Rabu, 29 Oktober 2014

Another Bla Bla Bla

Oktober ni banyak kejadian telah berlaku. Tapi yang penting saya dapat menyambut hari lahir my mother sekali lagi :-) Thanks ma!

Bulan ni banyak juga travel sana sini. Pas ni confirm terbang lagi. Sebenarnya benda yang paling saya nak elak adalah menaiki kapal terbang. Kalau perjalanan lama tu... aiyooo.... lenguh badan. Masa kapal tu nak naik atas, tu la yang paling tak best. Bau dalam kapal pun buat saya pening juga. Ni la ni. Banyak songeh. -_- For me... orang yang kerja sebagai pramugara/pramugari dan pilot la antara orang yang tough sekali. Bukan sahaja berani tanggung risiko, tapi juga sentiasa bersikap profesional. ^_^ 

Pernah terfikir nak jadi pramugari dulu masa sekolah, lastly kerja kat dalam office. Ngehehehe... Tak apalah. Rezeki saya kat tempat lain.

Baiklah. Entry kali ni tak ada apa sangat juga nak ceta. Syukur alhamdulillah kenduri di Labuan berjalan dengan lancar. Kat sana saya sewa kereta sebab malas nak bawa kereta sendiri. Naik feri kena korban masa 1 jam 30 minit, kalau naik speed boat baru amik masa 30 minit. Sampai Labuan, pakai kereta Nissan Almera. Wooooo..... best pula pandu keta tu. Rasa cam nak miliki satu. In Shaa Allah $$$ mencukupi. (Dah tengok website... harga kat Sabah dari RM69k - RM82k. Labuan dapat murah lagi).

Kena jimat sikit duit sebab ada beli rumah baharu. Sungguh... nak hias cantik-cantik. Simple and modern style. Chewah! Kononlah. Next week la kot lepas Sandakan trip. Tapi cam tak nak pula ikut ke Sandakan. Boleh tu kan? :-b Rumah tak adalah besar sangat. Sedang-sedang sahaja. Tiga bilik... tiga tandas. Okay la tu. Kat belakang boleh tanam sayur. Di depan boleh susun pasu bunga. (Berangan!)

Hrrrmmmm...... apa nak cerita ek?

Kt next page kot.

Share sedikit gambar
   
Sunset adalah pemandangan yang paling cantik. Ni adalah pemandangan sunset di ODEC dari Bangunan Canselori. 

Recently my aunty beli anak ayam yang berwarna-warni. Tapi ni dah nak tumbuh bulu pelepah dah. Lepas ni tak ada colorful lagi

Buku saya pinjam dari Prof. Phew! Punya banyak buku dah saya beli tapi tak habis lagi baca. Ni pinjam lagi satu. Tak apa. Baca dua tiga lembar pun tak apa. Yang penting habis

Jumaat, 24 Oktober 2014

Short Trip to Kuala Lumpur... Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Yeap. Semalam baru saja balik dari Kuala Lumpur sebab ada kerja sikit. Pergi dengan boss dan Herman (my colleague). Walaupun trip kali ni agak singkat iaitu (22 hingga 23 Oktober 2014), tapi banyak benda yang kami perolehi. Lepas ni kena buat laporan okay.

Pada 22 Oktober 2014 kebetulan cuti Hari Deepavali. Kita orang terbang petang jam 1.40PM. Sampai KLIA hujan lebat pula. Syukur alhamdulillah penerbangan berjalan lancar. Kebetulan masa dalam flight tu ada cerita We're the Millers. Dah lama nak tengok wayang ni tapi miss kat pawagam. Hehe. So ada peluang tengok dah. Memang best dan lucu! Oh ya. Abang sepupu Hafiz dan one lecturer di FPSK (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Dulu dikenali sebagai Sekolah Perubatan) pun kebetulan satu flight ngan kita orang juga.

Pemandangan dari Hotel Concorde Kuala Lumpur

Happy Deepavali. Cantik!

Malam tu pergi makan di restoran masakan Thailand. Sedap! Walaupun hujan lebat, tapi tak menjadi masalah. Makan is makan. Hehehe....

