Khamis, 11 September 2014

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 3

Kali ni kisah yang saya nak ceritakan bukan hanya terjadi kepada saya tetapi pengalaman yang pernah berlaku kepada my family.

1. Obor di tepi pantai. 
Kisah ni terjadi dengan my mum semasa zaman sekolah dulu. Masa tu saya pun belum lahir lagi. Okay begini kisahnya. Dulu rumah atuk dan nenek kat tepi pantai. Suatu malam, mum nampak ada cahaya nun di hujung tanjung. Cahaya tu semakin lama semakin dekat. Bila dilihat betul-betul, ianya seperti melompat-lompat. Ingatkan ada ramai orang membawa obor tetapi alangkah terkejutnya hanya cahaya api sahaja yang berada di sana! (api yang melompat-lompat). Syukurlah benda itu berlalu begitu sahaja dan tidak ada apa-apa yang terjadi selepas itu.

2. Ilmu sihir jarum. 
Kisah ni terjadi sewaktu saya belajar di UiTM Puncak Perdana. Kolej kediaman pelajar adalah apartment. Ada tiga bilik. (setiap bilik, 4 orang, 2 orang, 2 orang = 8 orang). Tapi kami special sikit sebab hanya ada 7 orang sahaja dalam apartment. Kami tidur berempat ketika tu. Yang dua orang lagi pelajar junior dan yang satu bilik tu seorang sahaja. Tak ingat dah bagaimana boleh terjadi, tapi yang pastinya apartment kami terasa panas di waktu-waktu tertentu. Pada sebelah malam, sampai rasa nak tidur di ruang tamu (kononnya kipas lebih besar). Suatu malam tu roomate saya bermimpi tentang jarum dan limau. Lalu dia menceritakan mimpinya. Yalah. Mimpi kan mainan tidur. Tak sangka pula ia membawa petanda. Sudah bermimpi jarum dan limau, roomate saya yang seorang ni pula tiba-tiba ada jarum peniti di atas katilnya. Hairan juga sebab dia tak ada gunakan sebarang jarum. Entah berapa hari rasa panas sangat dalam bilik kami. Kan kami berempat angkut tilam ke ruang tamu. Suatu hari tu saya tak tidur ngan mereka (3 orang roomate saya) di ruang tamu dan beralih ke bilik semula (dalam fikiran saya - kalau tidur ramai-ramai nanti haba terkumpul jadi lagi panas) Setelah disedari, rasa panas tu dirasai ketika roomate saya berada di bilik. Dipendekkan cerita, rupanya ada orang mencuba-cuba ilmu sihir. Yang tak bestnya roomate saya ini menjadi mangsa keadaan. Dah lama-lama tu pergi berubat dan Alhamdulillah kami berempat dah okay.

3.  Perempuan berkepala anjing
Dulu rumah tempat saya tinggal dikelilingi paya bakau. Ada satu tanah berdekatan rumah... sampai sekarang yang ada hanyalah pagar. Rumahnya tak ada. Suatu hari mum dan jiran pergi keluar ke bandar. Jiran pun hantar mum pualng ke rumah, kebetulan waktu itu adalah Maghrib. Keesokan harinya jiran menelefon mum dan bagitau sebenarnya dia nampak sesuatu masa dia hantar mum kelmarin. (Jiran kami ni mempunyai kebolehan melihat benda-benda ghaib). Dia kata dia nampak seorang wanita berbaju putih berdiri di tepi tanah berpagar itu. Bila dilihat baik-baik, kepalanya berbentuk muka anjing.

4. Pontianak di tepi pantai
Ni terjadi kepada uncle saya di kampung. Biasalah, kalau ada masa lapang, sah-sah akan turun ke laut menangkap ikan. Tak kira siang atau malam. Suatu malam tu, uncle dan kawan pergi melihat pukat. Tiba-tiba ternampak satu lembaga duduk di tepi batu. Rambutnya panjang. Bila di amati... rupa-rupanya Che Pon. Tidak menganggu dan hanya duduk melihat sahaja. Uncle seorang yang kuat semangat. Jadi syukurlah ketika itu tak ada apa-apa yang berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!