Rabu, 24 September 2014

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 3

Kini telahpun sampai ke Part 3 cerita kenangan muka saya yang berjerawat. 

Dulu sewaktu muka banyak jerawat, ramai yang terkejut kenapa boleh jadi macam tu. Tak kurang jugalah suara-suara yang... ntah.... Macam-macam la. Hehe..

Agak lama menderita jerawat ni... nak dekat setahun. Sampai saya dibelikan set pencuci muka yang mahal tapi sayangnya tak sesuai. Muka saya juga sensitif dan tak boleh menggunakan produk sembarangan.

Dulu pernah pakai SK-II tapi tu pun jarang apply  sebab takut jerawat menaik. Sampai sekarang tak habis lagi sebotol.

Bagaimana jalan penyelesaiannya?

Saya ada pergi klinik untuk dapatkan ubat (Jom tengok cerita Part 1). Di samping itu saya menggunakan pencuci muka Hadalabo + Aknicare + Waazu

Dan lepas saya dah stop amik ubat klinik, saya gunakan JF Solutions Anti Acne Face and Body Care Soap sebagai pengganti. Oleh itu, saya juga terpaksa berhenti menggunakan pencuci muka Hadalabo kerana khuatir jika terlalu banyak menggunakan face wash, nanti muka jadi ntah apa-apa. But still menggunakan Waazu. 

Produk JF boleh didapati di farmasi berdekatan anda. (Jom baca Part 2 dan tengok review pasal produk ini). Sehingga sekarang saya masih menggunakan produk ini. Bukan sahaja sesuai untuk muka, tetapi jerawat di belakang badan juga boleh dihilangkan.

Jika saya lihat kulit saya kering dan kurang bermaya, saya akan menyapu Hadalabo Perfect Night Gel. Itupun hanya seminggu atau dua minggu sekali dengan kadar yang sedikit. Kalau tak, saya akan gunakan face mask. No clay mask! Saya tak sesuai gunakan itu. Saya juga mendapati muka saya tak boleh KERAP disapu apa-apa produk kelembapan kulit sebab jerawat akan tumbuh. 

Selain itu, saya amalkan minum pati prune. Saya memilih jenama Innershine dan Nur Kasih. Tak perlu minum hari-hari. :-)

Saya tidak memakan apa-apa pil atau serbuk untuk kecantikan seperti collagen dan jamu. 

Muka saya semasa diserang jerawat pada tahun 2013. Di bahagian tepi lagi teruk tetapi dilitupi tudung.

Aiyoh. Scary oh

Gambar sekarang. Tiada edit. Tiada Camera 360

Tanpa sebarang mekap 
(Ignore jerawat di bawah dagu yang datang dan pergi :-b)

Terima kasih


updated 6/7/2017
Ni jenama collagen yang saya minum

40 ulasan:

  1. Assalam. Yana. Masih gunakan pencuci muka jf tu? Sebab muka saya naik jerawat tiba2 T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Saya masih menggunakan produk JF tu lagi. Mungkin salah makan atau salah produk. Jika makin teruk boleh berjumpa doctor. Doctor akan suggest produk untuk mengurangkan jerawat

      Padam
    2. As salam kak yana boleh x saya guna produk jf ni kulit muka saya ada la sikit2 jerawat nya tuh n kesan jerawat sekali

      Padam
    3. Wasalam....

      Boleh try guna. Cuci ala kadar sahaja. Takut muka jadi kering pula nanti

      Padam
  2. Salam , kak boleh saya tahu akak pergi klinik aapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. sy pergi ke Policlinic Permai di Kota Kinabalu. berdekatan dengan bangunan CIMB tu

      Padam
  3. Assalam dear, muka sy pn ade masalah jerawat naik byk dgn tetibe.. Segannye n sedey rmai sgt tegur..sy gne oxy skrg.. Xtau la sbb byk gne produk then stop yg bt naik jerawat 😢 plan nkg Klinik jgk ni. Ade efek tak gne pil perancang tu? Tq dear n tahniah sbb da comey kulit muka alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam... terima kasih dear.