Dah hujan.... traffic jam pula. Nak pergi shopping mall, ntah la. Cam malas pun ada. Lastly pergi Damansara. Kebetulan kawan office saya ni nak pergi jumpa kawan dia kat sana. Sempat singgah kedai Nasi Briyani. Di Semenanjung memang famos Nasi Briyani ni. Kedai banyak yang buka 24 jam. Bukan saja nasi, roti canai dan teh tarik juga adalah pilihan utama pelanggan.

Kali ni kami order roti tisu. Dah tu orang tu tanya nak yang besar atau yang kecil. Kawan saya kata "yang besar". Apa lagi.... sekali datang.... mak oiii besar dan tinggi. Kena susun sampai tiga pinggan untuk muatkan roti tu. Kat Sabah susah nak cari roti tisu. Kalau ada pun kecil sahaja. Tak ada big size. ^o^ 

Masakan Thailand. Kerabu mangga. Ayam dan telur. Nyam! Nyam!


Roti tisu big size


Ahah! Kalau nak massage best, boleh try di Reborn Foot Reflexology. Outlet ini mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia. Yang saya pergi ni cawangan kat Kota Damansara, Petaling Jaya. Tengah malam pun buka lagi. Dah lama nak pergi urut kaki dan akhirnya dapat jugalah. Relax sikit. Saya suka Reborn Foot Reflexology :-)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi dah bergerak ke destinasi yang hendak ditujui, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Lepas tu balik lagi ke Kuala Lumpur. Then petang tu ke Putrajaya pula. 

Tapi meeting kat Putrajaya ni saya tak ikut. Boss saja yang pergi. Jadi saya sempat lepak kat Alamanda. Makan kat Chakri Epress (Chakri Palace : Royal Thai Cuisine). Masakan memang tip top. Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tu pun pernah datang kat sana juga. Apa lagi, terus masuk makan la. Kami order Thai Style Fried Beef Noodles (RM24.90), Pineapple Fried Rice (RM22.90),Traditional Green Curry Chicken (RM29.90). Minum Longan Jelly (RM12,90) dan Watermelon Juice (RM15.90). Dah bayar tu total almost RM100 juga (campur tax). Ni makan untuk dua orang saja ni. Okay.... -_-

Time lepak kat Alamanda tu sempat jugalah pergi beli majalah yang orang office kirim. Harga beza dari Sabah dan Sarawak. Kat Semenanjung murah sedikit. :-) Then beli benda yang lain jugalah. Saya tak juga berapa minat sangat shopping. Tengok apa benda yang nak dibeli.

Dah lenguh kaki, saya pergi duduk di Old Town pula minum Lemon Coke. (RM6.20, large size).

Malam tu balik dah. Yipe!

Thai Style Fried Beef Noodles 

Beli buku di MPH. 

Minum Lemon Coke

Sabtu, 18 Oktober 2014

Majlis Cukur Jambul Anak Buah

Dah penat berBBQ, hari ni pula penat mengusahakan kerja-kerja sempena majlis cukur jambul anak-anak buah saya, baby Adam dan baby Kayla.

Seperti biasa saya adalah orang belakang tabir yang melaksanakan tugasan mencuci pinggan, tolong memasak, kemas rumah dan lain-lain. Biasanya kami tak amik catering. Masak sendiri ada jimat sedikit dan kualiti makanan juga tentunya dijaga dengan baik. Hehe. Tak la.

Menu kali ini banyak. Ikan masak kicap, ayam rendang, sambal mangga, acar timun, sayur campur, daging kismis, telur masin dan pajeri nenas. Lain-lain adalah buah-buahan tempatan dan air sirap mangga. Sayangnya tak sempat pun nak amik gambar masakan. Aihhh... tapi tak apa! Sekurang-kurangnya sempat amik gambar bebudak tu tengah direnjis. Seronok ada marhaban lagi. :-)

Selepas selesai kenduri, time to kemas balik rumah. Buang sampah etc. Lepas tu boleh mandi dan rehat. Sempat lagi lepak di Cafe O'Briens di Terminal 1 KKIA. Saya tak minum coffee. Jadi saya order jus campuran tembikai + oren + mangga. Best!

