Jumaat, 26 September 2014

Terima Kasih atas Penghargaan Tulus Ikhlas

Tahun ni umur saya naik satu anak tangga lagi. Hehehe...

Dua kali dapat kek. Satu dari kengkawan UMS dan yang satu lagi dari Hafiz. Sebenarnya tak expect nak celebrate birthday tahun ni... memandangkan umur pun dah dekat-dekat penghujung two series.... lagi la tak nak sambut.

Cetanya bermula begini. 24 September 2014, Dr. Malehah ajak makan tengahari dengan kengkawan yang lain kat Secret Recipe 1Borneo. Nak bagi penghargaan kepada AJK yang telah menjayakan program Lupus Awareness Day. Dah siap makan semua, tiba-tiba datang pula kek coklat di tempat saya. Semua orang dalam restoran tu dah nyanyi untuk saya. Hahah. Cam best pula. Jadi saya dapat makan kek coklat free. Thank you to Dr Malehah, Khai, kak Izza, kak Starrine, Aisah, Hazwani, Nizam dan wakil dari Persatuan PSLEM. ^^ Walaupun simple tapi terharu juga. Kebetulan ada Sarianshah juga makan di sana, terus dia wish saya la. Yeah!

Semalam lagi best. Hafiz kata dia nak pergi amik barang ngan kawan dia. Jadi saya okay sajalah. Dalam jam 10.00 malam macam tu la Hafiz keluar. Saya tak expect apa-apa sebab kadang-kadang Hafiz pandai keluar lepak ngan kawan-kawan dia (tak selalu). Then saya duduk buka laptop, tukar blog skin (tukar ke warna pink). Lepas tu saya bangun pergi cuci tandas pula. Ntah apa penyakit.  

Lepas tu Hafiz balik rumah, dia kata ada benda nak tunjuk. Kononnya kawan dia bagi hadiah kahwin. Saya pun turun la ke bawah. (Masa tu dah siap cuci tandas). Tengok-tengok ada kek! Wahh! Red Velvet with Cheese. Tak expect langsung Hafiz buat surprise sebab hari tu dah bagi saya hadiah jam, jadi pas tu mesti tak da dah. Haha. by the way, kek ni special sebab dibuat oleh Sweet & Indulge. Ownernya adalah kawan Hafiz since school lagi. Dulu pernah rasa sikit cupcake red velvet ni dan memang sedap (makan masa pergi beraya). Lastly dapat satu biji kek. ^^ Happy lah. Dapat kek sedap. Dapat hadiah lagi. ^^ Yeah..!

Then hari ni ramai kengkawan yang wish kat saya. Terima kasih yang tak terhingga. Rasa terharu dan bersyukur kerana Allah S.W.T masih panjangkan umur saya, dikurniakan rezeki, dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa bersama saya, dijodohkan dengan seorang yang amat saya sayangi dan tahan ngan karenah saya ni (hahaha)... dan saya masih bersama keluarga saya walaupun banyak kenangan pahit manis yang kami telah lalui. 
   
Ignore tiga batang lilin (bukan umur sebenar. Ngeh)

Dapat kek coklat! ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!