      Pil perancang x boleh digunakan begitu sahaja dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dan ia khusus untuk individu yang mempunyai masalah jerawat akibat hormon yg x seimbang sahaja.

      Saudari perlu melihat terlebih dahulu masalah jerawat ini berpunca dari apa... contohnya makanan, produk yg x sesuai ataupun perubahan hormon.

      Adakah saudari dah try minum colagen? Colagen amat bagus untuk menjadikan kulit lebih berseri dan nampak sihat. Pilihan saya collagen 10,000mg Blackmores.

      Selain itu, amalkan makan lebih sayuran hijau, ulam2, dan kurangkan makanan berminyak. :-)

      Saudari boleh cuba menggunakan produk Aknicare jika masalah jerawat semakin serius. Oxy pun ok juga tapi untuk masalah jerawat yg serius kurang sesuai digunakan. Saudari boleh berjumpa doktor biasa utk nasihat lanjut. Doktor akan berikan produk yg sesuai buat saudari.

      Harap membantu

      Padam
  4. Assalamualaikum..
    Saya cam nak cube la pakai akincare. Ada jual di pharmacy x.. Muka saya naik teruk sngt n sakit sngt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam... Boleh cuba tanya kat farmasi kalau ada jual.

      Tapi sekiranya tak ada, boleh beli online di
      http://www.amazon.co.uk/AKNICARE%C2%AE-Product-Treatment-Solution-Cleanser/dp/B00518FDR6


      http://www.aknicare.co.uk/

      Padam
  5. Assalamualaikum..
    Saya cam nak cube la pakai akincare. Ada jual di pharmacy x.. Muka saya naik teruk sngt n sakit sngt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam... Aknicare dijual di klinik, mungkin juga ada dijual di farmasi terpilih

      Padam
  6. Salam, kalau sabun muka jf tu jadi tak untuk jerawat yang teruk? Or untuk jerawat yg dah nak baik jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.... Boleh juga digunakan untuk jerawat yang teruk, tetapi bergantung kepada kesesuaian kulit.

      Padam
  7. Berapa lama awak pakai Aknicare tu?
    Stress bila orang asyik tegur pasal muka. Rasa nak lempang pun ade. Huhu. Rasa down sangat. Saya jenis tak kesah mula2 tapi bila ramai yang tegur jadi stress.

    Saya baru mula guna Aknicare lepas jumpa doktor. Alhamdulillah nampak perubahan walaupun baru 2 malam. Doakan kulit saya makin baik dah boleh jadi cantik macam awk... Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Saya pakai Aknicare dalam 3 botol baru betul2 pulih jerawat. Tapi memang produk ni bagus sangat.

      ;-) Mudah2 an semuanya berjalan dengan lancar dan kulit semakin sihat

      Padam
  8. Assalam..nk tnye..mcm mane u hilangkan parut jerawat? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Parut jerawat hilang dengan sendiri dengan bantuan produk Waazu.
      Dan kena kawal pemakanan sahaja. :-)

      Padam
  9. Assalam..nk tnye..mcm mane u hilangkan parut jerawat? Tq

    BalasPadam
  10. Ye ke? Sy br beli waazu sbb bc review awk cara hilangkan jerawat guna waazu. Rs berminat nk cuba. Skrg muka byk parut. Hope waazu dpt bantu hilangkan parut di muka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. InShaaAllah parut boleh berkurang. Mungkin mengambil sedikit masa mengikut jenis parut. Pengambilan collagen, vitamin C dan E juga boleh membantu mencantikkan kembali kulit. Jenama Collagen yang saya syorkan adalah Blackmores 10,000mg. Minum berselang seli atau 3 botol seminggu pun okay. Kalau nak minum hari2 pun boleh juga, iaitu 1/2 botol sehari (5,000mg).