P/S - Beli buku baharu lagi. $$$

Tengah kena renjis

Hafiz kecil tiba-tiba datang ngacau adik dia

O'Briens di KKIA 1

BBQ di Jeti dengan Kawan-Kawan dan Boss

Maaaiiii...... tak boleh tidur.... -_-

Inilah. Kelmarin adalah hari yang sangat best sebab ada sesi BBQ bersama rakan-rakan office dan boss sekali.

Sebenarnya hajat nak entertain tetamu yang datang melawat. Maka malam sebelum tu.... saya, Hafiz dan Acuk turun ke pasar KK membeli ikan dan udang. Murah! Ikan selayang (orang Sabah panggil ikan basung) pun RM2 sekilo. Ikan Uji Rasyid (Uji Rasyid? 0_o) RM5 sekilo. Manakala ikan putih RM15 sekilo. Udang gred bagus saya dapat RM48 sekilo dan udang biasa RM24 sekilo sahaja.

Nak beli ikan murah? Beli di pasar ikan KK berhadapan dengan Hotel Le' Meridien tu. Tau tak kedai jual kraftangan dan ada ramai tukang jahit kat tepi jalan tu? Ha! Kat belakangnya ada gerai makan, gerai sayur dan pasar ikan.

Baiklah. Dah ready semua bahan termasuk ayam, lamb, sosej dan terung.... dengan itu bermulanya acara memasak. Sponsored by boss. Tugas saya membeli bahan mentah dah selesai dan lain-lain tugasan adalah tanggungjawab mereka yang lain..ngeheheheeh.

Thanks to rakan office yang memasak dari petang sampai la lepas Maghrib. Mula-mula tu saya tak join dulu sebab kena entertain tetamu. Buat lawatan dan bla bla bla. Acara terakhir selepas naik boat adalah acara BBQ. Thank you Allah S.W.T kerana segalanya berjalan lancar dan tak hujan waktu tu.

Sunset sangat cantik dan mempersonakan kami yang berada di sana. ^_^

Tengah sibuk bertugas

Masak.... jangan tak masak

Masa buat lawatan ke muzium Marin. UMS ada penyu baharu ♥

Beautiful sunset. Ciptaan Allah S.W.T

Ahad, 12 Oktober 2014

Cerita Sebelum Tidur Z z z zZz z.....

Huuuaaarrggghhh..... dah dekat tengah malam tapi mata belum ngantuk lagi. Esok pula balik ngan rutin.... -_-


BIRTHDAY
Oh ya. Esok 13 Oktober ialah birthday mama. Yang bestnya dekat-dekat ngan birthday mummy saja iaitu 16 Oktober. Birthday abah pula 18 Januari, dekat ngan birthday daddy, 17 Januari. Birthday saya 26 September, dekat ngan birthday Zira 27 September. Birthday Hafiz 13 Jun, dekat ngan Razit (pasangan Zira) iaitu 14 Jun. Birthday saya juga dekat dengan birthday adik saya, 27 September (sama ngan Zira). Amboiii... semua dekat...!



MASA LAPANG
Actually beberapa hari ni saya duk sendiri di rumah. Mum tak ada. Hafiz pun tak ada juga. Nak keluar, tak juga keluar. Habiskan masa tengok TV, memasak, mencuci kain, bersihkan bilik, main Internet dan main the Sims Medieval. Syok oooo game ni. Betul-betul free weekend la. Best jugalah sebab Sabtu Ahad minggu depan dan depannya lagi ada aktiviti.


MIMPI
Oh ya. Saya pernah beberapa kali mimpi kutip duit kertas yang banyak. Kalau ikut kata orang ertinya tak baik. walaupun begitu, best juga mimpi kutip duit. Atas tanah semuanya duit. Ada RM1, RM10, RM50 dan RM100. Yang paling banyak duit RM1 dan RM10 la. Lepas tu boleh pula bahagi ngan kawan pula. Alhamdulillah setakat ni tak ada apa yang tak baik menimpa diri saya. Yalah. Kita tak boleh juga terlalu percayakan mimpi. Apa yang berlaku semuanya kehendak Allah S.W.T....


