Selasa, 30 September 2014

Makan di Restoran Salut, Sepanggar

Salah satu tempat makan makanan laut yang paling best adalah di Restoran Salut, Sepanggar. Restoran ini dah lama dibuka dan menjadi tumpuan pelbagai individu. Pelakon Hong Kong, Cheung Wai Kin (ingat lagi tak drama Sun Wukong) pun pernah datang ke sini tau! (nampak dari gambar yang digantung di Restoran Salut). 

Antara menu utama di sini ialah ketam, ikan kerapu, udang fresh dan lain-lain. Kawasan tempat makan terletak di atas air. Fasiliti yang disediakan seperti tempat membasuh tangan dan tandas juga begitu memuaskan. 

Pada hari itu, saya order beberapa jenis menu seperti:

Udang steam

Tidbit (memang disediakan)

Kerang (clam) masak bawang putih

Ketam kulit lembut goreng

Water cress masak bawang putih

Nak perisa yang lebih sedap, boleh minta cili potong, bawang putih, limau kasturi dan kicap. Memang terbaik!

Harga yang ditawarkan juga berbaloi. Tempat makan luas dan boleh memuatkan ramai pelanggan. Terdapat juga minuman jus seperti jus tembikai, jus longan + lemon, jus oren dan lain-lain lagi. 

Jika datang melawat Sabah, jangan lupa singgah ke Restoran Salut di Sepanggar. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!