      Boleh juga mencuba collagen2 lain di pasaran

      Padam
  11. Sy br beli waazu sbb bc review sis utk ilangkn jerawat. So mlm sblm tdo just spray je la ye. Bole ke pakai pape krim or foundation lps spray waazu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Malam sebelum tidur hanya spray je. Kalau nak letak apa2 krim malam pun boleh... maksudnya lepas spray tu bagi kering sekejap, lepas tu apply krim. Tapi jika tak nak apply apa2 krim pun lebih baik... sebab takut produk tersebut yang menyebabkan kita naik jerawat @ menutup pori2 muka.

      Padam
  12. Sy br beli waazu sbb bc review sis utk ilangkn jerawat. So mlm sblm tdo just spray je la ye. Bole ke pakai pape krim or foundation lps spray waazu?

    BalasPadam
  13. Salam.. tumpang tanya .. saya tersalah pakai produk untuk hilangkan parut .. tiba2 jerawat naik .. dan skrg sy pakai satu sabun nii .. dan jerawat pasir pulak naik dgn bynk .. adakah ni proses pemulihan atau tidak sesuai dgn saya . Tkpun akak bleh suggest apa2 produk pd sy tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam... menurut penjelasan dermatologi yang pernah saya jumpa, jika selepas memakai produk tersebut dan tiba2 ada jerawat naik, gatal2 dan beberapa lagi simptom negatif... ia bukanlah proses pemulihan. Ia bermaksud produk kurang sesuai dengan kulit kita.

      Setiap individu mempunyai produk pilihan tersendiri mengikut kesesuaian kulit. Cuba dulu trial kit untuk tengok sama ada produk tersebut ok atau x. Sebamed dan Cetaphil adalah antara produk yang selalu dicadangkan bagi individu berkulit sensitif.

      Padam
  14. hi awak, saya nak tahu bagaimana keaadaan kulit berminyak awk sekarang? adakah 100% hilang berminyak? dan apakah guna waazu dan jf skin solution mengurangkan minyak awk.

    saya kulit berminyak sgt serius, tetapi tiada jerawat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi.

      Sehingga sekarang kulit saya masih lagi dikategorikan berminyak. JF Skin dan Waazu membantu dalam menghilangkan jerawat sahaja. Cara saya mengurangkan minyak muka adalah menggunakan facial blotter (jenama Clean & Clear). Saya juga menggunakan mineral powder No Sebum (jenama Innisfree).

      Padam
  15. Salam sis , dekat mana boleh beli waazu spray tu ya? Kulit saya pun teruk jugak sekarang ni senang sangat nak breakout smpai dah tak tahu nak buat mcm mana lagi dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Produk ini ada dijual secara online melalui stokis. Boleh juga didapati di kiosk, booth, klinik serta orang persendirian yang menjual produk ini.

      Untuk maklumat lanjut boleh layari http://waazu.my/ untuk mengetahui tempat2 yang menjual produk Waazu.

      Padam
  16. Hi sis...produk waazu tu bleh beli online ke atau farmasi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Produk ni dijual secara stokis dan boleh dibeli melalui online, klinik, kiosk atau kedai yang menjual produk ini. untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Waazu.

      Dalam laman web ni ada dimaklumkan tempat untuk membeli produk Waazu

      http://waazu.my/

      Padam
  17. Salam sy nk tnya..sy dh cuba cari sabun jf..sy nk cari yg anti blemish,untuk parut,packaging biru..tp xjmpa..yg ade untuk acne,10% dan 2%..kat mane ye nk dapatkn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam... setakat ni saya juga x jumpa lagi JF yang warna biru ada dijual. Mungkin boleh try jenama lain seperti Clinelle, Ciracle atau HadaLabo. Boleh didapati di Watsons atau Guardian. Alternatively boleh dapatkan nasihat daripada ahli farmasi juga.

      Harap membantu ^^

      Padam
  18. salam...awak masih guna waazu dan jf x skg??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam... sekarang dah tak guna JF lagi kerana muka dah okay. Waazu still guna sebelum tidur

      Padam
  19. Salam....ada gmbr x collagen yg awk ambil tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. sy dah update gambar collagen di page ni

      Padam

Terima kasih!