SIAPA YANG SELALU KITA INGATI
Bila bangun tidur, siapakah orang pertama yang anda ingati? Ketahuilah bahawa orang itu merupakan orang yang anda cintai atau sebaliknya. Cinta itu adalah perasaan yang suci. Terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana untuk menjaganya :-)

Gambar-Gambar di Kundasang : DSLR

Okay. Hari tu dah janji nak upload gambar di Kundasang guna kamera DSLR. Inilah hasilanya :-)

P/S - Touch up sikit

 Hutan yang hijau dan indah
 Sempat posing
 Tak tau pokok apa ni. Macam bunga kiambang pun ada
 Gambar Gunung Kinabalu dari Jauh

Gunung Kinabalu close up
 Welcome to Desa Dairy Farm
Tanaman yang saya tak tau apa namanya.... -_-

Sabtu, 11 Oktober 2014

Resepi Ikan Goreng Masak Balik Dengan Kicap

Makanan yang simple la yang sedap sebenarnya. Kali ni nak berkongsi resepi ikan goreng yang dimasak balik dengan kicap.

Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan
- 3 ulas bawang putih
- Seulas bawang merah
- Seulas bawang besar
- Cili padi ( jika nak pedas)
- Kicap manis
- Kicap masin
- sedikit sos cili (nak lebih perisa)
- 1/4 gelas kecil air


Cara-caranya:
Goreng ikan terlebih dahulu. Kemudian angkat.Tumiskan bawang dan sedikit cili padi sehingga naik bau. Lepas tu masukkan kicap dan sos cili. Masukkan air untuk kurangkan masin kicap .Renehkan sebentar sehingga nampak sedikit pekat dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap! :-)


Jumaat, 10 Oktober 2014

Pasangan Berwajah Mirip

Orang selalu kata kalau wajah hampir sama dengan pasangan tu.... jodohnya panjang. Benarkah begitu? Atau hanyalah sekadar cakap-cakap kosong sahaja?

Saya dah tengok dalam Internet dan rata-rata mengatakan hal yang sama. Bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. Analisis juga pernah dilakukan dan ternyata hasilnya menakjubkan. Lama kelamaan muka seseorang tu akan mengikut raut wajah pasangannya, lebih-lebih lagi yang selalu bermesra, gelak ketawa dan sentiasa bersama. 

Cuba tengok pasangan yang dah lama mendirikan rumahtangga. Atau tengoklah parents anda. ^^♥

Saya pun kononnya try la cek muka saya ni sama ke tak ngan Hafiz. Yala kot. Ada sama jugak. Haha. Malah muka kita boleh juga dekat sama ngan bestfriend kita. Lebih-lebih lagi yang dah lama berkawan. Pernah tak orang kata kawan kita tu adik-beradik kita atau saudara kita? 

Okay nanti sambung cerita. Saya nak makan Pizzaaaa....! :-)
Peace is the best
Okay la.... ada sama juga

Khamis, 9 Oktober 2014

Wink Wink Wink!

Browse folder gambar dalam handphone, cam best pula tengok gambar kami berdua (sebelum dan semasa Hari Raya). Kenapa best? Sebab time ni nampak kurus lagi berbanding sekarang yang asyik makan sahaja. Hahaha XD

Apa tidak... pagi-pagi pergi breakfast. Tengahari makan. Malam... balik rumah mesti nak masak. Macam tu la... -_- Yang lagi best kalau ada event, confirm makan la. Tak apa la.

Saya kongsikan sedikit gambar....

Bingkai ni nampak kecil dalam ni tapi sebenarnya ia besar! Tak gantung lagi kat dinding. Tunggu masuk rumah baharu, baru la saya gantung. 

Ni gambar masa beraya di Penang. Terus majlis doa selamat di sana. 

Ni raya pertama di rumah :-)

On the way nak ke Penang. Dalam flight. (Muka ngantuk sebab flight delay ooooo -_-)

Mencuba Resepi Baharu - Ayam Masak Brengkes

Oleh kerana teragak nak mencuba resepi baharu... pilih punya pilih... last-last try buat Ayam Masak Brengkes. 

Sebelum ni pernah rasa sekali resepi ni. Tapi tak sempat tanya apa ramuannya. Rasa macam ayam masak merah pun ada... tapi lain sikit... sedap. Memang sedap.

