Nak beli ikan murah? Beli di pasar ikan KK berhadapan dengan Hotel Le' Meridien tu. Tau tak kedai jual kraftangan dan ada ramai tukang jahit kat tepi jalan tu? Ha! Kat belakangnya ada gerai makan, gerai sayur dan pasar ikan.

Baiklah. Dah ready semua bahan termasuk ayam, lamb, sosej dan terung.... dengan itu bermulanya acara memasak. Sponsored by boss. Tugas saya membeli bahan mentah dah selesai dan lain-lain tugasan adalah tanggungjawab mereka yang lain..ngeheheheeh.

Thanks to rakan office yang memasak dari petang sampai la lepas Maghrib. Mula-mula tu saya tak join dulu sebab kena entertain tetamu. Buat lawatan dan bla bla bla. Acara terakhir selepas naik boat adalah acara BBQ. Thank you Allah S.W.T kerana segalanya berjalan lancar dan tak hujan waktu tu.

Sunset sangat cantik dan mempersonakan kami yang berada di sana. ^_^

Tengah sibuk bertugas

Masak.... jangan tak masak

Masa buat lawatan ke muzium Marin. UMS ada penyu baharu ♥

Beautiful sunset. Ciptaan Allah S.W.T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!