Selasa, 2 September 2014

Mata Tak Berhijab : Terkenang Kembali Cerita-Cerita Seram

Akhirnya dapat juga membaca hasil karya Zulkifli Ahmad Idrus.

Kisah-kisah yang diceritakan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis, yang dikurniakan sixth sense dan boleh melihat makhluk-makhluk halus di sekelilingnya. Sememangnya buku ini mendapat sambutan yang hangat tidak kira dari golongan tua ataupun muda, sehingga Dato; Yusof Haslam juga begitu terhibur. 

Saya masih belum habis membaca buku-buku ini kerana masih ada sebuah buku yang perlu dihabiskan iaitu buku MH370 diselubungi Misteri, Spekulasi dan Konspirasi. Walaupun tidak dapat membaca berpuluh helaian sehari, namun tetap akan dihabiskan juga.

Teringat kisah-kisah seram yang pernah dilalui..... ternampak kelibat pocong yang duduk di perhentian bas, benda putih terbang dan turun ke hutan bakau, kelibat kanak-kanak berlari menembusi tingkap.... dan lain-lain. Tapi yang paling melucukan terjadi semasa Diploma di UiTM Sarawak dulu. Saya dan kawan saya tinggal di Hostel Blok 4 - Sri Gading. Biasalah. Bila malam rasa macam panas pun ada. Jadi bukalah tingkap luas-luas tanpa mengira dah tengah malam. Satu malam tu, rasa ganjil kenapa semua orang tutup tingkap. Semua blok rata-rata buat benda yang sama. Siap ada yang seal guna kayu lagi. Tingkap kami sahaja yang terbuka. Di pintu bilik juga ada yang menampal notis, "sebarang ketukan di waktu malam tidak akan dilayan". Yalah. Dulu budak-budak ni suka cari duit jual burger la... jual reload la.... mesti la akan ketuk pintu orang lain. Rupa-rupanya gempar cerita Orang Minyak yang mencari 40 orang anak dara. Ya Tuhan..... macam mana saya boleh tak tau berita ni. Kawan saya cerita siap ada orang nampak benda tu berdiri di atas bumbung hostel dengan badan berlumuran lumpur (sebelum jadi orang minyak yang benar). Ntah. Tak tau benar atau tidak. Lama-kelamaan kisah itupun beransur hilang.   

Saya meminati kisah-kisah paranormal yang benar-benar berlaku. Tetapi saya kurang meminati filem seram. Mungkin kerana ia akan terngiang-ngiang dalam fikiran. Haha... dan saya juga bukanlah peminat drama Korea. Tetapi saya pernah temankan rakan office saya menonton drama "Master's Sun". Drama romantik horror. Terhibur juga dengan cerita itu :-) 

Saya mempunyai seorang rakan yang juga dikurniakan mata tak berhijab. Dia boleh nampak makhluk-makhluk ini. Sewaktu kami berkursus di Arkib Negara (Sabah) hari tu, kami dibawa melawat ke gedung arkib. Banyak dokumen lama yang disimpan. Di hujung sana tidak ramai orang berkumpul. Kawan saya kata ada banyak 'benda' tersebut tinggal dan berlari sembunyi di sebalik rak selepas kami semua semua masuk ke gedung itu. Walaupun saya tidak nampak, tapi apabila saya pergi ke sebelah sana, terasa suram dan sejuk semacam.

Jiran saya juga sama dikurniakan mata tak berhijab. Kadang-kala rupa yang dilihat itu menyeramkan dan ada juga yang tidak. Sehinggakan, beliau pernah berasa takut untuk keluar dari bilik. Ternyata orang-orang yang dianugerahkan ini keistimewaan ini begitu kuat semangat dalam menempuh kehidupan seharian. Sedangkan ada yang tidak dapat menahan untuk melihat biarpun sekelip mata... 

Mata Tak Berhijab (tahun 2012). Diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd.

Semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan semua kejadian adalah hak milikNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!