Dah browse dari Internet, rupa-rupanya senang sahaja nak belajar resepi ni. Menu ini begitu famos di kalangan orang Indonesia dan orang Melayu Cocos. Selain ayam, lain-lain jenis seperti udang dan ikan pun boleh dibuat brengkes.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Santan
  • Serbuk kunyit
  • Biji ketumbar
  • Lada kering
  • Garam
  • Limau kasturi

Cara-caranya:

Gorengkan ayam. Lepas tu tumis bahan-bahan (bawang putih, bawang merah, biji ketumbar dan lada kering yang di blend) bersama serbuk kunyit. Tumis hingga pecah minyak. Dah tu masukkan ayam yang telah digoreng dan tuangkan santan. 

Tunggu hingga pecah minyak dan angkat. Perahkan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak. Nak letak bahan-bahan lain pun tak ada masalah. Saya letakkan sedikit cili sos untuk rasa sedikit manis + pedas dan sebiji timato yang di potong.

Sedap dimakan ketika masih panas

Isnin, 6 Oktober 2014

Still Dalam Birthday Mode

Kebetulan ramai kakitangan Canselori mempunyai tarikh lahir yang dekat sama. Jadi ada sambutan birthday untuk kami semua. Untuk saya.... dah masuk kali ke-3 sambutan birthday dibuat. (Mula-mula dari Hafiz then dari group AJK Lupus Awareness Day... last sekali from staff Canselori). Apa lagi... meriah jawabnya. Ada dua kek. Satu kek special for our boss. Menu lain adalah soto dan minuman panas.

Seronok dapat berkumpul bersama-sama dengan semua kakitangan. Inilah salah satu cara kami mengeratkan hubungan :-). Kerja tetap kerja. Walaubagaimanapun, kebajikan staff tidak akan dilupakan.

Lepas sahaja majlis ringkas sambutan birthday, terus gerak turun ke Galeri sempena Majlis Perasmian Unit Penyelidikan Pulau-Pulau kecil. Kat sana jumpa ngan Kak Izza pula. Ngam juga Kak Izza kat nak bagi hadiah birthday kat sana. Thanx kak! Kak Izza ni very friendly orangnya. Mudah dibawa berbincang dan tak lupakan saya walaupun saya dah tak berkhidmat under Fakulti Perubatan lagi. :-)



Me and my colleague

Thank you Kak Izza!♡


Beli Bunga Dari Kundasang

Baru-baru ni hujan lebat melanda di Sabah dan kawasan sekitar termasuklah Labuan. Asal petang confirm ribut. Kalau time cuti ni syok tido ^^

Kan hari tu pergi Kundasang. Selain sayur-sayuran, sempat juga beli beberapa pasu bunga untuk tambah koleksi di rumah. Kali ni beli bunga kembang seribu warna biru (balas dendam kerana bunga kembang seribu sebelumnya dah mati akibat hama putih!!). Bunga ni sebenarnya ada banyak warna lagi. Buat masa ni teringin beli warna biru.

Saya juga beli bunga Angelonia (seakan bunga lavender) berwarna pink dan putih. Tertarik betul untuk mengumpul bunga ni. Ingat terus nak membeli tanah hitam dan pasu ketika ke Tamu Tuaran tapi sayangnya tak jumpa pula. 

Senang saja nak tanam bunga ni. Hanya gunting  batang bunga dan pacak ke dalam tanah. Lepas tu siram. Bunga ini perlukan air yang cukup dan simpan di tempat teduh. 

Cerita mengenai tanam bunga... ada orang kata siapa tangan panas tak boleh bercucuk tanam. Tiap kali orang tu tanam mesti takkan jadi. Betul ke? Setakat ni dah ada dua orang kawan saya cerita benda yang sama. Asal tanam mesti tak tumbuh. Orang lain tanam hidup subur pula. 

Bunga Angelonia

Bunga Kembang Seribu

Jom tengok cerita saya masa di Kundasang

Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

#hashtag bukanlah perkara yang saya biasa lakukan di dalam Instagram melainkan hashtag #sunset_medness. Bagi peminat sunset, follow Sunset Medness ♥

..
..
..
..
..
..

