Ahad, 7 September 2014

Masak & Makan

Hari Sabtu dan Ahad minggu ni antara yang paling santai. Paling best!

Oleh kerana berada di rumah, masa lapang tentunya digunakan untuk memasak dan aktiviti membuang masa yang lain. Ngehehehe.... Sabtu tu masak kari ikan putih dan sayur baby kailan sos tiram. Sebenarnya saya jarang sangat masak kari since kari bukan my favorite. Lagipun pernah beberapa kali fobia ngan kari ni... satunya masak acar timun kari yang tak jadi dan keduanya makan daging kari terus tiba-tiba demam panas (Ntah kenapa. Memang nak demam kot). So tak minat langsung nak belajar masak kari. Oleh kerana Hafiz memang sangat sukakan kari dan saya pun dah janji nak masakkan kari untuk dia, jadi pada hari Sabtu tu saya pun masaklah kari. Tanya my mum macam mana nak buat, then kari ikan pun siap! Phew. Sayangnya tak amik gambar pula.

Hari ni masak ayam sup campur ham choy dan herba dan sayur kubis + cendawan masak sos tiram. Lain - lain dishes adalah ikan masin dan sosej goreng. Alhamdulillah... betapa nikmatnya memasak dan melihat orang rumah begitu selera makan masakan kita. Kalau nasi bertambah lagi best tengok. ^^ ♥

Nanti ada masa kiranya nak buat muffin chocolate chips.

Sempena hari Ahad yang mulia ni kami bersarapan di Kedai Kopi Wan Wan di Bundusan. Kedai favorite sejak dari kecil sampailah sekarang. Mi hoon sup isi ikan memang terbaik! Lepas tu teruskan perjalanan ke 1Borneo. Kebetulan ada voucher free dan expired pada hari ni juga, sayang kalau tak digunakan. Hari tu voucher RM30 dah expired. Rugi tak pakai. Kali ni takkan dibiarkan pisang berbuah dua kali.

Sabtu. Lepak di Ochado ( Okinawa Milk Tea kosong) dengan mum.

Pencuci mulut @ Secret Recipe

Kedai Kopi Wan Wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!