Khamis, 11 September 2014

Kisah Orang yang Berkira Sangat : Dah Bagi Duit kat Dia... Anaknya Pula Yang Kureng

Bab langgar melanggar ni... memang saya tak boleh blah. Kalau nak diikutkan... bumper depan kereta saya dah senget. Yang kereta Si Polan ni pula... nak kata kemik ... kemik sekecil batu sahaja dan tidaklah sedalam mana. Tanpa berlengah, saya terus membayar Si Polan. Malas nak cerita panjang. Dah lah time tu lewat. Tetamu kehormat dah nak sampai ke dewan!. Kalau ikutkan.... tak perlu ketuk pun tak apa. Tak tau macam mana nak cakap. Kalau tengok memang macam tak ada kemik. Cuma jika dilihat betul-betul, barulah terjumpa tang mana yang kemik. Tu pun kecil. 

Dah saya bayar duit, saya berikan number telefon. Siap saya kata kalau ada apa-apa masalah, sila hubungi saya. Lalu saya bergegas ke dewan kerana dah lambat. Selang beberapa minit... tiba-tiba ada satu mesej. Laaaaa....... Rupanya mesej anak Si Polan. Yang saya pelik, dia kata saya kurang ajar sebab tidak meminta maaf dan tidak memberi salam. Wah... wah... wah.... kalaulah saya kurang ajar... saya tengking dah Si Polan tu. Ni siap saya menghulurkan wang walau kemiknya tak nampak sangat pun. Saya siap kata kalau ada apa-apa sila hubungi saya. Dan.... cuba bayangkan kalau kita berada di situasi ketika itu. Takkan kita nak kata.... "Assalamualaikum. Kereta teruk ke kena langgar....?" dan yang lagi membuatkan saya bingung, muka dan pakaian Si Polan juga bukanlah seperti yang disyariatkan dalam Islam. Panas jugalah dituduh yang bukan-bukan. Lalu saya menelefon anak Si Polan. Saya tak marah. Saya kata saya akan hubungi orang tuanya sebentar lagi.

Lalu saya menelefon Si Polan itu. Mula-mula tak angkat... lepas tu akhirnya angkat juga. Bukannya nak berterima kasih. Nak minta duit lebih lagi ada la. Memang dasar..... ish! Sabar sahaja. Macam-macam alasan yang dia berikan. Saya dah malas dan saya pun bank in lagi sikit duit tu. Dalam hati saya, jika duit ini memang digunakan untuk repair balik kereta dia... saya halalkan. Dan jika dia menggunakan untuk tujuan lain, faham-faham sendirilah. Teruk balasannya nanti.

Saya tidak sengaja melanggar kereta dia. Lampu isyarat dah hijau... dia tak berjalan. Saya tengah kelam kabut, lalu melihat SMS. Sedar-sedar sahaja, dah terlanggar. (Viva Putih). 

Ya. bagi saya orang itu sangat berkira. Orang yang berkira ni tak ke mana. Bukan hendak menunjuk-nunjuk. Cuma nak ceritakan kembali pengalaman yang pernah dilalui. Kereta saya tidaklah sehebat mana. Pintu depan sebelah kiri pernah kemik akibat dilanggar sebuah motor. Orang itu tidak sengaja dan mengatakan dia ingin mengelak orang yang melintas jalan ketika itu. Saya kata tidak mengapalah. Saya tidak meminta sesen pun dari orang itu. Lagipun, saya tak nak bercakap lama-lama ditepi jalan. 

Satu lagi cerita mengenai orang berkira ni. Dulu pernah terjadi semasa saya cuti belajar. Saya reverse kereta nak keluar parking, ntah dari mana datangnya orang ni... tiba-tiba saya terlanggar tepi keretanya. Bagaikan dia tahu saya akan melanggar, dia terus mengeluarkan kertas nota kosong untuk meminta bayaran dan number telefon. Ntah la... Kami tengok... nak kata kereta dia kemik... tak kemik langsung. Kereta saya yang kemik ada la. Dah kena runding oleh mum, akhirnya perempuan itu tak jadi minta bayar. Seriously memang mula-mula dia tak ada dibelakang kereta saya. Tiba-tiba reverse.... muncul pula dia. 

Ish... ish... ish...

Lainlah kalau dah melanggar kereta sampai rosak teruk... Lepas tu nak kurang ajar lagi... patut minta bayar. Ni dah la tak ada rosak apa benda, lepas tu kita bagi duit sebab dia minta bayar. Dan diberikan SMS yang bukan-bukan pula. Wajarkah?

Renung-renungkanlah.

Jom baca kisah kereta saya pula dilanggar orang. You Langgar, You Salah, You Bayar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!