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam tak kira dimana anda berada. Semoga ibadah kalian sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T, diampunkan dosa-dosa dan saya memohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa dengan anda semua. Semoga suatu hari nanti kita dapat bersama-sama menunaikan ibadah Haji di Mekah.


Alhamdulillah.... di hari raya yang mulia ini, saya dapat berkumpul bersama keluarga sekali lagi. Dapat berjumpa daddy, aunty, atuk, nenek, kazen dan anak-anak buah. Seronok! Kerana Hari Raya adalah hari untuk beramah mesra dan bertemu keluarga. :-)

Okaylah. Hari ni seperti biasa akan bangun awal. Then sambil dengar takbir raya, saya dan mum akan sibuk di dapur. Menu kali ini ialah ayam goreng breadcrumb, acar timun, sayur campur, sayur pucuk ubi masak lemak, sambal mangga, daging kismis dan ayam kari. Happy la dapat masak banyak. Siap ada ketupat lagi. Cuma yang tak best tak sempat amik gambar masakan. Ada pula lupa....!

(Selingan). Teringat juga semalam saya beli udang then buat resepi udang goreng kunyit + sayur kangkung masak belacan. Memang best la makan udang. Siapa tak suka seafood. Lepas tu baru tau badan gatal habis (alahan). Aiyoyo.... then rasa panas. Masuk bilik asyik garu badan dan pasang aircond. Sapu bedak gatal ada okay sikit. Hafiz pula lagi sakit kepala. Lepas tolong urutkan kepala Hafiz, rupanya dengan saya sekali tertidur. Sebenarnya tak berhajat untuk tidur awal....

Nak cerita sikit tentang urut. Dulu masa saya belajar, kawan saya ada turunkan ilmu mengurut badan dan cara mengenalpasti urat tegang dan angin. Walaupun kawan saya ajar hanyalah ilmu asas, sehingga sekarang ilmu itu masih digunapakai. Terima kasih kawanku!

Sambung ceta sebelumnya. Dah sambut raya dengan pelbagai juadah, petang tu bergerak beramai-ramai ke Kg. Benoni sebab ada majlis resepsi perkahwinan aunty dengan pilihan hatinya. After that, terus beramai-ramai ke.rumah family Hafiz untuk sambut raya. ^^

Malam ni saya tido kat rumah mertua. Esok malam baru balik. Tukar-tukar angin. :-) Kat rumah Hafiz juga ada pelbagai menu yang best. Mi sup, nasi briyani, acar timun, ayam etc dan ada minuman fruit punch. Nyam... nyam....!

Jumpa My BFF

Nah! Kalau dah berjumpa.... alamatnya panjanglah cerita. She is my BFF dan juga my childhood friend.... Ika. :-)

Masa sekolah rendah dulu pulang balik sama-sama, belajar sama-sama. Sampailah sekolah menengah pun macam tu juga. Then Ika sambung belajar di UIA... saya sambung kat UiTM. Oleh kerana sibuk dengan hal masing-masing, then jarang contact. Tengok update dalam Facebook sahaja. Paling last saya tau Ika bekerja di Semenanjung. Lepas tu FB dia dah deactivated.

Yang syoknya masa saya pergi makan tengahari di Kampung E, UMS.... sana la saya jumpa Ika. Ika hantar adik dia yang baru masuk belajar UMS. Punya gembira bila berjumpa. Hahaha! Nak melompat pun ada. Apa la.

Then Ika hadir my wedding. Ika bagitau saya dia dah berpindah kembali ke KK. Sampai la hari ni, kami berdua cerita panjang masa di perkahwinan abang Ika yang berlangsung di rumah family mereka. Kalau ada Ija lagi best (juga my childhood friend). Tapi Ija dah ada plan lain, jadi tak dapat hadir. Huhu

Rindu sangat dengan kawan-kawan time sekolah dulu.

P/S - Ika adalah kawan sekelas dengan saya semasa sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Kami juga duduk sebelah menyebelah sahaja. Sebelum ini Ika bekerja di Semenanjung dan berpindah kembali ke Sabah. Ika tengah sambung Master dan akan menamatkan pengajiannya tak lama lagi ^^ Goodluck!

Gambar kanan : Sempat posing sebelum jumpa Ika :-b